Rabu, 7 Januari 2015

Perniagaan paling sesuai Untuk Kakitangan Kerajaan berjiwa besar apabila GST mula dilaksanakan

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Artikel ini ditujukan khusus untuk kakitangan Kerajaan berjiwa besar yang berminat untuk menjalankan Perniagaan, apabila GST mula dilaksanakan.

Namun begitu, dalam masa yang sama sesiapa sahaja boleh membaca entri ini tidak kira pakcik, makcik, abang macho, adik comel, pandai bercakap atau tak pendai bercakap dan sebagainya.

Asalkan anda pandai membaca, pandai menggunakan komputer dan internet, anda dibenarkan untuk membaca entri ini.

Ok.. Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut tentang Perniagaan paling sesuai Untuk Kakitangan Kerajaan berjiwa besar apabila GST mula dilaksanakan, izinkan saya menjelaskan apa yang saya maksudkan dengan Kakitangan Kerajaan berjiwa besar.


Kakitangan Kerajaan berjiwa besar

Kakitangan kerajaan berjiwa besar yang saya maksudkan di sini ialah penjawat awam yang mempunyai cita-cita besar diluar kemampuan mereka sekiranya mereka cuma bergantung kepada pendapatan makan gaji sebagai penjawat awam semata-mata.

Setiap manusia mempunyai keinginan yang berbeza-beza. Kakitangan kerajaan juga tidak terkecuali, sebab mereka juga manusia biasa. Tentu semua orang termasuk kakitangan kerajaan yang mempunyai keinginan seperti berikut:
  • Mempunyai rumah yang besar dan selesa untuk keperluan ahli keluarga
  • Mempunyai kenderaan yang sesuai dan selesa untuk keperluan ahli keluarga
  • Mampu pergi menunaikan Umrah dan Haji (Kalau boleh ada yang nak pergi menunaikan umrah pada setiap tahun)
  • Dapat membantu orang susah dan membayar zakat
  • Mampu menghantar kedua ibu bapa tersayang pengi menunaikan umrah dan haji
  • Menikmati makanan yang lazat pada setiap hari
  • Memberikan hadiah istimewa untuk isteri/suami sempena hari-hari istimewa dalam hidup mereka
  • Membawa isteri dan anak-anak pergi melancong dalam dan luar negeri dan tinggal dihotel-hotel yang selesa
  • Bebas dari masalah kewangan dan hutang yang membebankan
  • Memberi peluang pendidikan yang terbaik untuk anak-anak
  • dan sebagainya..


Saya percaya ramai kakitangan kerajaan mempunyai keinginan dan impian tersebut. Tetapi bukan semua orang mampu mencapainya, disebabkan keterbatasan pendapatan sebagai seorang pekerja makan gaji. Untuk mencapai impian tersebut, anda perlu menjadi seorang kakitangan kerajaan berjiwa besar yang sentiasa tak putus asa berusaha menjana pendapatan sampingan yang dilaksanakan di luar waktu bekerja.

Sekiranya anda ingin merealisasikkan  kesemua impian yang saya senaraikan di atas, anda perlu menyertai mereka..

Anda perlu menjalankan sekurang-kurangnya satu jenis perniagaan.. Lagipun dalam Islam ada menyatakan, 9/10 rezeki datangnya melalui perniagaan.. 

Jalankan perniagaan diluar waktu bekerja.. Teruskan berdoa, berusaha, berIkhtiar dan bertawakal.. Semoga perniagaan part time yang anda usahakan dapat memberikan keuntungan yang lumayan untuk membantu anda mencapai impian yang diharapkan..


Sumber : Klik Di Sini

Semua orang mempunyai pilihan untuk mencapai impian.. Jangan sekat impian-impian tersebut dengan perkara-perkara negatif yang bermain di minda anda... Sentiasa berfikiran secara positif.. In Shaa Allah, impian anda akan menjadi kenyataan pada satu hari nanti..

"Berfikirlah Secara Positif dan Senyum-Senyum selalu" 

- Tagline Motivasi di Blog Coretan Anuar sempena Tahun baru 2015 -






Good And Service Tax (GST) akan mula dilaksanakan pada April 2015


Merujuk berita yang telah diwar-warkan sebelum ini, GST akan mula dilaksanakan pada tahun 2015. Pastinya ada rakan-rakan dalam kakitangan kerajaan tertanya-tanya.. Perniagaan apa paling sesuai Untuk Kakitangan Kerajaan apabila GST mula dilaksanakan? 

Sumber : Klik Di Sini
Contoh Pengiraan Good And Service Tax (GST) mengikut rantaian transaksi kepada pengguna

Apabila GST mula dilaksanakan nanti, terdapat 5 transaksi urusan jual beli yang terlibat dalam Good And Service Tax (GST) iaitu:
  • Transaksi 1 : Pembekal kepada Pengilang
  • Transaksi 2 : Pengilang kepada Pemborong
  • Transaksi 3 : Pemborong kepada Peruncit
  • Transaksi 4 : Peruncit kepada Pengguna
  • Transaksi 5 : Harga Pengguna

Sumber : Klik Di Sini
Rumusan Contoh Pengiraan Good And Service Tax (GST)

Dalam contoh di atas menunjukkan satu produk yang bernilai RM20 dibekalkan kepada pengilang.. Selepas melalui 5 transaksi jualan yang melibatkan pembekal, pengilang, pemborong, peruncit dan akhir sekali kepada pengguna.. Produk yang berharga RM20 tersebut, kesudahannya akan menjadi RM53 apabila sampai di tangan pengguna..

Apabila GST mula berkuatkuasa nanti, semua pihak yang terlibat dengan traksaksi (urusan jual beli) dah tentu takkan terlepas daripada membayar GST.. 

Apabila GST telah dilaksanakan.. Kalau kita nak berniaga, tapi nak kurangkan harga sebab nak jaga hati pembeli, salah satu caranya ialah untuk mengurangkan proses transaksi.. 

Jalankan perniagaan yang tidak perlu melalui 5 transaksi jualan.. Kalau boleh dapat 1 transaksi sahaja lagi bagus.. Daripada Pembekal terus kepada pengguna.. Dapat menjimatkan banyak kos, dan memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak ..

Ok tak kalau macam tu?

Cakap memang senang Anuar, tapi perniagaan apa yang boleh dilakukan semudah itu?


Perniagaan paling sesuai Untuk Kakitangan Kerajaan berjiwa besar apabila GST mula dilaksanakan



Pada pendapat saya, perniagaan paling sesuai untuk kakitangan kerajaan apabila GST mula dilaksanakan ialah perniagaan yang kita tidak perlu menjual..

Biar betul ko ni Anuar?

Mana ada perniagaan yang kita tidak menjual? Dah nama perniagaan, tentulah kita perlu menjual...

Dengan dulu penjelasan saya... Sila beri sepenuh Perhatian pada setiap bait-bait perkataan yang seterusnya...

Senarai ayat-ayat jualan yang biasa anda dengar daripada seorang jurujual..
  • "Aku ada jual Cadar Patchwork, ko nak tengok tak?.. Cadar ini mudah dikemaskan, sesuai untuk ibu-ibu yang tak ada masa nak mengemas rumah" - Ayat promosi dekat kawan-kawan
  • "Mari.. Mari.. Mari.. Buah Durian Murah, murah.. RM10 jer selonggok" - Ayat orang berniaga di Pasar Malam 
  • "Mari.. Mari.. Mari... Lelong-lelong-lelong.. Dua Seringgit-Dua Seringgit" - Ayat Jualan Mail dalam komik Upin & Ipin
  • "Tolonglah beli produk saya ni bang. Tolonglah... Abang nak berapa? kita boleh bincang" - Ayat jualan di kaki-kaki lima
  • "Sim Kad ni bagus bang.. Saya jual RM90 jer.. Setiap kali abang topup, abang boleh dapat ........ Setiap kali kawan abang Topup pun abang boleh dapat..... Lagi best bang, abang boleh dapat perlindungan insurans sebanyak.... bla,bla,bla... Inilah satu-satunya simkad yang boleh memberikan pendapatan pasif kepada semua orang" - Ayat jualan promoter simkad
  • "Penapis air yang saya jual ni tak sama dengan penapis air lain yang terdapat di pasaran.. Ia mengandungi.... yang boleh menapis.... Sebab itu harganya jauh lebih mahal..  " - Ayat jualan seorang ejen MLM
  • "Abang dah ada Astro??.. Sekarang ni kami ada menawarkan harga Promosi, kalau abang nak pasang ASTRO... Piring... Decoder.... Channel....  " - Ayat jualan Promoter Astro

Saya percaya ayat-ayat jualan tersebut sudah lali dalam kehidupan seharian anda. Terlalu ramai orang menggunakan ayat-ayat jualan tersebut untuk mempromosikan barang-barang jualan mereka..



Sekarang ni saya akan tunjukkan pula ayat-ayat rekomendasi terhadap produk/barang/makanan.. 

Contoh ayat-ayat Rekomendasi terhadap produk/barang/makanan:
  • "Minggu lepas saya ada makan dekat kedai Pak Abu.. Laksanya sedap betul.. Kalau teringin nak makan laksa yang sedap bolehlah pergi ke kedai Pak Abu"rekomendasi terhadap makanan yang lazat
  • "Minggu lepas saya bawa keluarga pergi bercuti ke Pulau Pangkor.. Kami menginap di Purnama Beach Resort.. Memang selesa tinggal dekat situ.. Anak-anak pun seronok sebab ada swimming pool betul-betul dihadapan pintu bilik kami" - Rekomendasi terhadap hotel/penginapan yang sesuai untuk percutian keluarga
  • "Saya cadangkan anda tinggal di Borneo Hotel.. Sewanya murah.. Nak cari makanan pun senang, sebab banyak kedai makan di sekitar Hotel tersebut.. Nak cari transpot untuk pergi ke stesen bas pun senang, sebab ada setesen teksi di sebelah hotel tersebut " - Rekomendasi seorang driver teksi kepada saya semasa saya pergi ke Sibu Sarawak
  • "Saya beli cadar harga borong ni dekat Shah Alam.. Murah sikit berbanding dekat Taiping.. Dekat pula tu.. Boleh ambil sendiri.. Dekat situ dah jimat kos penghantaran.. " - Rekomendasi terhadap perniaga lain yang ingin mendapatkan barang jualan secara borong
  • "Tahun lepas kawan saya lulus Exam PTD.. Dia study guna rujukan yang dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya.. 80% daripada isi kandungan rujukan tersebut sangat membantu beliau.. Nak tahu lebih lanjut tentang rujukan yang beliau gunakan, boleh baca di sini.." - Rekomendasi terhadap rujukan yang sangat diperlukan oleh calon Peperiksaan SPA

Dapatkah anda membezakan di antara orang menjual produk/barang/makanan dengan orang yang memberikan rekomendasi terhadap produk/barang/makanan? 
"Perniagaan paling sesuai Untuk Kakitangan Kerajaan berjiwa besar apabila GST mula dilaksanakan ialah dengan melakukan Rekomendasi produk, bukannya menjual produk!"

Kalau kita menjual produk kita akan menerima bayaran daripada pembeli.. Ada transaksi jualan berlaku di antara pembeli dan penjual.. Setiap penjual confirm akan dikenakan GST..

Tetapi kalau kita merekomendasikan produk.. kita tidak akan dikenakan GST disebabkan tiada transaksi jual beli berlaku di antara kita dengan pembeli... Dengan erti kata lain kita tidak menerima wang daripada pembeli... 

Sebaliknya  Pemilik produk/penjual yang menerima wang dari pembeli... Kita hanya mendapat komisyen daripada pemilik produk/barang/makanan atas usaha kita merokemenkan produk jualan mereka... 

Mana lebih mudah dilaksanakan?, nak menjual atau nak rekomendasi produk?

Rekomendasi produk yang dilaksanakan secara bersistem oleh orang tengah dikenali sebagai Affiliate.. Orang yang terlibat merekomendasi sesuatu produk dipanggil sebagai ejen Affiliate..

Ejen Affiliate tidak menjual produk, tetapi sebaliknya Merekomendasi produk milik peniaga

Di Malaysia terdapat 2 kategori affiliate, iaitu affiliate secara Online dan juga affiliate secara Offline..


Affiliate Secara Offline

Affiliate secara Offline menggunakan Platform Mykad Smart Shopper, Ejen Affiliate boleh mendapat komisyen daripada syarikat yang mengendalikan program ini melalui :

  • Pemilik Mykad yang kita aktifkan melakukan pembelian di premis-premis perniagaan yang telah menyertai program ini.  
  • Premis Perniagaan yang kita daftarkan mendapat pelanggan yang terdiri daripada pemilik Mykad yang ingin mengumpul mata ganjaran dan diskaun melalui program ini.  





Affiliate Secara Online

Terdapat banyak program affiliate secara online yang boleh anda sertai, antaranya AshadeeLazadaKlikjerJobDirumahTim InfokerjayaAdvetorialEqurbandan lain-lain

Disebabkan terlalu banyak, saya tak dapat nak senaraikan kesemuanya.. Nak tahu lebih banyak senarai program affiliate secara Online yang boleh anda sertai, anda boleh klik di Sini


Terlalu banyak program Affiliate, sampai tak tahu nak promote yang mana satu?

Nasihat saya kenal pasti pemilik produk terlebih dahulu.. 

Dapatkan feedback sebanyak mungkin daripada para pembeli produk mereka.. Samada positif atau negatif... Kalau banyak Feedback positif daripada pembeli produk, ini menunjukkan produk tersebut bagus.. Bila produk bagus, tentu ada banyak permintaan..

Kemudian dapatkan juga Feedback daripada ejen affiliate yang pernah membuat rekomendasi terhadap produk tersebut.. Ada masalah tak dari segi pembayaran komisyen? Kalau ada masalah dari segi pembayaran komisyen, sebaik-baiknya anda elakkan daripada mempromosikan produk tersebut... Silap haribulan komisyen anda tidak dibayar, tak ke naya dibuatnya... 

Sepanjang saya mempromosikan produk-produk affiliate, saya juga pernah berhadapan dengan komisyen affiliate yang tidak di bayar.. Ada satu produk tu saya dah berjaya menjana komisyen jualan sebanyak RM450.. RM450 bukannya sikit, banyak tu... Tapi pemilik produk tak bayar.. Malah tak lama lepas tu, laman web affiliate yang saya promosikan pun dah tak wujud...  Saya cuba menghubungi pemilik produk, tapi bayaran masih belum lagi di terima sehingga sekarang...

Sebagai pengajarannya... Kena berhati-hati juga sebelum memilih produk affiliate...


Contoh Program Affiliate yang bagus adalah seperti berikut:

Komisyen JobDiRumah (Klik Di Sini) pada 31 Disember 2014


Pembayaran JobDirumah (Klik Di Sini) diterima pada 5 Januari 2015

Saya mendapat komisyen affiliate Job Di Rumah pada 31 Disember 2014.. Bayaran dilakukan pada 5 Januari 2015... Dalam tempoh 5 hari sahaja bayaran berjaya diselesaikan.. Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentu dapat memberi motivasi kepada saya untuk terus mempromosikan program affiliate Job Di Rumah...



Komisyen Rahsia Hipnosis (Klik Di Sini) pada 30 Disember 2014


Pembayaran Rahsia Hipnosis (Klik Di Sini) pada 5 Januari 2015

Saya mendapat komisyen affiliate Rahsia Hipnosis pada 30 Disember 2014.. Bayaran dilakukan pada 5 Januari 2015... Dalam tempoh 6 hari sahaja bayaran berjaya diselesaikan.. Walaupun tak sepantas Job Di Rumah, tetapi kira ok sangat dah tu... 

Nak menjadi seorang ejen affiliate berjaya, terdapat beberapa kemahiran yang perlu anda kuasai, antaranya :


Tetapi anda tidak perlu menguasai kesemua kemahiran tersebut... Sekiranya anda berjaya menguasai satu atau dua kemahiran pun dah cukup bagus untuk permulaan..  Kemudian bila dah semakin mahir dengan kemahiran yang ada, cuba explore kemahiran-kemahiran yang lain.. In Shaa Allah, dari sehari ke sehari ilmu bertambah, kemahiran bertambah, dan rezeki pun turut bertambah... 

Saya rasa setakat ini sahaja info yang dapat saya kongsikan pada kali ini... Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia amnya, dan kakitangan kerajaan khususnya... Good Luck!!

Terima kasih kerana sudi membaca ;)

2 ulasan:

  1. Semoga ramai yang mendapat manfaat daripada entri ini. .

    BalasPadam
  2. terima kasih dengan info dalam entri ini, saya suka dan membacanya sampai habis walaupun ditulis panjang berjela,,:)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra