Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ni saya nak kongsi satu cerita tragis yang terjadi kepada akaun Paypal saya pada bulan Disember 2012 dan awal Januari 2013.. Sebenarnya dah lama saya nak kongsikan berita ini, tapi apakan daya masa tidak mengizinkan... Kebetulan pada hari ini, semasa menyemak draf-draf Blog Coretan Anuar yang belum sempat lagi diterbitkan, terpandang tajuk entri ini yang menarik minat saya untuk dikongsikan...
Tapi sebelum itu, saya nak kongsikan sedikit info tentang paypal... Info ini mungkin berguna kepada anda yang belum lagi memiliki akaun paypal untuk melaksanakan urus niaga melalui internet..
Untuk makluman anda.. Paypal merupakan satu kemudahan yang disediakan kepada pengguna kad kredit /kad debit untuk membuat bayaran melalui internet. Dengan adanya akaun Paypal, anda boleh menjalankan urusniaga internet dengan pengguna internet dari luar negara. Ianya selamat digunakan dan boleh dipercayai. Sekiranya anda berminat untuk mendaftarkan akaun Paypal anda, anda boleh layari link berikut:
Untuk mengaktifkan akaun Paypal, anda perlu mempunyai kredit kad atau debit kad yang mempunyai wang baki dalam akaun sekurang-kurangnya RM20. Wang ini digunakan untuk mengesahkan kad kredit/kad debit anda semasa proses pembayaran pertama anda menggunakan akaun Paypal.
Wang RM10 dari kad kredit/kad debit anda perlu dibayar kepada pihak Paypal untuk mendapatkan nombor “access” 4 digit bagi mengaktifkan akaun paypal anda. Anda tidak perlu risau, wang tersebut akan dipindahkan daripada kad kredit anda ke akaun Paypal anda. Kemudian wang RM10 tersebut boleh anda gunakan semula untuk membuat pembayaran. Jadi dengan erti kata lain pihak paypal tidak mengambil wang anda, sebaliknya hanya memindahkan wang anda dari kredit kad ke akaun Paypal anda buat sementara waktu sebelum anda gunakan semula wang tersebut untuk membuat pembayaran.
Setelah kad kredit/kad debit anda disahkan, anda boleh menerima wang atau membuat pembayaran dengan menggunakan akaun Paypal. Dalam ebook "Mencari Sumber Pendapatan Melalui Internet" Saya ada menasihatkan para pembaca ebook tersebut, supaya menggunakan akaun Paypal sebagai alternatif daripada membuat pembayaran dengan menggunakan kad kredit..
Ini kerana pembayaran melalui akaun paypal lebih selamat berbanding melakukan pembayaran secara terus dengan menggunakan kad kredit kepada individu/mana-mana syarikat yang baru pertama kali kita berurusan dengan mereka..
Selama ini, saya menggunakan Akaun paypal tanpa ada sebarang masalah.. Tetapi baru-baru ini Akaun Paypal saya kena godam.. Bukan sekali, tatapi sebanyak 3 kali.. Bulan Disember sekali, kemudian 2 kali kena godam pada bulan Januari.. Paling tak tahan pada bulan Januari, akaun paypal saya kena godam 2 hari berturut-turut.. Ada orang telah menceroboh akaun Paypal saya dan menggunakan kad kredit saya untuk membuat pembayaran...
Kali pertama saya terkena, saya terus melaporkan kepada "customer Service" bank pengeluar kad kredit supaya dapat membatalkan transaksi tersebut.. Pegawai yang menerima panggilan telefon saya memaklumkan, beliau tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan transaksi tersebut telah pun berjaya dilaksanakan.. Kali kedua dan ketiga saya membuat laporan, jawapan yang sama juga telah diberikan oleh pegawai yang bertugas...
Disebabkan bimbang akaun paypal saya terus dicerobohi, saya terus menghubungi pihak bank semula untuk membatalkan kad kredit saya.. baru rasa lega dan puas hati.... kalu tak, saya sentiasa hidup dalam kebimbangan.... Ialah orang lain boleh sewenang-wenangnya mengambil wang saya secara percuma... Siapa yang tak risau...
Kejadian ini secara tidak langsung telah memberikan satu pengajaran kepada saya supaya bertukar menggunakan debit kad untuk berurusniaga melalui akaun paypal.. Dengan menggunakan Kad Debit, kita boleh menghadkan nilai yang terdapat di dalamnya, supaya sekiranya akaun paypal kita kena godam pun, pihak penggodam tidak dapat melakukan sebarang transaksi dengan sesuka hati disebabkan tiada duit di dalam akaun tersebut....
Siapakah agaknya yang punya angkara ni? Berani betul dia menggodam akaun Paypal saya.. Semoga individu yang terlibat akan menerima balasannya pada kemudian hari.....
Sebelum kes ini, ada tak terima apa2 email yang mention suruh upgrade keselamatan akaun Paypal?
BalasPadamSebab ada kes yang email itu palsu. Lepas kita klik link yang disertakan.
Time tue la kita benarkan akaun kita dicerobohi
Setuju dengan bro Framestone.. banyak kes sebab kena email scam.. its ok.. Allah sedang menguji kita.. hehe.. ^^
BalasPadamsemoga lebih hati2 lepas ni
BalasPadamfuh..seram gak ble dgr..da la aku de dwet dlm 2..huhu
BalasPadambiasa kalau ada transaction kita dapat sms, boleh cepat terus call bank.
BalasPadammemang kena pandai jaga. kalau tak, memag rugi besar maa..
BalasPadamAkaun saya kena godam semalam rm3100 lebih dari kad kredit. Mampos saya membayar. Paypal tak selamat. Guna medium lain untuk untuk urusniaga.
BalasPadam