Khamis, 7 Mei 2015

Tak perlu tunggu 9 Mei untuk melihat Wajah bakal isteri Fahrin Ahmad

with 0 Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya ada terbaca dalam Akhbar Berita Harian Online bertarikh 5 Mei 2015, yang menyatakan Fahrin Ahmad bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya pada 9 Mei 2015.


"KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad akan melangsungkan hari bahagianya pada pagi Sabtu ini di Pusat Konvesyen Sime Darby. Hari berkenaan juga jatuh pada ulang tahun kelahirannya yang ke-36. 
Menurut pelakon filem Pilot Cafe, bakal isterinya hanya orang biasa dan hanya akan diperkenalkan pada hari mereka bernikah dan menegaskan si dia bukan kalangan orang seni."




Susulan daripada berita tersebut, ramai pihak membuat teka-teki.. Siapakah bakal isteri kepada salah seorang "Hero Malaya" tersebut.. Sehingga ada yang mengaitkan Izreen Azminda bakal menjadi Isteri Fahrin Ahmad.


Sumber : Murai.com.my
Izreen Azminda bukan bakal Isteri Fahrin Ahmad


Tetapi Fahrin Ahmad telah menafikan dakwaan tersebut.. Boleh baca kisahnya dalam beberapa Portal hiburan online seperti Murai.com.my, Carian Panas, Roti kaya, dan lain-lain. 

Sehingga kini, bakal isteri Fahrin Ahmad masih lagi rahsia.. Dan hanya akan didedahkan pada hari berlangsungnya pernikahan mereka nanti.

Semalam semasa waktu rehat di office, kami sibuk "bergosip" tentang cerita pernikahan Fahrin Ahmad.. Rupanya ada beberapa orang rakan office saya yang sangat meminati beliau.

Dan yang menariknya, Bakal Isteri Fahrin Ahmad merupakan sepupu kepada office Mate saya.. Jadi, semalam saya dan rakan-rakan sekerja berpeluang melihat wajah bakal isteri Fahrin Ahmad menerusi Smart Phone beliau.. 

Syukur Alhamdulillah.. Tak perlu tunggu 9 Mei untuk melihat Wajah bakal isteri Farin Ahmad..

Saya ada meminta kebenaran rakan saya untuk mendedahkan Wajah bakal isteri Farin Ahmad. 

Tapi rakan saya tak benarkan, atas permintaan sepupu beliau. Sepupu beliau mahu ia dirahsiakan sehingga ke hari perkahwinan mereka nanti.

Sebagai seorang blogger, saya juga perlu menghormati hak peribadi orang lain. Sebab saya sendiri juga tidak mahu hak peribadi saya dicerobohi oleh orang lain, tanpa kebenaran saya.

Untuk itu, saya mohon maaf sebab tak dapat nak kongsikan gambar Wajah bakal isteri Farin Ahmad, menerusi blog ini.

Tunggulah sehingga 9 Mei nanti ye.. Sabar.... 

Pada kesempatan ini saya nak ucapkan Tahniah kepada Farin Ahmad yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Semoga ikatan perkahwinan yang bakal mereka bina berkekalan hingga ke akhir hayat. Saya percaya seluruh rakyat Malaysia turut mendoakan kebahagian beliau..


Iklan:


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra