Sabtu, 2 Mac 2013

Peluang Bertemu Norman KRU, Yusry KRU dan Irfan Khairi di Islamic Art Museum pada minggu depan

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kepada para peminat kumpulan Rap terkenal KRU, dan Jutawan Internet Irfan Khairi... Ini mungkin satu berita baik buat anda..

Anda berpeluang untuk berjumpa dengan 3 personaliti popular ini secara live pada 9 Mac 2013 di Islamic Arts Museum Kuala Lumpur... 

Buat julung-julung kalinya Norman KRU, Yusri KRU, Irfan Khairi dan beberapa orang pakar bergabung tenaga untuk mengendalikan KRU Masterclass... 

Di KRU Masterclass, 3 personaliti popular ini akan berkongsikan kejayaan mereka sebagai usahawan yang berjaya menjana pendapatan di era digital...


Sumber : Klik Di Sini

Apa yang menarik di KRU Masterclass?
  • Norman KRU akan berkongsikan strategi Pemasaran Antarabangsa Digital
  • Yusry KRU pula akan berkongsikan strategi Penjenamaan mengikut Media
  • Irfan Khairi akan membantu anda cara buat duit menggunakan media sosial

Selain itu terdapat juga pengisian lain tentang keusahawanan daripada beberapa orang pakar yang terdapat dalam KRU Academy:
  • KRU Masterclass 1: Buat Duit Menggunakan Media Sosial 
  • Mini Talk 1: Visual Pemikat Penonton
  • KRU Masterclass 2 : Skrip Ke Skrin 
  • Mini Talk 2: Animasi untuk Penjenamaan & Pemasaran
  • Mini Talk 3: Perniagaan kecil menjadi besar 
  • KRU Masterclass 3 : Ke Persada Dunia
Pelaburan anda untuk menyertai program ini adalah RM590 RM290 (early-bird) untuk seorang.. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang KRU Masterclass ini, saya syorkan anda klik di sini

P/s : Walaupun anda mungkin tidak berpeluang mendengar Norman dan Yusry KRU menyanyi secara Live, tetapi saya percaya anda akan dapat ilmu yang sangat bermanfaat daripada 3 personaliti popular ini.. 

P/s : Teringin nak pergi seminar ni... Tapi sayangnya, pada masa tersebut keadaan tidak mengizinkan... Harap program macam ni dapat diteruskan lagi pada masa akan datang...

2 ulasan:

  1. peluang untuk berjumpa dengan personaliti terkenal dan menimba ilmu dari mereka ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul... kalau awak ada kelapangan masa. . jemputlah join...

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra