Selasa, 22 Julai 2014

Pengalaman Bersaing Dengan Pakar-Pakar Pelaburan Hartanah..

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Ribuan Terima kasih kepada Team DSR (Dr. Shah Razali) kerana sudi menjemput saya mempromosikan The Best Of DSR DVD Collection (Diskaun 49%) yang dibuka jualannya semalam... 

Untuk makluman anda, Jualan murah ini diadakan selama 24 jam sahaja... dan jualan telah pun tamat tepat jam 12.00 tengah malam tadi..




Pihak Team DSR yang sangat bermurah hati... telah menjemput saya mempromosikan produk ini melalui email yang dihantar pada hari Sabtu..


Email Jemputan untuk mempromosikan The Best Of DSR DVD Collection (Diskaun 49%)


Kemudian turut disusuli pula dengan jemputan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)... Rasa terharu sangat, sebab sudi menjemput saya mempromosikan produk terbaik DSR sampai sebegini rupa, walaupun nice area blog saya bukanlah berkaitan dengan pelaburan hartanah..


SMS Jemputan untuk mempromosikan The Best Of DSR DVD Collection (Diskaun 49%)


Ketika jemputan diterima (Sabtu petang), saya sedang berada di AEON Manjung, bawa isteri dan anak-anak pergi berjalan-jalan... (Sempat tengok Bazar Seindah Ramadhan yang dianjurkan oleh TV3 dan TV9) ... jadi, masa tu memang tak dapatlah nak buat sebarang tindakan untuk menerima jemputan tersebut..

Kemudian pada sebelah malamnya saya berada di  kampung saya Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak... Disebabkan dekat kampung saya tiada talian internet, jadi saya dah berhasrat untuk mengabaikan sahaja jemputan tersebut.. 

Kemudian pada Hari Ahad, kami sekeluarga pulang ke rumah di Sabak Bernam sebaik sahaja selepas menunaikan solat Terawih (buat 8 rakaat jer)... 

Sampai di Sabak Bernam dalam pukul 11.30.. Mujur pula anak-anak terus tidur pada malam tersebut... 

Disebabkan ada sedikit masa terluang sebelum melelapkan mata, tiba-tiba rasa tergerak dihati untuk mempromosikan The Best Of DSR DVD Collection (Diskaun 49%)


Sewaktu entri siap ditulis, laman web jualan telah pun dibuka... Masa tu dah pasrah jer.. Tak berharap sangat pun bolah dapat jualan... sebab saya tahu persaingan saya dah tentu Pakar-Pakar dalam Pelaburan Hartanah...

Tetapi kata orang rezeki tersebut di tangan Allah S.W.T... Walaupun blog saya bukan bernice areakan pelaburan hartanah, tetapi ada juga satu jualan yang terhasil... Syukur Alhamdulillah..


Dan seperti yang saya jangka.. Top Affiliate bagi produk ini, dimonopoli oleh pakar-pakar dalam pelaburan Hartanah... 


Dalam senarai top Affiliate tersebut, tidak semua yang saya kenal.. Antara pakar-pakar pelaburan hartanah yang saya kenal dalam senarai Top Affiliate tersebut ialah:

Yang lain tu, saya tak berapa kenal.. Tapi saya kagum dengan kehebatan mereka.. Dalam masa 24 jam sahaja, mereka boleh menjana pendapatan ratusan ringgit hingga ribuan ringgit... Dengan usaha promosi yang telah mereka lakukan melalui Blog dan juga Facebook..

Inilah kelebihan mempunyai blog dan kreabiliti yang bernice ireakan pelaburan hartanah.. Apabila mereka tulis sahaja info tentang pelaburan hartanah, ramai follower mereka yang berminat nak baca... Daripada pembaca bertukar kepada pembeli dengan izin Allah S.W.T... 

P/s: Tahniah saya ucapkan kepada rakan-rakan yang berjaya dapat duit raya daripada Team DSR (Dr. Shah Razali)

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra