Selasa, 19 Februari 2013

Pos Exprees Vs Pos Laju : Mana yang lebih pantas?

with 5 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Penghantaran Jangan Baca Buku Ini  dengan menggunakan Pos laju Vs Pos Express: mana   yang lebih pantas?

Sumber : Klik Di Sini

Untuk mengetahui jawapannya, jom kita sama-sama membuat tracking number di Laman Web Pos laju dan juga laman web Pos Malaysia..

Baiklah kita bermula dengan laman web Pos laju terlebih dahulu... 

Untuk membuat Tracking number di laman web Pos Laju... Anda boleh "copy" dan "paste" nombor rujukan Pos Laju anda di ruangan Tracking number yang terdapat di  url berikut: http://www.poslaju.com.my/track.aspx

Hasilnya anda akan dapati barang tersebut telah selamat sampai kepada penerima pada masa dan tarikh seperti dalam gambar di bawah:
  • En. Zulkifli Abdullah (Pelabuhan Klang):  EM371449555MY
Kos Penghantaran : RM6
  • En. Kumar Bin Boniface Jubilee (Mukah):  EM371448824MY
Kos Penghantaran : RM8++

Kedua-dua buku ini telah saya poskan pada 5 Februari 2013 di Pejabat Pos Sabak Bernam, Selangor.. Buku ini telah sampai ke penerima pada 6 Februari 2013 (Pelabuhan Klang) dan 8 Februari 2013 (Mukah, Sarawak).. Gambar di bawah menunjukkan dengan jelas perjalanan buku tersebut dari Sabak Bernam, ke beberapa lokasi sehingga sampai ke Mukah, Sarawak..

Menghantar barang selama 3 hari Dari Sabak Bernam ke Mukah Sarawak, boleh dikira  cepat... Sebab banyak destinasi yang perlu "dilawati" oleh barang tersebut.. ;)


Seterusnya kita mengunjungi laman web Pos Malaysia pula untuk menjejaki Pos Express... 

Untuk membuat Tracking number di laman web Pos Malaysia... Anda boleh "copy" dan "paste" nombor rujukan Pos Express anda di ruangan Tracking number yang terdapat di  url berikut: 

http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_express_mail.asp

Hasilnya anda akan dapati barang tersebut telah selamat sampai kepada penerima pada masa dan tarikh seperti dalam gambar di bawah:

  • En. Hamzah Abdul Aziz (Tumpat, Kelantan) : LD155019857MY











Kos Penghantaran : RM4.50

  • En. Hamidon Bin Anda (Kota Kinabalu, Sabah): LD155019865MY
 Kos Penghantaran : RM4.50

 Kedua-dua buku ini telah saya poskan pada 16 Februari 2013 di Pejabat Pos Sabak Bernam, Selangor.. Buku ini telah sampai ke penerima pada 19 Februari 2013 (Tumpat, Kelantan) dan 18 Februari 2013 (Kota Kinabalu, Sabah).. Gambar di bawah menunjukkan dengan jelas perjalanan buku tersebut dari Sabak Bernam ke Kota Kinabalu, Sabah..



Secara kesimpulannya tiada perbezaan yang ketara dari segi tempoh masa menghantar barang samada menggunakan Pos laju atau Pos Express.. Cuma yang berbeza dari segi kos.. Kos penghantaran barang dengan menggunakan Pos laju biasanya lebih mahal berbanding kos penghantaran barang dengan menggunakan Pos Express.. 

P/s: Sebelum kita mengepos barang dengan menggunakan pos Express, Kita perlu membaca dahulu terma dan syarat.. Supaya barang yang kita hantar tidak dikembalikan semula kepada kita.. ;)


5 ulasan:

  1. perbandingan yang jelas..:) terima kasih atas info ini..:)

    BalasPadam
  2. Bang,saya ada maslah ni,nombor tracking yg orang bg kepada saya dah pernah digunakan pastu mula2 dia tunjuk Consignment posted over the counter pastu bila saya tekan dekat tracking nombor dia tunjuk dah pernah digunakan /ada rekod pos

    BalasPadam
  3. thanks share...hehe ingatkan pos express lebih laju dari pos laju

    BalasPadam
  4. terima kasih sbb share . staff kat customer care pos laju explain tah apa apa.agaknya depa pun tak nampak dgn jelas

    BalasPadam
  5. Sblm nak guna pos express better baca dulu tempoh penghantaran...ada yg di jamin sampai dlm.1 hari...ada yg 2 hari serahan...dan ada yg 3 hari tempoh serahan...dan perbandingan di atas di pos di 2 tempat yg berbeza...kota kinabalu dan mukah....mukah lebih Jauh di pendalaman berbanding kota kinabalu...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra