Jumaat, 6 Februari 2015

Masa terbaik kepada pengguna blogspot untuk menguasai enjin carian Google?

with 21 comments
Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Berdasarkan pemerhatian saya, sejak akhir-akhir ini, beberapa contest SEO tempatan (Malaysia) di dominasi oleh pengguna blogspot.

Bila keadaan ini berlaku, pastinya ia menjadi tanda tanya kepada blogger-blogger tempatan yang gemar bermain SEO. 

Kenapa keadaan ini boleh berlaku? Sedangkan ramai blogger yang tahu kelebihan yang dimiliki oleh Wordpress berbanding blogspot. 

Saya rasa tak perlulah untuk saya menyenaraikan kelebihan Wordpress berbanding blogspot dalam entri ini, sebab saya yakin anda dah tahu.. Dan dalam masa yang sama untuk mengelakkan entri ini daripada panjang berjela.. Nanti anda pula yang rasa kurang  selesa membacanya.. ;)



Wordpress mempunyai banyak kelebihan berbanding Blogspot?


Pada pendapat peribadi saya, blogger yang menggunakan platform Wordpress mempunyai standard yang tersendiri. Kelihatan mewah dan Exclusive. Terlalu banyak pilihan Themplate dan design yang menarik. Paling penting sekali terdapat banyak koleksi themplete yang ringan dan mesra SEO. Adakalnya membuatkan saya rasa cemburu dengan design-design blog yang mereka miliki.. Memang cun habis..

Sebagai contoh, anda boleh lihat senarai blogger-blogger hebat yang terdapat dalam Malaysia Best Blog 2015. Sebahagian besarnya menggunakan Platform Wordpress.  



Bagi blogger yang menggunakan platform blogspot pula, kelihatan agak low profile. Walaupun ada juga themplete yang menarik, ringan dan mesra SEO, tetapi agak terbatas bilangannya jika hendak dibandingkan dengan Wordpress. 

Sebab itu ramai blogger yang pada awalnya menggunakan platform blogspot, telah beralih arah kepada platform Wordpress. Supaya kelihatan lebih serius dan bersungguh dalam bidang penulisan blog. Dengan tujuan untuk menarik perhatian lebih banyak Advetorial atau pengiklan untuk mengiklankan produk/servis di blog mereka.

Sememangnya tidak dinafikan, ia telah menjadi satu realiti. 

Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati kebanyakan Advetorial atau pengiklan di Malaysia telah memilih blog-blog yang menggunakan platform Wordpress untuk mengiklankan produk/servis mereka. Mungkin mereka lebih tertarik dengan design blog yang menarik ;)

Ini merupakan satu kelebihan yang dimiliki oleh blog Wordpress yang kebanyakannya mempunyai design yang cantik dan menarik.. 

Tetapi... 

Dalam SEO...  

Enjin carian tidak tahu menilai kecantikan sesebuah blog...

Enjin carian lebih mementingkan isi kandungan (content) bagi sesebuah blog... 

Bagi Enjin carian, Content is a King.

Disebabkan itu, jangan terkejut sekiranya pengguna blogspot boleh menguasai enjin carian Google dengan lebih baik berbanding Wordpress. 

Sebagai contoh, mari kita lihat keputusan semasa Contest SEO yang sedang berlangsung pada ketika ini iaitu Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad.  


Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 didominasi oleh pengguna Blogspot


Contest SEO Jom Aktifkan Mykad juga didominasi oleh pengguna Blogspot

Apa yang dapat saya rumuskan melalui kedua-dua contest SEO ini.. Sebagai seorang blogger yang berminat untuk bermain SEO, terlebih dahulu anda kena pastikan entri yang dihasilkan mempunyai keunikan yang tersendiri. 

Pastikan entri yang anda hasilkan mempunyai perbezaan, jika hendak dibandingkan dengan entri yang telah dihasilkan oleh blogger-blogger lain. 

Pastikan entri yang anda hasilkan mampu menambat hati pembaca. Kalau boleh mampu membuatkan pembaca sudi membaca entri penyertaan anda, secara berulang-ulang kali.

Ada trik dan caranya!! 

Sebagai contoh, boleh baca di sini

Walaubagaimanapun tempoh kedua-dua contest masih lama lagi. Dalam tempoh tersebut macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Terdapat bermacam-macam strategi yang boleh diusahakan untuk menguasai enjin carian google. 

Cuma harapan saya, semoga semua peserta dapat bersaing secara sihat. Tidak kiralah anda pengguna Wordpress atau pengguna blogspot. 

Peace!!

P/S : Saya cuba menggunakan senjata sulit strategi sulit yang pernah digunakan dalam satu contest SEO yang pernah saya sertai kira-kira 2 tahun dulu. Harap strategi sulit ini menjadi.. ;)  

21 ulasan:

  1. Good luck kepada semua peserta contest seo Malaysia Best Blog 2015 dan Jom Aktifkan Mykad.. masih ada masa lagi untuk usahakan pelbagai strategi..

    BalasPadam
  2. taknak share ke strategi sulit tu.. hihihi.. ;)

    BalasPadam
  3. strategi sulit?
    wah yang ni belum belajar lagi ni
    setak ni guna langkah kiri kanan biasa2 je

    BalasPadam
  4. Salah satu kekurangan platform blogspot adalah banyak menggunakan kod html yg memeningkan berbanding WordPress yg menggunakan plugin..tetapi saya suka guna blogspot sbb tak risau pasal content blog yg ttp kekal selamanya berbanding hosting berbayar tg akan hilang jika tidak renew..

    BalasPadam
  5. Wah menarik nie..... bila la nk berada di top 5 contest Jom Aktif Mykad ntah hmm

    BalasPadam
  6. Ini kira salah satu senjata dlm Seo juga yer.
    Biar apapun saya masih selesa dgn blogspot. Sekian o (∩ ω ∩) o

    BalasPadam
  7. ada banyak sebab kenapa aku gunakan Wordpress, bukan setakat pasal SEO ke apa ke, ada sebab lain yang memang Blogspot tak boleh nak buat sampai bila-bila..:D

    BalasPadam
  8. Kena mantap isi artikel sekarang ni

    BalasPadam
  9. Huhu..nak kena dalami ilmu blogspot pulak ni..hehe..

    BalasPadam
  10. Nak juga test seo blog saya yg tak seberapa tu..tapi mood dan masa tak mengizinkan..hehe
    Tahniah atas artikel ini..kupasan yg dalam tapi mudah difahami..

    BalasPadam
  11. Baru masuk 2 tahun guna wordpress dan self hosting. Mmg puas hati walaupun mulanya terkial2. Apa kisah, ramai blogger handal sudi membantu :D

    BalasPadam
  12. Siapa yang pandai optimize SEo guna blogspot memang akan dapat kelebihan. Tahniah pada yang berjaya faham selok belok dunia blogspot.

    By the way, untuk semakan yang lebih tepat mungkin lepas ni bro boleh cuba search dalam incognito windows/private windows dimana cache dan history browser tidak disimpan. Result disana lebih tepat.

    BalasPadam
  13. semoga berjaya bro..bila nak dedahkan senjata sulit tu!

    BalasPadam
  14. saya budak baru belajar... mohon tunjuk ajar...

    BalasPadam
  15. banyak benda lagi PG kena belajar. thanks sharing :)

    BalasPadam
  16. hehe. apalah agaknya strategi tu ya :)

    BalasPadam
  17. Mungkin kelebihan blogspot adalah dari Domain Authority yg tinggi yg menjadi salah satu elemen SEO yg penting sekarang ini.

    BalasPadam
  18. Many more things PG to learn. thanks sharing vampyr game

    BalasPadam
  19. From all the information I mentioned above about windows 10 product key along with the instructions to delete and install, here I would like to summarize the 4 software to help you view your Product Key easily.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra