Isnin, 29 Julai 2013

Merempit Di Mydin Mall Pula....

with 14 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Rentetan daripada entri sebelum ini yang bertajuk Jangan Merempit dekat Shopping Complex... Tetapi kalau dah nama pun kanak-kanak, pantang nampak mainan yang menyeronokkan, pasti mereka nak bermain... 

Inilah perkara kebiasaan yang berlaku kepada  2 orang anak lelaki saya, apabila mengunjungi mana-mana pasaraya... Dan juga ketika berkunjung ke Mydin Mall, Meru Ipoh baru-baru ini...

Turut bersama mereka berkunjung ke Mydin Mall ialah sepupu mereka Khalisha.. Makin seronok lah mereka betiga ni dapat berjalan-jalan dengan saya... :)

Boleh bermain itu dan ini sambil makan-makan... Antara permainan yang mereka menarik perhatian mereka ialah, mini motorsikal elektrik...  


Dapat naik sorang satu bayaran RM5/10 minit...

"Jangan bawa Motor laju-laju.. Mata tengok kanan dan kiri, setiap kali memandu" Sempat saya berpesan kepada mereka

Kanak-kanak macam ni setakat pesan jer tak cukup... Kena juga kita perhatikan pergerakan mereka... Buatnya di langgar orang atau kedai, tak ke naya saya nanti...



Jom, kita tengok gambar-gambar mereka bersama motosikal masing-masing...

Haikal, Adam dan Khalisha bersama motorsikal masing-masing..

Letih juga nak jaga tiga penunggang motorsikal amatur ni..

Masing-masing bawa motorsikal merata-rata..

Pada kali ini Adam dan Khalisha paling banyak langgar orang, motorsikal dan dinding..


Penunggang Motorsikal yang perlu diawasi...

Nak pergi ke mana tu kakak....


Kesian dekat makcik ni... Dikerumuni mereka bertiga

Seronoknya kalau dapat melihat mereka memandu secara tertib macam ni... 
Senang nak jaga..

Fuh.. Letih juga nak jaga ke tiga-tiga penunggang motorsikal amatur ni... Gambar-gambar mereka melanggar orang, melanggar dinding dan melanggar motor sesama mereka tak sempat saya nak snap... 

Lepas bermain motor, pegi ke kedai permainan yang lain lagi, untuk bermain itu dan ini... Biasalah kanak-kanak... Pantang nampak ada yang menarik, pasti berkenan di hati... Disebabkan itu, walaupun saya ada duit gaji tetap pada setiap bulan, tapi masih perlu mencari duit tambahan.... 



Semuanya demi untuk memenuhi kehendak anak-anak yang sedang membesar.... Apabila melihat mereka tersenyum, saya tumpang gembira... Apabila melihat mereka menangis, saya tumpang bersedih.... 

Inilah tanggungjawab seorang ayah yang perlu dipikul sehingga ke akhir hayat...

14 ulasan:

  1. alahai, comel motor kaler pink tu...

    BalasPadam
  2. kat rumah pun ada satu ni...tapi berebut plak diorang main

    BalasPadam
  3. kalau yang bermain tu ramai.. tak selesa pula melihat anak-anak bermain..

    BalasPadam
  4. Gembira sakan lah budak-budak tu hehe :)

    BalasPadam
  5. anak-anak kami pun suka naik kereta ni.. kalau pergi tempat yg ada, memang tak boleh lari la, kena naik jugak sekali..

    BalasPadam
  6. Anak saya suka main kereta tu..tapi saya kena tolakkan lah..kalau ada yang motosiakl mcm ni, habislah saya..haha..asyik duk tunggu jer dia main..

    BalasPadam
  7. Rm5/10 minit? saya kira mahal tu, tak puas budak-budak main. haha

    BalasPadam
  8. gua pun nak main motor tu jugak. Dulu..mana ada motor macam ni kat pasaraya maa..

    BalasPadam
  9. Nampak keseronokkan bermain motorsikal berkuasa bateri.

    BalasPadam
  10. happynya kanak-kanak bila bermain motor.....

    BalasPadam
  11. den dah ada anak nanti konfirm poning nak melayan anak

    BalasPadam
  12. amboiii...meriahnya dok main...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra