Rabu, 23 Julai 2014

Kalaulah Malam tadi malam Lailatul Qadar...

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada hari ini kita telah berada di hari yang ke 25 Ramadhan.. Iaitu 10 malam terkahir yang begitu dinantikan oleh seluruh Umat Islam..

Malam-malam yang sepatutnya diisikan dengan beribadah kepada Allah S.W.T... Tempat yang paling ideal untuk dikunjungi pada malam-malam ini sepatutnya ialah masjid-masjid dan surau-surau... 


Kejarlah Lailatul Qadar semasa ada kesempatan ini..
Sumber : Lembaga Zakat Selangor


Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya... Pada awal Ramadhan bilangan Jemaah yang memenuhi masjid-masjid dan surau-surau biasanya lebih ramai berbanding hari-hari terakhir Ramadhan... 

Bila dah masuk hari-hari terakhir Ramadhan ini, ramai orang membawa haluan masing-masing.. Ada yang ke Bazar Ramadhan untuk membeli keperluan raya, ada yang sedang sibuk membuat kuih raya, ada yang sibuk pergi ke shopping Complex untuk window Shopping disebabkan banyak shopping complex menawarkan harga diskaun pada ketika ini, dan sebagainya.. 

Ini menunjukkan semakin ramai umat Islam pada hari ini tewas dengan Dugaan dan kenikmatan dunia..   

Ya betul! Pada ketika ini biasanya terlalu banyak dugaan yang bakal menguji kita... Pada masa inilah banyak shopping Complex nak mengadakan jualan murah.. Supaya kita lebih sibuk memikirkan urusan bershopping daripada beribadah..

Bagi yang berniaga pula, semakin banyak tempahan yang bakal kita terima... Supaya kita lebih sibuk berurusan dengan pelanggan-pelanggan kita daripada beribadah.. 

Ini semua merupakan cabaran dan dugaan daripada Allah S.W.T untuk menguji kita... samada kita semakin leka dengan kehidupan dunia yang bersifat hanya sementara, atau dapat meluangkan sedikit masa untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi..


Kalaulah Malam tadi malam Lailatul Qadar....

Kalaulah malam tadi merupakan malam Lailatul Qadar, saya rasa agak terkilan....

Sebab malam tadi, saya tak berpeluang untuk berjaga malam seperti yang dirancang... Malam tadi boleh tertidur selepas melayan anak-anak terutamanya Baby Naila.. Kemudian apabila tersedar, jam telah menunjukkan 4.40 pagi, dalam keadaan belum sempat membuat persediaan untuk bersahur... 

Ketika bangun, saya melihat seakan-akan ada tanda-tanda malam Lailatul Qadar seperti maklumat yang pernah saya pernah perolehi melalui pembacaan dan mendengar cermah-cermah ustaz seperti Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, dan tidak ada angin kencang..

 Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. 
(HR Ahmad)

Walaubagaimanapun penentuan Malam lailatul Qadar sebenar, adalah pada hari siangnya... Dimana terdapat tanda-tanda lain yang perlu di perhatikan pada siang hari seperti Udara dan suasana pagi yang tenang, Cahaya mentari lemah dan cerah tidak terik.. Ini berdasarkan 2 hadis Rasulullah S.A.W seperti berikut:

 Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” 
(Hadis Hasan)


 Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:“Keesokan hari malam Lailatul Qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” 
(HR Muslim)
Hasil pemerhatian saya, dari malam tadi sehingga ke pagi tadi, masih ada tanda-tanda malam Lailatul Qadar... Tetapi apabila kira-kira jam 10.00 pagi tadi, kelihatan matahari sudah memancarkan cahayanya... Ini bermaksud, kita masih berpeluang lagi untuk menemui malam Lailatul Qadar 2014 atau malam Lailatul Qadar 1435 Hijrah 


Jadi.. Rebutlah peluang ini... Kejarlah Lailatul Qadar semasa ada kesempatan ini.. Jadi tarikh sebenar malam Lailatul Lailatul Qadar masih lagi menjadi teka-teki sehingga ke hari ini.. Yang pasti, ianya berada dalam salah satu daripada 5 hari-hari terakhir Ramadhan...  

"Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari:-Ahad atau Rabu, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29Jumaat atau Selasa, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27Khamis, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 RamadanSabtu, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23Isnin, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21"
Pada tahun ini 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad.. Jadi, ada kemungkinan besar malam lailatul Qadar akan jatuh pada 29 Ramadhan atau boleh juga jadi pada 27 Ramadhan..
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir"   ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim) 
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar adalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

Semoga kita dapat memanfaatkan 5 malam terakhir Ramadhan yang masih lagi tinggal ini dengan sebaik-baiknya... Ambillah masa dan peluang untuk beribadat kepada Allah S.W.T dengan sebaik-baiknya seakan-akan inilah bulan Ramadhan terakhir dalam hidup kita..

Pada hari ini nyawa kita berada di hujung tanduk... Allah boleh menarik nyawa kita pada bila-bila masa sahaja... Musibah boleh berlaku kepada semua orang... Orang lain yang berbuat kejahatan, belum tentu orang baik tidak akan terkena tempiasnya...

Disebabkan itu kita tidak boleh leka dalam merencana kehidupan seharian kita... Jangan kita leka walau sedikitpun daripada mengingati Allah S.W.T terutamanya 10 hari terkahir di bulan Ramadhan ini... Mana tahu, Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terkahir dalam hidup kita sebagaimana rakan-rakan kita yang hilang tanpa dikesan dalam pesawat MH370, rakah-rakan kita yang terkorban di Gaza dan juga MH17... Siapa sangka mereka boleh terkorban di bulan Ramadhan yang mulia ini..

Inilah dia kekuasaan Allah S.W.T.. Hikmah disebalik kejadian ini ialah supaya kita sentiasa bermuhasabah diri.. Kita masih lagi bersyukur sebab diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini sehingga Ramadhan yang ke 25.. 

Sedangkan rakan-rakan kita beragama Islam yang berada dalam pesawat MH17 telah menemui Allah S.W.T.. Mereka sudah tidak lagi berpeluang untuk mengejar malam lailatul Qadar seperti kita..


"Tidakkah kita rasa terkilan kerana belum pernah sekalipun berpeluang menghayati malam Lailatul Qadar, sedangkan kita mempunyai peluang selama 40 tahun untuk mendapatkannya?"

Hari ini tiada jaminan kita boleh hidup lama.. Tidak kiralah siapa kita... Samada kita perdana menteri, timbalan perdana menteri, pemimpin-pemimpin negara, para ulama, ustaz, dan sebagainya..

Tiada jaminan kita boleh hidup lama... Walaupun kita mempunyai bodyguard keliling pinggang, harta yang melimpah ruah, polisi insurans bernilai jutaan ringgit... Itu semua hanya pinjaman semata-mata... Apa yang ada pada kita merupakan ujian daripada Allah S.W.T.. Untuk menguji sejauh mana keimanan kita ketika berhadapan dengan ujian-ujian tersebut...  Sampai masanya kita tetap menghadap sang pencipta dan meninggalkan semua yang ada pada diri kita.. 

Jadi, jom kita sama-sama berusaha untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar... Supaya kita tidak rasa terkilan seandainya kita tidak berkesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan...

"Ya Allah Ya tuhan kami.
Ampunkanlah dosa kami..
Sesungguhnya kami tergolong dalam golongan hambamu yang jahil..
Hambamu yang banyak melakukan dosa dan maksiat.. 
Ampunkanlah dosa kami.. Sesungguhnya engkau maha pengampun lagi maha penyayang

Ya Allah ya tuhan kami
Ampunkanlah dosa kami,
seandainya kami menggunakan rezeki pemberianmu kearah yang tidak engkau Redhai..
Bermewah-mewah ketika berbelanja,
bermewah-mewah ketika makan,
sedangkan ada hamba-hambamu yang sedang menderita kelaparan..
Sesungguhnya tiada daya kami untuk menahan keinginan kami daripada membeli pada ketika itu..

"Ya Allah ya tuhan kami
Ampunkanlah dosa kami,
Sekiranya kami bersalah..
Ketika kami sedang berseronok menyaksikan perlawanan World Cup
Ada saudara seislam kami dizalimi oleh tentera Israel Lanatullah
Sekiranya kami bersalah..
Bangun di waktu pagi menonton perlawanan World Cup, 
tetapi tidak pula bertahajud kepada mu..
Lebih banyak meluangkan masa menonton world cup, daripada masa yang kami peruntukkan untuk beribadah kepada mu..
Sesungguhnya kami terlalu lemah untuk menghindarkan diri daripada menikmati keseronokan dunia

Ya Allah ya tuhan kami,
Ampunkanlah dosa kami..
Sekiranya ada dosa dan maksiat yang telah kami lakukan di saat kami sedang menjalani ibadah berpuasa di Bulan Ramadhan..
Sekiranya ada mata ini memandang perkara yang tidak sepatutnya
Sekiranya ada lidah ini memperkatakan sesuatu yang tidak baik (mengumpat, bergosip, mencaci, menghina dan sebagainya)
Sekiranya ada tangan atau kaki ini mengasari orang lain
Sekiranya ada jari jemari ini menaip sesuatu yang menyakitkan hati atau mengguris perasaan orang lain,..
Maafkanlah kami... 
Sesungguhnya kami hambamu yang lemah, hambamu yang tidak akan pernah terlepas daripada melakukan kesilapan..

Ya Allah ya tuhan kami..
sihatkanlah tubuh badan kami,
Sucikanlah hati kami
Peliharalah mida kami
Peliharalah ibadah kami,
Pertingkatkanlah keimanan kami
Jauhkanlah kami daripada sifat malas
supaya kami berpeluang untuk menambahkan amal Ibadah sepanjang 10 malam terkahir Ramadhan

Ya Allah ya tuhan kami
Walaupun kami jahat, 
walaupun kami jahil, 
walaupun kami bukan dalam kalangan hambamu yang soleh...
Tetapi kami juga berhak untuk menikmati keindahan malam lailatul Qadar,
Berikanlah kami peluang untuk menikmati malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan tahun ini,
Sebagaimana peluang yang telah engkau berikan kepada hamba-hambamu yang Soleh...

Sesungguhnya Engkau tuhan yang maha perkasa,
Tuhan yang maha bijaksana
Tuhan yang maha pengampun,
Tuhan yang maha maha pemurah,
Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Perkenankanlah permintaan hamba-hambamu ini Ya Allah"




0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra