Sabtu, 28 September 2013

Macamana nak laksanakan Ibadah Qurban kalau tak cukup kumpulan (7 bahagian)?

with 6 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru sebentar tadi, saya berbincang dengan rakan sekerja tentang perkembangan terbaru Ibadah Qurban dan Aqiqah yang akan dilaksanakan di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) pada 15 Oktober nanti...

Rakan sekerja saya ni bernama Encik Lokman.. Beliau merupakan antara orang terawal yang bekerja di PSIS, dan antara individu yang kerap menyertai program Qurban dan Aqiqah yang diadakan di Politeknik ini... 


Antara isikandungan perbualan saya dengan Encik Lokman..

Anuar : "Encik Lokman, join ker Program Qurban dan Aqiqah dekat PSIS nanti?"

Encik Lokman : "Saya join.. Saya dah daftarpun pada 2 minggu lepas"

Anuar : "Ramai ker yang join program Qurban pada kali ini?"

Encik Lokman : "Semasa saya daftar hari tu, baru 3 orang.. Sekarang ni saya tak tahulah dah berapa orang?"

Anuar : "Kalau tak cukup orang yang join macamana yer Encik Lokman?"

Encik Lokman : "Kalau tak cukup orang yang join, duit akan dipulangkan balik.. Nampaknya tak ada rezekilah nak buat Qurban pada tahun ini"

Anuar :"Dah ramai ler agaknya yang join tu..." Saya cuba untuk meneka

Encik Lokman : "Saya rasa pun dah ramai juga yang join.. Tapi tak tahulah berapa orang... Sebab hari tu dapat email daripada urusetia yang memberitahu, penyertaan sangat menggalakkan"

Anuar : "Sebelum-sebelum ni buat Qurban berapa ekor lembu yang disemebelih dekat PSIS"

Encik Lokman : "Ikut penyertaan... Biasanya sembelih 2 ekor lembu, kadang tu ada juga sembelih 3 ekor lembu"

Encik Lokman : "Kalau sembelih seekor lembu memang tak cukup... Sebabnya pelajar dekat asrama ramai...  Kalau pelajar asrama ramai yang tak balik kampung di tambah pula dengan orang dekat Quaters, memang tak cukup.."

Anuar : "Haah.. Betul juga kan.. Setudent kita jer dah ada lebih kurang 3000 orang yang tinggal dekat Asrama.."

Encik Lokman : "Nuar tak join ker Qurban dekat sini??"

Anuar : "Pada kali ni saya join dekat Kampung ayah mertua saya... Buat Aqiqah di sana... Sebab due date isteri saya pada 13 Oktober... Jadi elok jer lepas bersalin terus buat kenduri Aqiqah"..

Encik Lokman : "Kebetulan pula yer, anak lahir dekat raya Haji... Senang boleh buat Kenduri Aqiqah sekali"

Anuar : "Harap-harapnya semuanya berjalan dengan lancar... Lagipun bilangan peserta dekat sana pun dah mencukupi... sebelum ni letih juga menunggu nak cukupkan penyertaan sampai 7 bahagian... Sekarang ni dah ada, syukur Alhamdulillah"

Encik Lokman : "Saya pun dulu ada juga join Qurban dekat Kampung emak saya... Macam tu jugalah, risau tak cukup 7 bahagian... Kali ni, langsung tak dengar berita orang nak buat Qurban dekat sana.... Bila senyap jer, saya pun joinlah dekat Politeknik"

Ya... Inilah dilema yang berlaku setiap kali ingin menunaikan Ibadah Qurban atau Aqiqah.... Ada kalanya sampai masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Surau/Masjid/organisasi), bilangan peserta tidak mencukupi untuk Qurbankan seekor lembu (7 Bahagian)... Kesudahannya ada yang terlepas untuk menunaikan Ibadah Qurban pada ketika itu, walaupun telah berniat untuk melakukannya... 

Kebiasaannya pihak penganjur akan memberikan Due date tarikh akhir penyertaan Qurban boleh dilakukan... Selepas Due date berakhir, pihak penganjur akan melaksanakan tindakan seterusnya, iaitu untuk membeli lembu dan mencari tukang sembelih dengan menggunakan wang yang telah dibayar oleh peserta... 

Jadi, sekiranya bilangan peserta untuk menyembelih seekor lembu tidak mencukupi, kemungkinan wang tersebut akan dipulangkan kepada peserta.. Dan peserta boleh mencari alternatif lain samada untuk menyembelih kambing ataupun menyertai Program Qurban di tempat lain... 

Sebagai contoh di tempat saya... Tarikh tutup penyertaan di PSIS ialah pada 1 Oktober 2013... Sekiranya terdapat peserta yang tak cukup kumpulan, mungkin boleh menyertai program Ibadah Qurban di mana-mana masjid atau surau berdekatan... Contohnya macam dalam gambar Banner di bawah: 



Salah sebuah masjid yang memasang kain rentang mempromosikan program Qurban yang bakal dilaksanakan... 

Syukur Alhamdulillah... Setakat ini tiada masalah untuk terus menunaikan Ibadah Qurban di tempat saya, walaupun terpaksa melaksanakannya di tempat lain... ;)

Apakah hukum melaksanakan ibadah korban?

Hukum korban ialah Sunat Muakkad (ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan. Namun begitu ia dihukumkan wajib apabila seseorang itu bernazar.

Jadi, kepada sesiapa yang dah berniat nak melaksanakan Ibadah Qurban pada tahun, kena tunaikannya juga... Walaupun mungkin bukan di tempat yang anda idamkan... 

Kalau saya nak juga melaksanakan Ibadah Qurban di tempat yang saya idamkan, tetapi tak cukup kumpulan untuk menyembelih seekor lembu (7 bahagian) ?

Anda boleh melaksanakan Qurban dengan meyembelih binatang ternakan yang lain seperti berikut: 

  • Kambing biri-biri – berusia satu tahun dan ke atas.
  • Kambing biasa -  berusia dua tahun dan ke atas.

Dengan syarat binatang yang hendak dikorbankan mestilah mempunyai ciri-ciri tidak cacat, tidak sakit, tidak buta, tidak berkurap dan tidak kurus. 

Tetapi harga untuk menyembelih seekor kambing, pastinya lebih mahal daripada harga untuk satu bahagian lembu... 1 bahagian lembu biasanya boleh dibayar pada harga sekitar RM450, manakala harga seekor kambing boleh menjangkau sehingga RM800...

Itu harga biasa di pasaran... Tapi kalau nak semak harga bagi satu bahagian lembu dan seekor Kambing yang ditawarkan oleh  syarikat EQurban, saya syorkan anda klik di sini..

Harga yang ditawarkan syarikat EQurban jauh lebih murah berbanding harga semasa di pasaran: 
  • 1 Ekor Lembu – RM1750 / 595 USD (International)
  • 1 Ekor Kambing – RM550 / 190 USD (International)
  • 1 Bahagian Lembu – RM250 / 85 USD (International)
Jadi, sebagai alternatif lain... Sekiranya anda nak melaksanakan Ibadah Qurban tapi tak cukup kumpulan... Nak Qurban Kambing pula kena keluarkan lagi banyak kos... Antara penyelesaian yang boleh anda lakukan untuk terus melaksanakan Ibadah Qurban, ialah dengan menyertai program syarikat EQurban.. 

Kenapa harga bagi 1 bahagian lembu dan seekor kambing di syarikat Equrban lebih murah berbanding harga semasa di pasaran Malaysia?

Ini disebabkan syarikat EQurban menternak sendiri lembu-lembu untuk Korban ini di ladang mereka di Stungstreng, Kemboja dengan usahasama Koperasi Muslim Kemboja. Bekalan lembu ini cukup untuk bekalan Qurban dan Aqiqah sepanjag tahun..

Kalau macam tu bolehlah saya Join Ibadah Qurban dengan syarikat Equrban...

Bagi pendapat peribadi saya, sekiranya anda nak join ibadah Qurban dengan syarikat Equrban.com tiada masalah... Cuma bezanya anda tidak dapat merasai sendiri pengalaman bergotong-royong menyembelih dan melapah daging Qurban seperti yang biasa kita laksanakan di kawasan kita...

Ini disebabkan Ibadah Qurban dan Aqiqah tersebut dilaksanakan di Kemboja.. Bukan di Malaysia..

Walaubagaimanapun dari segi niat untuk anda melaksanakan Ibadah Qurban telah terlaksana.. Dan sedekah daging Korban anda akan diberikan kepada penduduk di kemboja yang daif dan miskin... In Shaa Allah... ganjaran pahala ibadah Qurban dan Aqiqah yang anda laksanakan di sana tetap sama, walaupun anda tidak dapat melakukannya dihadapan mata...

Sedikit keratan Akhbar tentang eQurban untuk masyarakat Kemboja..



"eQurban membuka peluang kepada umat Islam di negara ini untuk melakukan ibadah korban yang dikendalikan oleh syarikat dan  CMC  bersandarkan kepada keikhlasan masing-masing. Rata-rata penduduk di sana hidup dalam kemiskinan terutama yang tinggal jauh di pendalaman dan tidak mempunyai kemudahan asas termasuk jalan raya, elektrik dan air yang bersih. Pada tahun ini juga pihak eQurban telah menetapkan beberapa kawasan utama untuk perlaksanaan Ibadah Qurban ini nanti supaya ia sampai kepada kumpulan sasaran dan perlaksanaannya lebih sistematik. Ini sesuai dengan penggunaan sistem baru eQurban (EQOS) yang lebih Telus dan Mudah."

Jika anda berminat untuk melakukan ibadah qurban atau aqiqah di Kemboja, anda boleh lah klik pada Banner di bawah untuk membuat tempahan. 



Setelah ibadah Qurban selesai dilaksanakan, Pihak eQurban akan mengeluarkan sijil aku janji sebagai wakil melaksanakan ibadah korban tersebut kepada semua peserta dan menghantar gambar-gambar berkaitan yang menunjukkan ibadah tersebut telah dilaksanakan.

6 ulasan:

  1. betul tu masalh juga tu kan..tapi selama 3 tahun aku duk buat ibadah qurban ni..tak ada lg kt tempat aku kes tak cukup org ni

    BalasPadam
  2. Kos kurban dah semakin mahal kat tempat kita, kat tempat saya sebahagaian RM480. Kambing pula seekor RM1000.!!!, bagi yang tak mampu nak kurban juga elok sangat buat ke Equrban

    BalasPadam
  3. Emm biasanya akan mendapat sambutan yang menggalakkan..saya pun insyaAllah kalau ada rezeki lebih nak buat dengan equrban gok..

    BalasPadam
  4. mudahan ibadah qurban PSIS berjalan lancar dan dipermudahkan nanti insyaAllah.

    BalasPadam
  5. bagus bagi sesiapa yang dapat sertai eQurban ini. selain dapat sedekah Qurban, dapat juga membantu membangunkan ekonomi masyarakat disana.

    BalasPadam
  6. Semoga tahin depan ada rizki untuk Qurban,aamiin

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra