Isnin, 14 Oktober 2013

Berbudi kepada Tanah, Inilah hasilnya... Syukur Alhamdulillah.....

with 8 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semenjak isteri saya berpantang (melahirkan anak ke 3) dan tinggal di rumah mertua saya... Rutin harian kehidupan saya agak berbeza berbanding sebelum ini... Maklumlah dapat baby baru... Dalam masa yang sama dua orang hero saya juga sentiasa memerlukan perhatian... ;)

Sebagai penjawat awam, bila isteri bersalin suami dapat cuti seminggu... Kemudian tak cukup dengan itu, saya tambah lagi dua hari cuti pada hari Isnin (14 Oktober) dan Rabu (16 Oktober) untuk menyambut perayaan AidilAdha sekaligus buat majlis kenduri Akikah Assyifatu Naila (Anak ke 3)... Kata orang sambil menyelam minum air... Dah alang-alang buat ibadah Korban dan Akikah, terus buat kenduri Akikah sekali... 

Seronok juga bercuti kali ni... Bila rasa bosan, sekali sekala boleh melawat kebun ayah mertua saya, yang sedang mempunyai banyak hasil pada ketika ini... Antara hasil tanaman yang sedang menjadi ialah buah Cempedak Nangka, Buah Cempedak, Buah Nangka, Aneka jenis mempelam, Pisang, Rambutan (Baru berputik), kelapa dan sayur-sayuran seperti serai, Cili, Terung dan sebagainya...

 Buah Cempedak Nangka


Buah Cempedak 

 Buah Nangka



 Buah Cempedak


Buah Mempelam Apple... 

 Buah mempelam yang telah habis dikutip daripada salah satu pokok...

Murah rezeki ayah mertua saya pada ketika ini... Mungkin rezeki dapat cucu yang ke 5, yang kebetulan mempunyai tarikh lahir yang sama seperti beliau... ;)

Sekiranya ada penyewa Pak Ya Homestay pada ketika ini, In Shaa Allah mereka tidak akan meninggalkan Pak Ya Homestay dengan tangan kosong.. Pasti ada rezeki kurniaan Allah yang akan dikongsikan kepada mereka... Inilah yang dikatakan konsep berkongsi rezeki dengan tetamu... Setiap tetamu yang datang kepada kita membawa rezeki tertentu, oleh itu layanilah setiap tetamu kita dengan sebaik mungkin... ;)

Selain itu, dekat Kebun ini juga ayah mertua saya ada buat kolam ternakan ikan kecil-kecilan... Antara jenis ikan yang dibela di kolam ini ialah ikan Keli, Haruan, Puyu, dan Talapiah... Dulu ayah mertua saya pernah memasukkan ikan Kap di kolam ini... Tapi habis mati semuanya kena makan biawak dan sebahagiannya terlepas ke lombong sewaktu air kolam melimpah suatu masa dahulu...

Aktiviti menjala ikan di Kolam ternakan ikan Atuk..

  Antara hasil tangkapan yang diperolehi..

 Adam dan Haikal (Anak sulung dan Kedua) keseronokan melihat hasil tangkapan atuk..

Ikan keli yang berjaya ditangkap

 Ikan Talapiah dan Ikan Puyu yang berjaya ditangkap..

Inilah antara aktiviti saya 'menjaga' isteri berpantang di rumah mertua... Yang berpantang isteri saya, jadi saya memerlukan sesuatu untuk memanfaatkan masa yang ada, selain daripada menjaga anak-anak dan isteri... ;)

Tahniah diucapkan kepada atuk yang terus dimurahkan rezeki... Betul kata orang, taka rugi kita berbudi kepada tanah... 


P/S: Doakan semoga kami juga dimurahkan rezeki supaya mampu membeli sebuah lagi rumah dan juga perlindungan takaful (Insuran + Simpanan) sebagai pelaburan masa depan untuk seorang lagi anak kami... In Shaa Allah...



8 ulasan:

  1. banyak buah mempelam tu. ikan pun menarik

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, rezeki aidil adha :)

    BalasPadam
  3. Wah rendangnya pokok senang nak petik

    BalasPadam
  4. Tahniah di atas kelahiran puteri anda. Sampaikan salam saya untuk Suzana (saya classmate Su di KuiTTHO) :)

    BalasPadam
  5. oh baru tau pasal penjawat awam dapat cuti seminggu apabila isteri bersalin , baguslah kalau macam tuh...

    BalasPadam
  6. subhanallah..geramnya tengok buah-buahan tu

    BalasPadam
  7. Bro...sya memang tak leh tfok ikan sungai ni..bak sini sikit..hehe..emm buah nagka apa tu?klon ke?

    BalasPadam
  8. wahhh...benar-benar rizki yang sangat di murahkan Allah SWT.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra