Khamis, 26 Disember 2013

Promosi : Website Shopping Cart dengan domain anda sendiri pada Harga RM249

with 8 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sejak balik dari menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia-Blogrrr, isteri saya dah tak sabar nak memulakan perniagaan online sendiri, supaya boleh mendapatkan geran Get Malaysia Business Online (GMBO) bernilai RM1,000 secara PERCUMA.. 

Dengan wang tunai RM1,000 yang diperolehi nanti, boleh digunakan untuk membeli peralatan Quilling yang masih belum mencukupi, supaya dapat memudahkan urusan perniagaan beliau..

Begitu terujanya isteri saya, apabila mendengar Geran Perniagaan Online atau Get Malaysia Business Online (GMBO) ini dilanjutkan sehingga dana RM50 juta yang diperuntukkan untuk geran tersebut habis digunakan.. 

Sebelum ini saya tak nak apply geran ini, sebab saya risau nak daftar perniagaan yang merupakan antara syarat wajib untuk memohon geran tersebut.. Maklumlah saya dan isteri merupakan kakitangan kerajaan, risau sekiranya kami terpaksa membayar cukai pendapatan yang banyak disebabkan ada menjalankan perniagaan.. 

Tetapi apabila dah berjumpa dengan orang kuat Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) iaitu Encik Gero Azrul (Presiden PUIM) dan Encik Muaz Hadi (Usahawan Internet PUIM) semasa menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia-Blogrrr, tiba-tiba terbuka hati saya nak memohon geran tersebut.. 

Ini disebabkan, Menurut Encik Gero Azrul, setakat ini baru beberapa belas ribu rakyat Malaysia yang memohon geran Get Malaysia Business Online (GMBO).. Jadi, masih berbaki lebih daripada 30,000 geran yang belum dipohon..   

Setakat nak harapkan menunggu orang lain memohon geran tersebut sehingga habis, tanpa sebarang ikhtiar, saya rasa belum tentu geran tersebut habis dipohon... Jadi kalau saya juga memohon, sekurang-kurangnya dah tambah satu lagi permohonan.. Itu bisikan hati kecil saya pada ketika ini... 



Sebenarnya banyak PKS (perusahaan kecil sederhana) yang terdapat di Malaysia ni.. Tapi kenapa mereka tidak menggunakan peluang yang ada untuk memohon geran tersebut.. RM1,000 banyak tu... 

Kos yang perlu dikeluarkan untuk usahawan kecil membeli domain dan menempah sebuah laman web perniagaan bukannya mahal.. Habis banyak pun dalam RM400-RM500 sahaja.. Baki wang selebihnya boleh digunakan untuk menambahkan modal perniagaan.. 

Oklah.. Berbalik semula kepada keinginan isteri saya untuk memulakan perniagaan internet sendiri dan langkah seterusnya memohon geran Get Malaysia Business Online (GMBO) ..  

Pada minggu ni saya pun mulalah membuat survey untuk mencari Domain murah, dan laman web yang menyediakan perkhidmatan membuat Shopping Cart pada harga yang berpatutan... 

Cari punya cari, terjumpalah dengan laman web Shoppingcart.my.. Harga tempahan bagi sebuah Shopping Cart dekat laman web ini cuma RM299.00 sahaja termasuk dengan domain (.com / .net / .org) dan Hosting  secara PERCUMA.. 

Tetapi kalau nak beli domain lain seperti domain.my, domain.com.my, domain.net.my kena bayar tambahan antara RM50-RM70.00 sahaja..


Harga Promosi Tempahan Shopping Cart pada Minggu Ini

Berita baiknya.. Pada minggu ini, laman web Shoppingcart.my memberikan harga promosi .. Anda boleh membuat tempahan laman web Shopping cart anda sendiri pada harga promosi RM249.00 sahaja..

Sumber : Klik Di Sini

Saya pun kurang pasti berapa lama tempoh promosi ini akan diadakan.. Tapi yang pasti, harga promosi tersebut berlangsung sepanjang minggu ini.. Kemungkinan pada minggu depan harga tempahan Shopping Cart akan kembali kepada harga asal.. 

Berita Baik yang Kedua... Anda boleh membuat tempahan Shopping cart dengan 2 kali bayaran.. bayaran permulaan cuma RM100 sahaja, kemudian anda boleh membayar baki RM149 selepas website anda disiapkan..

Dengan adanya website shopping cart, isteri boleh menjual semua design Quilling yang dihasilkan secara online dan menerima bayaran secara online. Lebih mudah diuruskan berbanding sebelum ini... 

Website shopping cart ini lengkap dengan sistem admin seperti :

  • Pelbagai pilihan bahasa
  • Unlimited produk dan kategori
  • Set utk Promotion & Special price untuk pelanggan tertentu
  • Pelbagai matawang (auto update rate terkini setiap 30 minit)
  • Tempahan online dan anda uruskan tempahan juga dengan mudah
  • Sistem pembayaran online, kad kredit Paypal, Maybank, CIMB & semua bank
  • pengiraan kos pos laju secara automatik,
  • Pelbagai template boleh anda tukar pada bila-bila masa
Laman web yang telah ditempah akan disiapkan dalam masa 24 hingga 48 jam.. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan contoh laman web yang telah dihasilkan boleh dilihat di sini (Klik Di Sini) 



8 ulasan:

  1. peluang dah ada. Tunggu nak mula je tu.

    BalasPadam
  2. satu berita menarik untuk semua
    moga2 bisnesnya berjalan lancar

    BalasPadam
  3. tahniah bro dan isteri...langkah terbaik utk permulaan 2014 nanti

    pernah singgah di laman shopping cart tu...berkenan jugak, tapi tak tahu nak jual ape..huhu

    BalasPadam
  4. berita baik juga nie..terima kasih kerana berkongsi..

    BalasPadam
  5. nampak tak juga terlalu mahal
    tapi aku tak tahu nak jual apa la
    tak reti nak bisnes lagi ni

    BalasPadam
  6. berita baik buat mereka yang berniaga secara online...:)

    BalasPadam
  7. akak dh dpt dh grant 1K nih..kt web GMBO tuh dh ade terus web yg kita bleh develop web sndir..free lg..dftar hosting di mynic around rm30 je kot..so kecik je modal..boleh view kt sni gak http://finizaini.blogspot.com/2013/05/permohonan-lulus-get-malaysian-business.html

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra