Ahad, 27 Oktober 2013

Pengalaman Bersalin di Pakar Bersalin, Sakit Puan & Poliklinik Klinik Doktor Raoofah

with 38 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur Alhamdulillah... Isteri saya telah selamat melahirkan seorang anak perempuan di Pakar Bersalin, Sakit Puan & Poliklinik Klinik Doktor Raoofah, SIlibin, Perak... Setinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan izinnya jua, akhirnya saya dapat memenuhi permintaan isteri saya untuk bersalin di Hospital/klinik Swasta..

Masih teringat lagi kata-kata isteri saya di saat beliau disahkan hamil, setelah kami menunggu hampir 4 tahun untuk mendapat anak ke 3...

Isteri : "Abang, Kali ni Ana nak bersalin dekat Hospital Swasta.. Ana dah dua kali bersalin dekat Hospital Kerajaan, termasuk gugur sekali, dah 3 kali dah.. Kali ni, kalau boleh Ana nak bersalin dekat Hospital Swasta"

Saya : "Oklah.. Kalau itu yang ayang nak, In Shaa Allah abang akan cuba usahakan..." 

Bersalin dekat Hospital/klinik Swasta ni memanglah mahal... Harganya dalam lingkungan 4 angka.. Tetapi apabila mengenangkan pengorbanan yang perlu ditanggung oleh isteri saya sepanjang mengandungkan anak selama 9 bulan, ia telah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan beliau bersalin dalam keadaan selesa... 


Terdapat beberapa sebab kenapa isteri saya teringin sangat nak bersalin dekat hospital/klinik Swasta, walaupun sebagai kakitangan kerajaan, terdapat beberapa keistimewaan yang tertulis dalam pekeliling perkhidmatan untuk penjawat awam sekiranya bersalin di Hospital Kerajaan...  Antara sebab isteri saya nak bersalin dekat hospital/klinik swasta ialah:
  • Mahu Doktor yang menyambut kelahiran anak kami ialah seorang Perempuan (Untuk menjaga aurat)
  • Bersalin dalam keadaan yang lebih selesa
  • Mahukan layanan yang sangat mesra daripada Doktor, jururawat dan semua staf
  • Ingin saya sentiasa ada di sisi beliau sewaktu berada di dalam wad bersalin
  • Mahu saya dan anak-anak dapat menemani beliau sewaktu berada (ditahan) di wad (selepas bersalin)
  • Bersalin dalam suasana Islam, ada alunan ayat-ayat suci Al-Quran dan motivasi yang diberikan oleh Doktor juga ada berkaitan dengan ajaran Islam..
  • Jahitan dan ubat-ubatan selepas bersalin 
  • dan lain-lain...
Saya mula berkira budget yang perlu kami keluarkan, untuk memenuhi permintaan isteri saya... Lebih-lebih lagi apabila mendapat berita gembira, apabila mengetahui anak dalam kandungan isteri saya, anak perempuan... Sebelum ni kami dah dapat dua orang anak lelaki... 


Syukur Alhamdulillah... Kehadiran seorang anak perempuan secara tidak langsung telah melengkapkan keluarga kami...... ;)


Seperti yang pernah saya tulis dalam entri ini, sebelum ini kedudukan anak dalam kandungan isteri saya melintang... Keadaan ini lebih menguatkan kehendak isteri saya untuk bersalin dekat Hospital/Klinik Swasta, disebabkan menurut pengalaman yang ditimba oleh rakan-rakan beliau yang pernah bersalin melalui kaedah pembedahan / Caesarean ... Jahitan yang mereka terima selepas pembedahan di hospital swasta lebih cepat sembuh berbanding jahitan di hospital kerajaan.... 

Apabila saya membuat semakan, anggaran kos yang perlu dikeluarkan untuk bersalin di hospital/klinik swasta adalah seperti berikut:
  • Bersalin Normal   :  RM1750.00 - RM2000.00++
  • Bersalin melalui kaedah Pembedahan : RM4000.00 - RM4500.00
  • Bersalin secara Vacuum : RM2500++  

Jadi, berdasarkan keadaan baby dalam kandungan isteri saya pada ketika itu, kami perlu membuat persediaan untuk bersalin melalui kaedah pembedahan / Caesarean

Sebelum-sebelum ini isteri saya bersalin secara normal... Apabila mendapat tahu nak kena bedah ni, kami mula berasa risau, terutamanya isteri saya... 

Setiap minggu selepas selesai mengadakan pemeriksaan kesihatan ibu mengandung di klinik, isteri saya akan menceritakan kebimbangannya... Sebagai seorang suami, terbit juga perasaan risau dan kasihan di lubuk hati kecil saya... 

Pada ketika itu hanya doa, solat hajat dan Solat Dhuha sahaja yang dapat saya lakukan untuk membantu beliau... Ada juga nak cuba melakukan ikhtiar lain melalui cara tradisional untuk "memusingkan" baby... Tetapi isteri tidak bersetuju, memandangkan kandungan telah membesar, beliau bimbang sekiranya tali pusat membelit leher baby dalam kandungan... Semasa mengandung anak pertama dan kedua sebelum ini, isteri saya ada menemui bidan (secara Tradisional) untuk memusingkan baby... Tapi masa tu kandungan masih kecil lagi.. Bila kandungan dah besar macam ni, isteri saya tak berani nak mengamnil risiko.. 

Menurut Doktor, sekiranya kedudukan baby masih lagi tidak berpusing (secara normal) sehingga minggu ke 36, beliau mencadangkan supaya isteri di bawa ke hospital Teluk Intan untuk memusingkan Baby... Itupun sekiranya kami bersetuju... 

Isteri mula risau... Lalu dia pun survey dekat internet untuk mengetahui risiko yang terpaksa beliau hadapi, sekiranya kedudukan baby masih gagal dipusingkan kepada "normal" setelah proses tersebut dilakukan... 

Hasil survey yang berjaya dilakukan, berdasarkan penceritaan pengalaman oleh ibu-ibu yang pernah mengalami situasi yang sama.. Proses memusingkan baby di hospital, sewaktu kandungan berusia 36 minggu memang menyakitkan... Sekiranya proses tersebut tidak berjaya memusingkan kedudukan baby supaya berada dalam keadaan normal, "bakal ibu" akan dipaksa bersalin pada hari itu juga... 

Apabila mengetahui keadaan tersebut, isteri saya nekad untuk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut... Beliau lebih rela bersalin melalui kaedah pembedahan, sekiranya baby tidak berpusing dengan sendirinya...

Jadi, saya pun cuba juga mengusahakan sesuatu untuk memohon pertolongan daripada Allah S.W.T... Doa saya, isteri dan ahli keluarga yang lain mungkin belum cukup berkesan untuk dimakbulkan oleh Allah S.W.T (Bisik hati kecil saya)...

Jadi, saya mengadakan majlis doa selamat dengan para jemaah di surau yang terletak dihadapan rumah saya pada hujung minggu yang ke 36... Berdoa untuk memohon pertolongan Allah S.W.T semoga anak dalam kandungan isteri saya akan berpusing dengan sendirinya, sebelum isteri saya terpaksa memberitahu Doktor tentang keputusan muktamad kami, yang tidak mahu baby tersebut "dipusingkan" di hospital... 

Syukur Alhamdulillah.. Dengan izin Allah S.W.T, Semasa Doktor membuat pemeriksaan selepas minggu ke 36, kedudukan baby dalam kandungan isteri saya telah berpusing dengan sndirinya, kepada kedudukan normal... 

Jadi, isteri saya diminta untuk datang membuat pemeriksaan kandungan seperti biassa sehingga sampai due date untuk bersalin... Betapa gembiranya hati kami apabila mendengar berita tersebut.... Keadaan ini mungkin berlaku, berkat doa orang-orang Soleh yang telah termakbul... Syukur Alhamdulillah...   

Selepas itu, isteri saya sempat sekali sahaja membuat pemeriksaan kandungan dekat klinik kesihatan... Sebelum ingin mendaftar dan membuat pemeriksaan kesihatan di Pakar Bersalin, Sakit Puan & Poliklinik Klinik Doktor Raoofah, Silibin, Perak... 

Isteri saya telah mula bercuti sewaktu usia kandungan dah masuk 37 minggu... Ambil cuti awal 3 minggu sebelum bersalin... 

Pengalaman prtama menjejakkan kaki ke Pakar Bersalin, Sakit Puan & Poliklinik Klinik Doktor Raoofah

Pada 5 Oktober 2013 (Sabtu), seawal jam 8.30 pagi, buat kali pertama saya membawa isteri untuk mendaftar bersalin dan seterusnya membuat pemeriksaan kandungan di Pakar Bersalin, Sakit Puan & Poliklinik Klinik Doktor Raoofah... 

Kenapa saya memilih klinik Doktor Raaofah??

Doktor Raoofah merupakan Doktor pakar bersalin yang terkenal di kawasan Ipoh, Perak... Beliau merupakan salah seorang Doktor Panel di Pusat Perubatan Al Ridzuan, Ipoh, Perak... Dalam banyak-banyak Doktor panel di pusat perubatan tersebut, Doktor Raoofah menjadi pilihan pertama kebanyakan pesakit...

Kini, Doktor Raoofah telah membuka klinik bersalinnya sendiri dan dalam masa yang sama masih menjadi Doktor Panel untuk Pusat Perubatan Al Ridzuan... 



Pakar Bersalin, Sakit Puan & Poliklinik Klinik Doktor Raoofah

Tak sangka, sebaik sahaja seorang jururawat membuat pemeriksaan kepada isteri saya.. Jururawat tersebut mendapati terdapat "bukaan" sebanyak 3 Cm.. Berdasarkan pengalaman beliau, isteri saya boleh bersalin pada hari ini juga, disebabkan ini merupakan anak yang ke 3... Jururawat tersebut siap buat jangkaan lagi, isteri saya akan melahirkan anak pada pukul 3.00 petang...


Senarai terkini baby yang dilahirkan direkodkan di papan kenyataan

Di Bilik Bersalin...

Graf yang terhasil... Mungkin denyutan nadi isteri dan baby dalam kandungan..

Setia menunggu di sisi katil isteri...

Sebelum isteri bersalin di bilik yang telah kami pilih untuk berehat...

Bilik ini selesa untuk menjadi ruang rehat kami sekeluarga.. Kemudahan yang disediakan di bilik ini ialah 2 buah katil, 2 buah lazy chair yang boleh dijadikan tempat tidur, 2 unit Televisyen, Bilik Air dan sebagainya... 

Kerusi malas yang boleh digunakan untuk melelapkan mata...

2 buah televesyen Flat Screen untuk tontonan kedua anak lelaki saya...

Sperti yang dijangka oleh salah seorang jururawat bertugas, isteri saya selamat melahirkan seorang anak perempuan bernama Assyifatu Naila pada jam 3.06 petang.. Lebih 6 minit sahaja, itupun mungkin disebabkan isteri mengambil sedikit masa untuk meneran... 

Pengalaman pertama saya menyaksikan betapa susahnya seorang ibu untuk melahirkan seorang anak... Hanya zikir, doa dan kata-kata semangat yang dapat saya berikan untuk menguatkan semangat isteri saya.... Rasa bersyukur sangat, bila dapat melihat kepada Baby Naila berjaya dikeluarkan oleh isteri saya.... 

Saya kagum dengan kepakaran yang ditunjukkan oleh Doktor Raoofah dan jururawat bertugas... Wajah mereka tetap tenang walaupun keletihan.... Sentiasa ada kata-kata motivasi untuk isteri saya keluar daripada mulut mereka, disamping ruang bilik bersalin dipasang dengan radio yang melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran....

Selepas baby berjaya dikeluarkan, isteri saya dikenakan beberapa jahitan... Syukur alhamdulillah baby dan isteri, kedua-duanya sihat...

Atuk dan Naila mempunyai tarikh lahir yang sama... Iaitu 5 Oktober...

Adam gembira dengan kehadiran baby Naila, walaupun ada kalanya suka buat perangai... Maklumlah terpaksa berbahagi kasih sayang seorang ibu yang dimilikinya secara maksima selama ini... 

Haikal dan Naila mempunyai tarikh lahir yang sama... Iaitu 5 Oktober...

Pada malam tersebut, kami sekeluarga termasuk adik bongsu isteri saya bermalam di bilik yang telah kami pilih... Dah macam bilik kami dekat rumah dibuatnya oleh dua orang anak lelaki saya terutamanya Adam... Sehingga jam 12 malam, Adam masih belum tidur.. Nasib baik Baby Naila dapat tidur dengan tenang...

Keesokannya selepas jururawat membuat pemeriksaan terhadapa Baby Naila dan isteri, kami dibenarkan pulang... Syukur Alhamdulillah...

Dan berikut merupakan resit bayaran yang dikenakan ke atas kami... Seperti yang dijangka, bayarannya melebihi RM2000....



Walaubagaimanapun... Saya rasa syukur sangat-sangat sebab isteri gembira dapat bersalin dalam keadaan yang selesa, dalam masa yang sama baby pun sihat.... ;)

Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh semua staf di klinik ini. Kemudahan yang disediakan juga memuaskan. . Setimpal dengan bayaran yang dikenakan. .

Terima kasih isteri ku di atas pengorbanan semasa mengandung dan melahirkan zuriat saya yang ketiga... Semoga ada ganjaran pahala menanti beliau di akhirat kelak... In Shaa Allah...  

38 ulasan:

  1. Alhamdulillah..selamat mendapat cahayamata. Pasti teruja dapat menemani isteri bersalin? Tarikh yg sama dgn anak sebelum ini. Bagus....tu.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah isteri bro selamat bersalin. tahniah dengan kurnia cahaya mata, semoga jadi anak yang solehah nanti. bestlah 2 anak bro kongsi tarikh lahir.

    BalasPadam
  3. tak pernah bersalin kat swasta walaupun teringin... rasa lebih selesa bersalin di hospital kerajaan..hehehe

    2 di HUKM, 2 di Kajang, ! di Ampang... memang lain la pengalaman pada setiap hospital.....

    Sumijelly.com

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Tahniah bro. Tumpang gembira dan tumpang berdebar baca entri ni...hehe

    Mmg jdi tanggungjawab kita, suami utk sediakan apa yg termampu terutamanya bab menjaga aurat isteri.

    tahniah bro!

    p.s - harga di sana lebih kurang juga tmpat isteri ambe bersalin dulu...terbaiklah! tahniah lagi sekali

    BalasPadam
  5. Kos memanglah tinggi tapi keselesaan isteri itu yg utama...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, tahniah bro dikurniakan cahaya mata :)

    Tidak dinafikan, khidmat yang disediakan di hospital-hospital swasta lebih selesa berbanding hospital kerajaan. Cuma, kos yang perlu dikeluarkan itu pula, pastinya lebih mahal dari di hospital kerajaan.

    BalasPadam
  7. Saya ada pengalaman bersama isteri melahirkan anak di hospital kerajaan melalui prgram Father Friendly. Walaupun hospital kerajaan, namun layanan terbaik.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah syukur akhirnya dapat baby perempuan. Saat yang seronok ialah dapat melihat sendiri kelahiran anak kita. Aku pun sempat tengok kelahiran anak pertama sahaja, anak kedua tahu2 wife call dah bersalin syukur dipermudahkan sangat.

    Tapi serius tepat betul jangkaan waktu kelahiran tu, kena temubual tu kaedah apa yang digunakan.

    BalasPadam
  9. alhamdulillah seronok baca pengalaman bersalin ni, mmg byk beza servis di gomen n private, saya pun dah merasa kedua2nya, syukur bayi comel selamat dilahirkan, seronok abg2nya

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah dan tahniah! Bila memperkatakan tentang hospital kerajaan dan swasta, saya ada pengalaman bersalin di dua-dua hospital. Cuma mungkin sudah bahagian saya semasa di hospital swasta, nurse yang menjaga saya siap bagi pandangan meluat masa saya tengah menanggung sakit, alasan dia saya lambat sangat bersalin. Sabar aje lah.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah....selamat juga bersalin di hospital swasta, satu pengalaman yang menarik dan teruja saya membacanya....

    BalasPadam
  12. bagus juga poliklinik ni, tahniah cntik baby

    BalasPadam
  13. alhamdulillah semuanya selamat..
    kl berkemampuan pe slhnya bersalin di hospital..
    mmg suami mithali bro anuar ni..
    tahniah dpt baby gir!
    comelnya baby :)

    BalasPadam
  14. Tahniah dengan kelahiran anak ke.3..putih..comel..dah besar mesti cantik mcm ibu..

    BalasPadam
  15. knp jauh sgt??
    area kl tak ade ke ??

    BalasPadam
  16. teringat dr raoofah, google lalu sampai di blog ni
    ketiga-tiga anak saya di sambut oleh dr raoofah..
    anak yg ketiga dr raoofah buat ecv sebab breech at 36w. alhamdulillah boleh normal
    bagi saya dr raoofah sangat cekap dan staf dekat pusat bersalin semua okay.

    congrats for having a girl after 2 boys ;)

    BalasPadam
  17. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    BalasPadam
  18. Terima kasih atas perkongsian
    Saya juga berhajat bersalin disini untuk anak ke 3 kali ni.

    BalasPadam
  19. Terima kasih atas perkongsian
    Saya juga berhajat bersalin disini untuk anak ke 3 kali ni.

    BalasPadam
  20. Terima kasih atas perkongsian
    Saya juga berhajat bersalin disini untuk anak ke 3 kali ni.

    BalasPadam
  21. Salam Satu (01) Malaysia,

    Boleh guna kad kredit atau kad debit untuk pembayaran di Klink ini?

    Terima kasih.

    BalasPadam
  22. Saya pun bersalin kat sini April 2013. Alhamdullilah..best..pengalaman pertama. Ni nak bersalin kali ke 2, rasa nak bersalin dekat sini lg...

    BalasPadam
  23. Puan baizura bersalin bln april 2013 dah beroperasi ye klinik ni utk bersalin? Sbb sy bersalin end of mac 2013 tp sy ke hosp ar-ridzuan sbb ingat klinik bersalin ni belum buka ��

    BalasPadam
  24. Great post. I was checking continuously this blog and I am impressed!
    Extremely helpful info particularly the last part :) I care for such info
    a lot. I was seeking this particular information for
    a long time. Thank you and good luck.휴게텔


    BalasPadam
  25. StarUML Crack software allows for precise and agile modeling. Because the software can only model a system from one view, it is not sufficient to describe multiple models simultaneously.
    Smartdraw Crack
    Iris Pro crack
    Glary Utilities Pro Crack

    BalasPadam
  26. betflix Currently, there are many slot websites to choose from. รับเครดิตฟรี

    BalasPadam
  27. Thanks for sharing beautiful content. I got information from your blog. keep sharing
    Abogado Accidentes Camiones Virginia

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra