Jumaat, 26 Julai 2013

Promote 1, dapat 2 kedai.. Syukur Alhamdulillah...

with 18 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum ini saya pernah meluahkan kekecewaan saya kerana terlambat untuk mendaftarkan Kuala Gula Sanctuary Resort untuk menyertai Program MyKad Smart Shopper.. 

Kesudahannya, dah ada ejen pemasaran lain yang telah mendaftarkan Resort tersebut untuk menyertai program ini... Tak ada rezeki saya untuk mendapatkan pasif income secara berterusan daripada Resort tersebut... Sekiranya anda ketinggalan untuk membaca kisah tersebut, saya syorkan anda membaca entri ini

Tapi kata orang rezeki manusia Allah yang tentukan... Terlepas satu peluang, mungkin ada peluang lain menanti kita... 

Nak dijadikan cerita, pada 2 hari lepas, saya mengikuti isteri saya mencari bahan Quilling di sebuah kedai di Sungai Besar, Selangor...


Semasa isteri saya sedang mencari bahan yang beliau perlukan, saya berkesempatan untuk bersembang dengan tokey kedai tersebut yang berbangsa Cina..

Saya sempat mempromosikan Program MyKad Smart Shopper kepada beliau, dengan tujuan untuk membantu beliau mendapatkan lebih ramai pelanggan... 

Syukur Alhamdulillah... Beliau berminat dengan penerangan yang saya berikan... Tanpa berfikir panjang, beliau terus meminta borang pendaftaran.. Nak terus mendaftarkan kedai beliau sekejap tu juga... 

Bukan main gembira lagi perasaan saya pada ketika itu.. Percubaan pertama saya menjadi, setelah tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan pengurus Kuala Gula Sanctuary Resort sebelum ini...  

"Cerita lama usah lagi dikenang.. Bersyukurlah dengan rezeki yang terhidang di hadapan mata... "

Kebetulan pula pada ketika itu saya tidak membawa borang pendaftaran Merchant... Jadi saya terpaksa datang semula ke kedai tersebut pada keesokan harinya, untuk memberikan kepada tokey kedai borang pendaftaran...

Keesokan harinya saya datang bersama dua orang rakan ke kedai tersebut dengan membawa borang pendaftaran seperti yang dijanjikan... 

Semasa Tokey kedai tersebut sedang mengisi borang, beliau sempat bertanya... Boleh tak kalau dia nak daftarkan kedai yang lagi satu?

Saya kata... sudah tentulah boleh... Tapi kena isi borang lagi satu... 

Tokey tersebut bersetuju... Tanpa berfikir panjang, beliau meminta saya memberikan lagi satu borang, untuk mendaftarkan kedai yang lain...

Syukur Alhamdulillah.. Promosi satu kedai, dua kedai yang join....

Inilah kata orang rezeki yang tidak disangka-sangka.. Mungkin rezeki keberkatan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini...

Selepas ini In Shaa Allah anda boleh berbelanja pada harga Diskaun dan boleh kumpul Point di dua buah kedai ini...


Rika Trading yang terletak di Sungai Besar, Selangor

Rika Beads & Craft Trading yang juga terletak di Sungai Besar, Selangor...


Cara untuk mendapatkan Diskaun dan Point ketika berbelanja mudah sahaja.. Anda hanya perlu aktifkan MyKad (Kad Pengenalan) anda terlebih dahulu secara Percuma ... Kemudian gunakan MyKad anda untuk berbelaja di dua kedai ini... 

Pastinya anda akan tersenyum dengan Diskaun yang bakal anda perolehi... Dan pastinya Tokey kedai juga akan turut tersenyum dengan pertambahan pelanggan yang akan berkunjung ke kedai mereka nanti...

Bila Pelanggan dan Tokey kedai tersenyum... Saya selaku ejen pemasaran MyKad Smart Shopper pun akan turut tersenyum dengan komisyen yang bakal saya perolehi secara berterusan pada setiap bulan... Selagi urus niaga terus berlaku di kedai tersebut, selagi itu lah ajen pemasaran akan menerima komisyen... Inilah kelebihan Program MyKad Smart Shopper .. Win-win Situation untuk tiga pihak:


In Shaa Allah saya akan cuba mempromosikan kedai yang telah saya daftarkan ke dalam Program MyKad Smart Shopper dengan sebaik-baiknya... Lagi banyak kedai dapat pelanggan, lagi banyak rezeki yang bakal saya perolehi... Win-Win Situation... Syukur Alhamdulillah.... 

18 ulasan:

  1. Alhamdulillah, rezeki....Actually lepas tengok contest bro, saya sendiri masih belum faham konsep mykad ni...care to explain further bro? Kot2 boleh mencuba nasib...

    BalasPadam
  2. Tahniah bro, berkat rezeki di bulan ramadhan.

    BalasPadam
  3. tahniah bro..mudah-mudahan makin murah rezeki :)

    BalasPadam
  4. syukurlah, rezeki yg lebih baik diberikan oleh-Nya.

    BalasPadam
  5. Murah rezeki bro... Tambah pula di dalam bulan Ramadan ni..

    BalasPadam
  6. wahh..bagus betul nih..rezeki hang. :)

    BalasPadam
  7. Rezeki bulan puasa kan Anuar. Program MyKad Smart Shopper ni saya masih blur2 lagi, tapi tau la kalau ada kad ni kita boleh dapat discount special kat2 kedai yang berdaftar dalam program ni kan?

    BalasPadam
  8. Hehe..teruskan berusaha bro..kalau dah rezeki tak kan kemana kan..haha

    BalasPadam
  9. syukur alhamdulillah buat yang baru dpet rezeki,,
    muge" je korang daapat..heheh

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..rezeki tu bro..nak tanya sikit..kalau pelanggan yang berbelanja guna Mykad Smart Shopper ni, bayaran akan dipotong dari kad kredit atau kad debit?atau pelanggan boleh bayar cash dan swap mykad tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelanggan boleh bayar Cash dan gunakan MyKad untuk mendapatkan Diskaun dan Poin ketika berbelanja...

      Padam
  11. Nampak macam menarik program ninye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Program ini memang menarik.. Sebab itu saya join... ;)

      Padam
  12. semakin tertarik dengan kad ni

    BalasPadam
  13. terbaiklah bro! tahniah2...moga makin dimurahkan rezekinya...ameen

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra