Ahad, 3 Mac 2013

Teknik Pemasaran 4 : Bukti dan Kepercayaan

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah... setelah beberapa kali mengeposkan buku Jangan Baca Buku Ini dengan menggunakan kemudahan Pos Laju dan Pos express..  Tiba-tiba tergerak hati untuk berkongsi info tentang teknik pemasaran yang seterusnya.. iaitu berkaitan dengan Bukti dan kepercayaan.. Semoga info ini berguna kepada anda yang berminat untuk menjalankan perniagaan melalui internet..

Untuk berniaga di internet, anda perlu meyakinkan bakal pembeli produk/barang anda bahawa anda seorang peniaga yang jujur... Anda perlu meyakinkan mereka bahawa, mereka akan dapat barang yang mereka beli dengan selamat... Dengan kepercayaan dan keyakinan pembeli kepada anda, barulah anda akan berjaya mendapat jualan.. 


Ingat!! Pembeli sama sekali tidak akan membeli produk/barang anda sekiranya mereka ragu-ragu atau tidak yakin dan percaya dengan anda.. Jadi bagaimana untuk membuatkan mereka percaya dan yakin kepada anda?

Jawapannya ada pada teknik pemasaran ke 4... Iaitu Bukti dan kepercayaan...

Teknik Pemasaran 4 : Bukti dan Kepercayaan

Apabila prospek anda membaca surat jualan anda atau entri tentang jualan di blog anda, sudah pasti anda mahu pastikan mereka mempercayai setiap apa yang anda katakan tentang produk anda tanpa rasa curiga dan was – was. Ini adalah kerana jika terdapat sedikit keraguan dikalangan prospek, mereka tidak akan membeli walau sebagus mana tawaran yang anda berikan.

Jadi, bagaimana untuk menanamkan persepsi kepercayaan terhadap produk anda? Kerana selepas ini, semuanya bergantung penuh terhadap persepsi bakal pelanggan anda walaupun anda telah memastikan surat jualan/entri yang anda tulis adalah tepat dan benar.

Berdasarkan pengalaman saya, memasarkan pelbagai produk di blog Discount hari2... Nak menulis entri atau surat jualan memang mudah.. Tapi untuk menarik keyakinan pelanggan untuk membeli barangan yang anda iklankan bukan semudah yang anda sangka.. 


Anda perlu banyak bersabar dan berusaha untuk meyakinkan pelanggana anda, bahawa mereka boleh mempercayai anda... Anda perlu meyakinkan bakal pelanggan anda, bahawa mereka akan dapat barang yang mereka beli dalam  tempoh masa yang ditetapkan... dan barang tersebut boleh sampai kepada mereka dalam keadaan selamat seperti dalam gambar di bawah: 

Antara barang yang pernah saya poskan kepada pembaca Blog saya.. 
kalau tak silap masa ni saya poskan Baby Land Cloth Diapers

Anda jangan tak percaya pula kalau satu masa dahulu, saya pernah menjual Baby Land Cloth Diapers semata-mata untuk mencuba mempraktikkan sedikit ilmu pemasaran melalui internet yang pernah saya baca..

Bila dah pernah mencuba barulah kita rasa puas hati... Dan barulah kita berani untuk berkongsikan pengalaman tersebut dengan para pembaca blog kita.. Walaupun teknik pemasaran yang saya lakukan tidak mengikuti sepenuhnya teknik pemasaran yang pernah saya perolehi melalui pembacaan... Tapi Alhamdulillah... Saya berjaya juga menjual hampir 150 unit Baby Land Cloth Diapers tersebut..

Kejayaan ini adalah disebabkan, bakal pelanggan mempercayai saya dalam menjalankan perniagaan internet. Antara perkara yang biasa saya lakukan untuk menarik kepercayaan pelanggan ialah dengan memberikan informasi selengkapnya termasuk informasi tentang cara penghantaran dan bukti penghantaran kepada pelanggan terdahulu...

Contohnya anda menghantar barang kepada pelanggan A dan B.. Anda perlu membuktikan kepada bakal pelanggan anda, bahawa barang-barang yang telah anda hantar kepada pelanggan A dan B telah selamat sampai ke tangan mereka.. Caranya mudah sahaja... Anda hanya perlu menulis satu info cara untuk mengetahui status barangan pelanggan anda, dari mula barang tersebut dihantar sehingga sampai ke hadapan pintu rumah... Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara nak menulis info tersebut, saya syorkan anda membaca entri ini

Untuk meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan... Seboleh-bolehnya, anda cuba sertakan testimonial dari pelanggan yang berpuas hati dengan produk anda dan servis anda. Pastikan anda meletakkan nama penuh dan lokasi. 

Nama yang ringkas seperti “ A.J “, kurang dipercayai. Sebaliknya, jika anda letakkan nama pemberi testimoni “ Abdul Jalil, Ulu Tiram, Johor “, ianya nampak lebih dipercayai. Tak kisahlah siapa pun yang memberi testimoni, samada nama besar atau orang biasa asalkan ianya benar dan meyakinkan.

Masukkan fakta – fakta  dan hasil kajian untuk menyokong faedah produk anda. Dengan info yang saya kongsikan ini, saya rasa sudah memadai untuk membolehkan anda mendapat jualan....

Tetapi sekiranya anda masih tidak juga berjaya mendapat jualan dengan teknik pemasaran yang saya kongsikan di atas... Saya syorkan anda menggunakan teknik pemasaran killer ini, yang saya perolehi melalui pembacaan... Walaupun saya belum pernah mempraktikkannya, tetapi saya percaya ianya banyak sangat berhasil apabila melihat ramai usahawan internet berjaya melipatgandakan jualan setelah menggunakan teknik ini... 

Teknik Pemasaran Killer..




Sumber : Klik Di Sini

Masukkan satu jaminan yang hebat dan pulangan wang yang tidak melecehkan. Ramai juga yang menawarkan pulangan wang 2 kali ganda jika pelanggan mereka tak berpuashati, dan sebenarnya ini telah menaikkan jualan! 

Jika dilihat, anda mungkin dalam kerugian kerana membayar 2 kali ganda kepada pelanggan yang tidak berpuashati. Tetapi, dalam kebanyakan kes hanya kurang dari 1% sahaja yang akan meminta dikembalikan wang mereka..mungkin hanya 1 pelanggan dari 100 orang. 

Hakikatnya , anda masih untung. Apa yang lebih penting ialah, suruh mereka cuba dahulu dan biarkan mereka berfikir:
“Takkanlah penjual ni berani letakkan jaminan 2 kali ganda pulangan wang kalau dia tak yakin dengan produk ni…baik aku cuba “

Jika anda mampu, dapatkan selebriti untuk menyokong produk anda. Katakanlah, anda berjaya meyakinkan Dato' Dr Fadzilah Kamsah untuk menyokong produk anda (contohnya ebook Panduan Rumahtangga Bahagia), ataupun Azizi Ali untuk menyokong jualan Ebook Beli Hartanah Tanpa Modal... Maka ramai yang akan percaya bahawa produk anda benar – benar bagus! Ini disebabkan produk yang anda jual disokong oleh personaliti-personaliti Popular yang benar-benar pakar dalam bidang tersebut... 

Selain itu, anda juga perlu mendedahkan sedikit kekurangan produk anda, dan ianya akan mengurangkan sindrom “ terlalu bagus untuk dipercayai “, yang mana membuatkan pelawat berasa sangsi dengan anda. Contohnya:
“ Walaupun ebook ini boleh mengubah kehidupan anda sekeluarga, namun ianya tak 100% berkesan jika anda tak mempraktikkan segala panduan “
“ Bahan penjimatan minyak ini tidak memberi kesan jika digunakan pada kereta yang berusia lebih 10 tahun “

Lagi satu, anda akan kelihatan jujur dalam mempromosikan produk anda. Dengan itu, anda akan mula dipercayai… Dalam pemasaran, kejujuran adalah kunci kepada kepercayaan!

Jika anda menghadkan tawaran dengan meletakkan satu tarikh akhir, pastikan tarikh akhir tersebut jelas dan tidak berubah – ubah. Tarikh akhir yang sentiasa berubah akan menyebabkan timbul rasa was – was dikalangan para pelanggan dan mereka berfikir bahawa anda tidak jujur, maka kredibiliti anda akan jatuh.

Jangan letakkan janji – janji manis yang tak berasas, seperti:
“ Anda boleh membuat duit tanpa perlu berbuat apa – apa “
“ Jadi jutawan dengan hanya 10 minit depan komputer “

Sebaiknya, berikan janji ataupun faedah yang sederhana dan logik tapi membuatkan pelawat tertarik.

Sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini... Jumpa lagi dalam teknik pemasaran yang seterusnya... pada lain kali... Insya Allah... 

5 ulasan:

  1. perkongsian yg sangat berguna.tahniah saudara..:)

    BalasPadam
  2. bagus tipnya bro. mendedahkan sedikit kekurangan produk kurang sangat dipraktikan.

    BalasPadam
  3. bukti tu penting. sekurangnya, bagi aku, memang penting. tak ramai yang sanggup letak bukti kat minisite.

    BalasPadam
  4. Suatu perkongsian tentang teknik pemasaran yang berkesan bro. Terima kasih.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra