Ahad, 28 Julai 2013

Jangan Merempit Dekat Shopping Complex

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

"Jangan Merempit Dekat Shopping Complex"

Inilah antara kata-kata yang dapat saya sampaikan dekat 2 orang anak lelaki saya, ketika berada dekat Pasaraya Tesco Batu Gajah, baru-baru ini...

"Ayah, nak naik motor tu" Kata Adam anak kedua saya sambil menuding jari telunjuknya ke satu sudut di Paraya tersebut...

"Ayah Haikal pun nak.. Haikal Nak motor warna merah" Balas Anak sulung saya, Haikal.

"Oklah.. Haikal naik motor warna Merah, Adam naik motor warna hitam.. Sesuai dengan warna baju masing-masing"... Balas saya..


Tanpa membuang masa mereka pun menunggang motorsikal masing-masing dengan bayaran RM5/10 minit...

"Jangan bawa Motor laju-laju.. Mata tengok kanan dan kiri, setiap kali memandu" Sempat saya berpesan kepada mereka

Kanak-kanak macam ni setakat pesan jer tak cukup... Kena juga kita perhatikan pergerakan mereka... Buatnya di langgar orang atau kedai, tak kena naya ayahnya nanti...


Jom, kita tengok gelagat mereka bersama motosikal masing-masing...


Bawa motor dengan Cermat... Mula..

Adakalanya Adam Mendahului Haikal

Haikal tengah naik motor pun sempat berposing lagi..

Motor Merah dan Motor Hitam bersama penunggang masing-masing..

Nampaknya ada yang salah litar ni... hehehe

Tak boleh nak tangkap gambar... Laju juga...

Adam hampir sampai ke garisan penamat..

Adam menunggu Haikal sampai ke garisan penamat..


Adam selaku pemenang.. Berpuas hati dengan pencapaiannya pada hari ini..


Haikal tetap puas dan seronok walaupun hanya berada di tempat kedua..

Jadi ayah kepada 2 orang akan lelaki memang mencabar... Apabila nampak sahaja perkara-perkara menarik, pasti ada sahaja yang berkenan di hati mereka...

Ada kalanya saya cuba untuk bermain "tarik tali" dengan mereka... Adakalanya saya memberi kebenaran untuk mereka mendapatkan hajat yang mereka mahukan...

Disebabkan itu, walaupun ada duit gaji tetap pada setiap bulan, tapi masih perlu mencari duit tambahan.... 



Semuanya demi untuk memenuhi kehendak anak-anak yang sedang membesar.... Apabila melihat mereka tersenyum, saya tumpang gembira... Apabila melihat mereka menangis, saya tumpang bersedih.... 

Inilah tanggungjawab seorang ayah yang perlu dipikul sehingga ke akhir hayat...

4 ulasan:

  1. Haha. Takpa merempit, yang penting rempit pada track yang betul.

    BalasPadam
  2. hari2 kalau mcm ni anak saya ke shopping complex..hahaha

    BalasPadam
  3. kalau motor ni..gua rela kena langgar banyak kali. haha

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra