Isnin, 16 Jun 2014

Jaringan Leonel Messi membantu Argentina mengalahkan Bosnia 2-1

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi tadi sempat menonton perlawanan pembukaan Kumpulan F... Menyaksikan pertemuan diantara pasukan pilihan saya Argentina menentang Bosnia and herzegovina

Seperti juga penyokong pasukan Argentina yang lain, dah tentu saya tak sabar nak tengok menonton aksi pemain terbaik Dunia, Leonel Messi di atas padang.

Syukur Alhamdulillah.. Pada perlawanan kali ini Leonal Messi diturunkan dalam senarai kesebelasan utama, siap jadi ketua pasukan lagi tu.. ;)




Senarai Pemain kedua-dua pasukan dalam pertemuan Argentina VS Bosnia and herzegovina :

Kesebelasan Utama Argentina: 1)Sergio Romero; 4)Pablo Zabaleta, 3)Hugo Campagnaro, 2)Ezequiel Garay, 16)Marcos Rojo, 17)Federico Fernandez; 7)Angel Di Maria, 14)Javier Mascherano, 11)Maxi Rodriguez; 10)Lionel Messi, 20)Sergio Aguero
(Bermain dalam Formasi : 5-3-2)

Barisan Pemain Simpanan Argentina: 5)Fernando Gago, 6)Lucas Biglia, 8)Enzo Perez, 9)Gonzalo Higuain, 12)Agustin Orion, 13)Augusto Fernandez, 15)Martin Demichelis, 18)Rodrigo Palacio, 19)Ricky Alvarez, 21)Mariano Andujar, 22)Ezequiel Lavezzi, 23)Jose Basanta,

Kesebelasan Utama Bosnia: 1)Asmir Begovic; 13)Mensur Mujdza, 4)Emir Spahic, 3)Ermin Bicakcic, 5)Sead Kolasinac; 20)Izet Hajrovic, 7)Muhamed Besic, 8)Miralem Pjanic, 16)Senad Lulic, 10)Zvjezdan Misimovic; 11)Edin Dzeko
(Bermain dalam Formasi : 4-5-1)

Barisan Pemain Simpanan Bosnia: 2)Avdija Vrsajevic, 6)Ognjen Vranjes, 9)Vedad Ibisevic, 12)Jasmin Fejzic, 14)Tino Sven Susic, 15)Toni Sunjic, 17)Senijad Ibricic, 18)Haris Medunjanin, 19)Edin Visca, 21)Anel Hadzic, 22)Asmir Avdukic, 23)Sejad Salihovic

Pada pagi tadi saya dapat mengikuti perlawanan separuh masa babak Pertama sahaja.. Disebabkan perlu bersiap untuk pergi bekerja.. Huh sedikit Kecewa.. Tapi tak mengapa boleh tengok perlawanan ulangan pada malam nanti.. ;)

Di separuh masa pertama, saya sempat melihat bagaimana gawang Bosnia dibolosi seawal minit ke 3 menerusi gol pemain Bosnia sendiri, Sead KolasinacGol berpuca daripada sepakan Percuma yang diambil oleh Leonel Messi, kemudian terkena kaki Sead Kolasinac  menerjah masuk ke pintu gol Bosnia.

Walaubagaimanapun tak sempat menyaksikan separuh masa babak kedua, tetapi saya tumpang gembira apabila mendapat berita Leonel Messi menjaringkan 1 gol pada minit ke 65, untuk membantu Argentina mengalahkan Bosnia 2-1.


Reaksi gembira Leonel Messi sewaktu meraikan jaringan ketika perlawanan diantara Argentina menentang Bosnia

Sumber : Klik Di Sini

Keputusan Penuh Perlawanan : Argentina - 2, Bosnia and herzegovina - 1

Keputusan Penuh Perlawanan Argentina VS Bosnia and herzegovina 


Gol tunggal pasukan Bosnia and herzegovina dijaringkan oleh Vedad Ibisevic pada minit ke 85..

Tahniah diucapkan kepada pasukan Argentina di atas kemenangan tersebut. Semoga dapat mempamerkan aksi permainan yang lebih baik lagi dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.. ;) 

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra