Rabu, 11 Disember 2013

Jom Sertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia

with 8 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Himpunan penulis blog Terbesar di Malaysia akan diadakan pada 14 Disember 2013 (Sabtu ini) bertempat di MIECC, Mines, Selangor... 

Sumber : Klik Di Sini



Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia ini buat pertama kalinya dianjurkan oleh MYNIC Berhad (MYNIC), agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan tajaan Maxis Broadband dan Bank Simpanan Nasional (BSN) serta akhbar Harian Metro sebagai rakan Media... 

Program terbesar blogrrr : Blogger Most Wanted ini telah mendapat liputan akhbar Harian Metro bertarikh 6 Disember 2013 dan juga liputan Akhbar Berita Harian yang merupakan akhbar paling diminati di Malaysia.. 

Liputan Akhbar Harian Metro 6 Disember 2013.. 

Liputan Akhbar Berita Harian..

Sekiranya anda mempunyai kelapangan masa pada hari Sabtu ini bersamaan 14 Disember 2013, jom beramai-ramai kita gegarkan MIECC, Mines, Selangor.. Untuk menyertai perhimpunan blogger terbesar di Malaysia di Blogrrr : Blogger Most Wanted..

Terdapat pelbagai acara menarik yang akan diadakan seperti:

1) Penyampaian anugerah untuk blog terbaik Malaysia daripada 11 Kategori yang dipertandingan iaitu :
  • Best Blogshop (for blog that sells online)
  • Best IT & Gadget Blog 
  • Best Art & Photography Blog
  • Best Entertainment Blog
  • Best Food & Travel Blog
  • Best Sports Blog 
  • Best Fashion & Beauty Blog 
  • Best Family & Health Blog 
  • Best Personal Blog 
  • Best Automotive Blog 
  • Best of Disability Blog 

2) Perkongsian tips & tricks daripada otai blog seperti Ikhwan (amanz.my), Nisa Kay (nisakay.com), Obefiend (blogserius.blogspot.com), Shawn Razak (blogr.my) dan Selina Wing (selinawing.com).

3) Terdapat Lebih daripada 10 seminar mini bagaimana memajukan blog dan perniagaan daripada pemain gergasi seperti MYNIC, Google, Shopify, Maxis, SSM dan PUIM*

4) Terdapat lebih daripada 100 booth jualan (blogshop) dari kalangan bloggers

5) Berpeluang untuk menemui artis-artis terkenal seperti Marsha Milan, Sharifah Sakinah, Iqram Dinzly, dan Ally Iskandar 

6) Berpeluang untuk memenangi lebih daripada 250 hadiah rebutan!

7) dan yang paling penting sekali.. 

Sertai cubaan mencipta rekod baru 'The Malaysia Book of Records' untuk perhimpunan blogger terbesar di Malaysia. T-shirt eksklusif disediakan untuk setiap blogger yang menyertai.


Untuk info terkini, sila layari http://blogrrr.my dan jangan lupa likes page blogrrr di https://www.facebook.com/blogrrr

Jom tonton iklan ringkas berkaitan Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia di laman sesawang You Tube.. 




P/s: Sekiranya saya berpeluang untuk menghadirkan diri ke Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia ini, saya berharap dapat berjumpa dengan Blogger Eridy, Tuan Denaihati, Abang Ensem, Bro Eizil, Hazman Fadzil, Bro Framestone, Cikgu Titan dan sebagainya.. Teringin nak bersalaman dan bersembang dengan mereka... Tentu banyak info dan tips yang dapat mereka kongsikan untuk menjadi seorang blogger dan penulis yang berpengaruh.. ;)

8 ulasan:

  1. Time-time ni la sesuai ambik kesempatan nak buat link-exchange. Hehe.

    BalasPadam
  2. rumah aku dekat. insya Allah datang. huhu.

    BalasPadam
  3. InsyaAllah jumpa disana nanti, memang rugi sangat kalau tak sertai ni....

    BalasPadam
  4. err.. himpunan ni start pukul berapa..?

    BalasPadam
  5. Pondok Kecil tak ada keberanian lagi lah..hehe

    BalasPadam
  6. menarik..tp syg xdpt attend sbb terpaksa balik kmpg weekend baru ni...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra