Selasa, 13 Mei 2014

Pengalaman Memborong Cadar Patchwork Cotton

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Susulan entri bertajuk Mula Berniaga Pada Bulan Rejab dan Cari Duit Raya dengan berniaga Cadar Patchwork termurah di pasaran, pada hari Ahad baru-baru ini saya telah menemani Ayah mertua saya membeli secara Borong Cadar Patchwork Cotton






PENGALAMAN MEMBELI SECARA BORONG UNTUK TUJUAN PERNIAGAAN

Seumur hidup saya ini merupakan pengalaman kedua saya membeli barang secara borong untuk tujuan perniagaan. 

Pengalaman pertama saya ialah pada tahun 2010, membeli Babyland Cloth Diapers secara borong untuk dijual secara Online. Masa tu ramai yang tak percaya apabila saya menjual BabyLand Cloth Diapers.. 

Apabila ada pelanggan yang bertanya kepada saya, apa yang mendorong minat saya untuk menjual BabyLand Cloth Diapers?

Panjang ceritanya.. Sebelum ini, Saya pernah membeli BabyLand Cloth Diapers daripada seorang rakan dengan harga RM30.00 seunit. Apabila saya mencari maklumat diinternat tentang BabyLand Cloth Diapers yang telah saya beli, saya dapati produk tersebut merupakan Pirated Babyland Cloth Diapers. Dah lah beli mahal.. Terbeli Pirated Babyland Cloth Diapers pula.. 

Nak pulangkan balik, rasa tak sampai hati pula... sebab membeli daripada seorang kawan. Disebabkan nak menjaga hati kawan, saya diamkan sahaja, dan buat Survey dekat internet untuk mendapatkan Original Babyland Cloth Diapers pada harga termurah.. 

Hasilnya, Jumpa... 

Tapi kena beli secara borong.. 

Tanpa berfikir panjang saya pun memborong dalam 150 Unit BabyLand Cloth Diapers, dan menjualkannya semula pada harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran pada ketika itu... 

Prinsip saya berniaga mudah sahaja.. Jual pada harga murah... biar saya dapat untung yang sedikit, tetapi dapat menggembirakan hati para pelanggan. ;)

Semenjak saya berpindah ke Sabak Bernam, saya tidak lagi menjual BabyLand Cloth Diapers.. Kebetulan pula sebelum saya berpindah, stok BabyLand Cloth Diapers dalam simpanan saya dah habis, dan supplier saya juga telah kehabisan stok... Nak memudahkan kerja, Tamatkan serta merta urusan jualan BabyLand Cloth Diapers...  


PENGALAMAN MEMBORONG SET CADAR PATCHWORK COTTON

Ok... Itu pengalaman saya menjual BabyLand Cloth Diapers kira-kira 4 tahun yang lalu..

Sekarang ni.. ayah mertua saya pula berminat nak memborong dan seterusnya menjual Set Cadar Patchwork Cotton, disebabkan alasan yang sama... iaitu harga cadar Patchwork Cotton yang dijual ditempat kami adalah mahal... Dan beliau dapat menyediakan stok yang lebih murah.. 

Sebagai anak-anak dan menantu, kami menyokong hasrat ayah mertua saya, dan bersedia membantu ayah mertua saya untuk menjual Set Cadar Patchwork Cotton tersebut. Sambil tolong menjual boleh juga dapat sedikit komisyen.. Oklah tu kan? 

Dengan menaiki sebuah kereta, saya dan ayah mertua saya pergi ke rumah pembekal untuk mendapatkan Set Cadar Patchwork yang telah kami booking.. Sebaik sahaja sampai di rumah pembekal, rasa rambang mata melihat pelbagai design Cadar Patchwork yang menarik.. 

Setelah membuat pilihan design yang kami kehendaki, tanpa berfikir panjang kami memasukkan kesemua set Cadar Patchwork tersebut ke dalam kereta untuk di bawa pulang...

Fuhh... Nasib baik muat.. Bonet kereta dan tempat duduk belakang dipenuhi dengan 54 Set Cadar Patchwork.. 

Hasilnya..



Stok Set Cadar Patchwork yang kami ada.. 

Set cadar Patchwork yang laris di pasaran.. 

Kebiasaannya, apabila ada salah seorang ahli keluarga membeli, keinginan untuk mendapatkan Set Cadar Patchwork akan berjangkit kepada adik beradik, kawan-kawan ataupun jiran tetangga. Sebenarnya inilah keadaaan yang dialami dalam keluarga isteri saya, sehinggakan adik-adik isteri saya dan ayah mertua saya turut berminat memiliki Set Cadar Patchwork Cotton untuk dibuat koleksi..  

Ini disebabkan fabrik Cadar Patchwork cukup tebal, lembut dan selesa... ianya fully cotton dan jahitannya kemas, menjadikan katil di bilik tidur anda nampak cantik, kemas dan selesa! Apabila anak-anak anda melompat di atas tilam pun ia tak terjejas, secara tidak langsung menjimatkan masa anda untuk mengemas katil.

Satu lagi kelebihan CADAR PATCHWORK COTTON ni, ia flexible, ia besar & lebar yang boleh digunakan untuk tilam bersaiz queen dan juga saz king. Ukuran cadarnya ialah 220 cm x 230 cm dan ukuran sarung bantalnya ialah 71cm x 44cm. 

Tilam dalam kamar tidur saya bersaiz Queen. Apabila ia dipasang dengan Cadar Patchwok Cotton, katil kelihatan kemas, dan tidak perlu bersusah payah nak ditegangkan ketika mengemas katil pada setiap. 

Contoh design Set Cadar Patchwork yang kami ada..








Nak tengok lebih banyak Design Cadar Patchwork, boleh kunjung fanpage Discount Hari2 di link berikut: https://www.facebook.com/DiscountHari2


Harga Set Cadar Patchwork Cotton

Harga : RM150.00  (Ada Harga Diskaun untuk pembelian 5 unit ke atas)
Kos Penghantaran : RM10/unit (Semenanjung malaysia) & RM30.00/unit (Sabak/Sarawak) 


Ciri-Ciri Set Cadar Patchwork Cotton

Boleh dikenakan pada Tilam Saiz King/Queen 
Fabrik 100% Cotton
Cadar Tebal, berat dan Sejuk ( boleh juga dijadikan sebagai comforter)
Cadar Tidak bergerak apabila dihamparkan. 

1 Set ada : 

  • 2 sarung bantal
  • 1 cadar tebal



0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra