Khamis, 19 September 2013

Aktiviti Menarik pada 22 dan 23 September 2013...

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hujung minggu ni ada dua aktiviti menarik yang melibatkan aktiviti Blog dan juga program MyKad Smart Shopper (MSSP)...

Kepada rakan-rakan yang mempunyai kelapangan masa, jemputlah join salah satu daripada dua event tersebut.. Setidak-tidaknya dapatlah juga sedikit ilmu, tentang cara untuk menjana pendapatan tambahan...   Lebih-lebih lagi di saat harga minyak tengah naik pada ketika ini.. bila harga minyak naik, harga barang pun beransur-ansur akan naik.. sudah pasti kita perlukan side income untuk menyeimbangkan keadaan ekonomi semasa....

1) Affiliate Summit KL bulan September 2013

Affiliate Summit KL bulan September 2013 akan diadakan pada 21 September 2013 di Nouvelle Hotel, Sg. Besi... 

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan info dengan lebih lanjut tentang program MyKad Smart Shopper (MSSP), anda bolehlah menyertai Seminar ini... Dalam seminar ini nanti, anda berpeluang untuk bertemu dengan individu-individu yang telah menjadi nadi atau tulang belakang kepada kejayaan program ini... 

Sehingga kini program MyKad Smart Shopper (MSSP) telah pun memasuki fasa ke 2, dan bakal memasuki fasa ke 3 pada tahun hadapan (2014).... Jom kita menjadi sebahagian daripada golongan terawal yang berjaya mendapat manfaat melalui aplikasi ke 50 MyKad.... ;)

2) Belajar Buat Duit Bersama Akademi Denaihati

Belajar Buat Duit Bersama Akademi Denaihati akan diadakan pada 21 September 2013 untuk Junior Class dan 22 September 2013 untuk Master Class.. Wordpress Junior & Master class anjuran Denaihati Network ini akan diadakan di :

Akademi Denaihati
No 16-2B, Jalan Boling Padang G 13/G,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor 

Sumber : Klik Di Sini

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar buat blog dengan menggunakan platform Wordpress, saya syorkan anda menyertai kelas ini... Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelas buat  blog dengan WordPress, saya syorkan anda klik di sini..

Saya memang berminat untuk menyertai kelas ini, supaya berpeluang untuk menuntut ilmu penulisan blog daripada blogger-blogger terkenal di Malaysia... Tetapi apakan daya, sehingga kini masa masih lagi tidak mengizinkan...  

Ketika berlangsungnya kedua-dua event ini, saya terpaksa terbang ke Sarawak bersama keluarga untuk menghantar adik menyambung pengajian di UNIMAS... Dah lama tak menjejakkan kaki ke Sarawak, tak sangka kali ni dapat peluang pergi ke Sarawak, walaupun tanpa di rancang.. ;)

Terbang ke Sarawak pada hari Sabtu jam 2 .05 petang dengan menaiki Air Asia...



Pulang dari Sarawak dengan menaiki Malindo Air, pada hari Isnin (23 September 2013) pada jam 9.45 pagi... 



Syukur Alhamdulillah... Dapat peluang menaiki dua syarikat penerbangan dalam satu masa... Bolehlah saya kongsikan pengalaman menaiki kedua-dua pesawat ini nanti.. 

P/s: Agak sibuk sejak akhir-akhir ini... Terlalu banyak perkara yang nak di kejar....

10 ulasan:

  1. Hmm.. banyak program menarik buat blogger tapi sayang semua kat semenanjung. Tengoklah kalau time cuti sekolah, kawe terbang ke sana :D

    BalasPadam
  2. Wow pergi sarawak, hari sabtu boleh pergi pasar satok..

    BalasPadam
  3. Alkhamdulillah..bukan senang dapat peluang mcm ni kan?hehe

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.

    Terima kasih perkongsian ini. Kepada yang ada masa bolehlah sertai mana-mana aktiviti tersebut.

    BalasPadam
  5. sebelum nih Junior Class den dah pergi , lepas nih target nak pergi master class pulak...

    BalasPadam
  6. dah lama aku tak naik kapal terbang nih..

    BalasPadam
  7. ala...x sempat order kek lapis... heheheh

    BalasPadam
  8. Good day very nice website!! Man .. Excellent .. Superb ..
    I will bookmark your site and take the feeds additionally?
    I'm glad to search out a lot of helpful info right here within the
    publish, we need work out more strategies in this regard,
    thank you for sharing. . . . . .

    my weblog ... goji actives belo horizonte

    BalasPadam
  9. Asking questions are genuinely pleasant thing if you are not understanding
    something entirely, however this post offers fastidious understanding even.

    My web page :: www.easywaytosetupawebsite.info

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra