Selasa, 17 Jun 2014

3 Langkah Mudah Mulakan Bisnes Raya TANPA PRODUK SENDIRI Di Facebook

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada hari ini, semua orang boleh mulakan Bisnes TANPA PRODUK SENDIRI Di Facebook.. Terutamanya menjelang musim perayaan, di mana semua orang sibuk membeli untuk membuat persiapan hari raya.






Inilah peluang terbaik kepada anda, sekiranya berminat untuk mencari rezeki tambahan bagi menampung keperluan hari raya nanti..

Anda tidak perlu mempunyai produk sendiri untuk berniaga di Facebook.. Memadai dengan mempromosikan produk kepunyaan orang lain, kemudian anda akan di bayar komisyen bagi setiap jualan yang terhasil.


SUMBER PRODUK UNTUK MULAKAN PERNIAGAAN DI FACEBOOK

Sebelum memulakan perniagaan di Facebook, terlebih dahulu anda perlu menentukan produk apa yang ingin anda jual/promosikan. Kemudian, langkah seterusnya ialah anda perlu mengenalpasti sumber untuk mendapatkan bekalan produk tersebut bagi memulakan bisnes anda.

Jadi, di sini saya nak kongsikan di mana anda boleh mendapatkan produk-produk seperti dalam gambar di bawah:




1) Wholesale – Borong

Anda boleh mendapatkan produk-produk ini daripada pemborong. Terpulang kepada anda samada ingin mendapatkan terus dari kilang mereka atau pun lakukannya secara online.

Kelebihan anda mendapatkan produk dari pemborang adalah dari segi harganya, ianya sangat murah dan ini akan menyebabkan margin keuntungan anda besar.

Kekurangannya ialah, anda perlu mengeluarkan modal sendiri (bergantung samada modal anda kecil ataupun besar) kerana anda perlu beli dalam kuantiti yang banyak.

Berdasarkan pengalaman saya memborong Cadar Patchwork Cotton, saya membeli sebanyak 50 set dengan modal sekitar RM5,500. Besar juga modal yang perlu kita keluarkan untuk mendapatkan bekalan perniagaan secara borong. Justeru itu, saya tidak mengesyorkan anda menggunakan cara ini, melainkan anda mempunyai modal yang besar.





2) Dropship

Cara kedua ialah melalui Dropship..

Dalam dunia bisnes offline, lebih mudah kita faham sebagai reseller atau agen yang menjual semula sesuatu produk.

Namun begitu, dalam dunia bisnes online konsep bisnes ini digunakan secara meluas. Yang bestnya adalah kita berurusan terus dengan pihak wholesale yang boleh berikan harga produk pada harga borong (ada juga yang sedikit sahaja mahal dari borong)  dan kita boleh jual walaupun satu produk. 


Rajah : Bagaimana Proses Dropship dilaksanakan

Biar saya explain sedikit untuk memudahkan pemahaman anda...

Pertama: Daftar Agen Dropship
Anda REGISTER sebagai agen (biasanya PERCUMA) pada mana-mana dropshipper produk terlebih dahulu. Selepas daftar, pilih produk mana yang anda ingin promosikan. Setiap dropshipper mempunyai produk yang berbeza. Pilih produk mengikut kesesuaian anda.
Setiap produk yang anda pilih biasanya dropshipper akan memberikan gambar produk dan info berkenaan produk tersebut contohnya jika nada menjual tudung, dropshipper akan memberikan anda gambar tudung tersebut dan maklumat saiz, warna, kain tudung tersebut.

Kedua: Promosi Produk
Selepas anda telah tetapkan produk yang anda ingin promosikan, ambil gambar dan info produk yang diberikan dan MARK UP harga. Contohnya; harga daripada dropshipper untuk sehelai tudung adalah RM30, jadi anda markup hingga RM50. Jadi RM50 (MARK UP) – RM30 (KOS DROPSHIP UNTUK TUDUNG), maka keuntungan yang bakal anda perolehi adalah RM20 untuk setiap tudung yang bakal berjaya anda jual nanti.
Setelah tetapkan MARK UP price tersebut, kini anda perlulah mempromosikan produk tersebut secara online di tempat yang mempunyai ramai pegunjung (bertrafik tinggi) seperti di Facebook, Blog dan forum.

Ketiga: Hasilkan Jualan
Sebagai agen, apa yang perlu anda lakukan adalah hanya promosi sahaja hingga hasilkan jualan. Anda TAK PERLU letak sebarang modal untuk membeli stok dari dropshipper. 
Promosi mestilah dilakukan secara berterusan bagi memastikan anda boleh hasilkan jualan. Lebih kerap anda promosi lebih tinggi kebarangkalian untuk anda hasilkan jualan.
Apabila, promosi anda sudah mula dilihat dan nampak di tempat yang anda promosikan tersebut, PASTI ada pembeli yang mula akan cari anda dan membeli dari anda.

Keempat: Menerima Bayaran
Pembeli yang berminat akan membuat bayaran ke akaun bank anda BUKAN akaun dropshipper! Bayaran yang dilakukan adalah nilai harga yang telah anda mark up tersebut.
Pastikan juga ketika bayaran diterima, anda ambil butiran pembeli seperti nama, no. telefon, alamat, email dan sebagainya. Ini untuk tujuan penghantaran produk dan rujukan bilangan pembeli anda.
Pastikan mereka bayar bilangan yang secukupnya dan anda mestilah dapatkan bukti bayaran seperti gambar resit dan sebagainya dari pembeli anda. 

Kelima: Proses Order
Selepas bayaran dan butiran pembeli diterima oleh anda, anda pergi ke web drosphipper anda dan mula proses order oleh pembeli anda.
Anda masukkan bilangan tempahan, barang yang ingin dibeli, saiz dan lain-lain jika berkenaan. Kemudian masukkan alamat pembeli anda. Setelah itu bayar kos yang telah ditetapkan oleh drosphipper tadi. Contohnya, jika harga jualan tudung ialah RM50, dan kos tudung adalah RM30.. Anda Cuma ambil duit yang telah di bank in oleh pembeli sebanyak RM30 sahaja dan lebihan RM20 anda simpan dalam bank anda sebagai untung. BESTnya, anda tak keluar satu sen pun untuk beli stok, hanya guna wang pembeli sahaja untuk melakukan bayaran kepada dropshipper anda.

Keenam: Penghantaran Produk
Setelah bayaran dibuat dan borang tempahan diisi di web dropshipper, dropshipper akan lihat transaksi anda dan mula membungkus tempahan dan terus hantar order tersebut pada pembeli anda. Anda TAK PERLU ke pejabat pos, TAK PERLU bungkus produk, semuanya dropshipper yang uruskan untuk anda.
Produk yang ditempah akan sampai dalam masa 2-3 hari bekerja, ada juga yang sedikit lewat.
Pastikan anda maklumkan pada pembeli anda tentang produk mereka dan berikan tracking number yang diberi oleh dropshipper yang mereka dapatkan dari syarikat kurier yang menghantar produk tersebut.
Tanya samada dah dapat produk dan minta mereka beri feedback tentang produk tersebut bila dah sampai. Senang sahaja!


3) Affiliate

Anda berpeluang untuk menjual produk orang lain tanpa perlu menggeluarkan modal walau satu sen pun.. Biasanya model bisnes affiliate digunakan secara meluas untuk produk digital dalam bisnes online. Produk digital adalah seperti ebook, software, webinar (seminar online), video tutorial dan macam-macam lagi.

Namun begitu ada juga segelintir produk fizikal (terlalu sedikit) yang menggunakan kaedah ini.

Proses untuk mendaftar affiliate dan seterusnya mempromosikan link affiliate sehingga berjaya menghasilkan jualan, ada saya terangkan dalam "ebook Bisnes Raya" yang boleh anda Download secara PERCUMA menerusi link di bawah..

Ok... Sekarang ni, saya dah kongsikan 3 cara untuk mendapatkan produk-produk Hot yang boleh anda jual di internet... Antara ketiga-tiga cara tersebut, anda rasa mana yang paling mudah?

Cara Pertama confirm dah kena tolak ke tepi... Anda perlu mengeluarkan modal yang besar dan berhadapan dengan risiko rugi sekiranya produk tidak laku dijual... 

Cara kedua dan cara ketiga kelihatan sangat menguntungkan... Anda tidak perlu mengeluarkan modal.. Kemudian, anda boleh mempromosikan produk orang lain, dan mendapat komisyen menerusi hasil setiap jualan yang berjaya anda lakukan...


Tapi Bagaimana cara paling mudah nak Promosi "Tanpa Produk Sendiri" secara Online?  

Caranya ialah dengan mempromosikan produk perniagaan anda menerusi Facebook... Saya percaya semua orang ada facebook... Kemungkinan besar anda tersasar ke blog ini juga mungkin disebabkan oleh Facebook..

Pemasaran menggunakan Facebook adalah pemasaran yang terbaik setakat ini. Hal ini kerana, ramai pengguna internet kini menghabiskan masa menggunakan Facebook.

11 Juta Potensi Pelanggan anda di facebook
Sumber : Klik Di Sini


Ya! Inilah peluang pemasaran yang berkesan dengan menggunakan facebook. Rugi sekiranya anda tidak dapat memanfaatkan peluang keemasan ini dengan sebaiknya.. Cuba anda bayangkan, sekiranya anda berjaya menjual produk anda kepada 0.01% daripada 11 juta orang pengguna facebook.. Berapakah potensi keuntungan yang bakal anda perolehi?


Analisa menggunakan Facebook untuk tujuan bisnes...
Sumber : Klik Di Sini

Cara terbaik melakukan pemasaran di Facebook BUKAN dengan menggunakan akaun personal anda, sebaliknya menggunakan Facebook Fanpage. Ini  kerana:

  • Fanpage lebih Spesifik untuk tujuan BISNES.
  • Bilangan prospek bakal pembeli lebih ramai berbanding akaun peribadi yang terhad kepada 5,000 orang rakan sahaja. 
  • Masalah kawan-kawan yang suka berhutang. Barang dah beli, siap pakai lagi, tapi nak bayar duit cukuplah seksa. Siapa yang biasa berniaga dengan kawan-kawan tentu pernah mengalami situasi ini.. 

Bagaimana Mulakan Bisnes Raya TANPA PRODUK SENDIRI Di Facebook?



Terdapat 3 langkah mudah nak mulakan Bisnes Raya Tanpa Produk sendiri di Facebook, seperti mana yang telah diajar oleh Cikgu Hafis, yang merupakan Pakar Hartanah Maya No.1 Malaysia dan Usahawan Internet Tanpa Produk Sendiri. 

Berminat nak belajar 3 langkah mudah tersebut?

Saya syorkan anda Klik Di Sini



Semoga informasi ini dapat memberi manfaat kepada anda.. terutamanya bagi mereka yang berminat untuk menambah pendapatan melalui perniagaan menjelang musim perayaan. 



Info berkaitan:

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra