Selasa, 29 Januari 2013

Permohonan Jawatan Kosong SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) Malaysia 2013

with 11 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya ada satu berita baik untuk rakan-rakan yang sedang mencari kerja, atau pekerja swasta yang berminat untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan.. Saya mengalu-alukan anda untuk memohon Jawatan Kosong Di Bawah Suruhanjaya perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP)..


Terdapat pelbagai jawatan tetap di sektor kerajaan diiklankan oleh pihak SPP yang boleh dipohon secara online oleh seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan .. 


Senarai Jawatan Kosong Yang diiklankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) ialah:
  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41
  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH29
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
  • Pembantu Makmal Gred C17
  • Penyelia Asrama Gred N17
  • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
  • Pembantu Pengurusan Murid Gred N17.
Untuk makluman anda permohoanan jawatan kosong SPP Malaysia 2013 (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) ini adalah dibuka sepanjang masa. Urusan pengambilan akan dijalankan berdasarkan maklumat kekosongan jawatan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Oleh itu tawaran jawatan kosong SPP Malaysia (Sruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) akan dikemaskinikan daripada masa ke semasa.

Bekerja di sektor kerajaan pastinya berbeza jika hendak dibandingkan bekerja di Sektor Swasta.. Bekerja di Sektor Swasta boleh manjadikan anda kaya raya sekiranya anda mempunyai perancangan yang baik, halatuju dan sasaran yang mantap, bekerja dalam sebuah syarikat yang kukuh, dan anda berusaha gigih untuk maju kehadapan.. 

Sekiranya anda bekerja di sektor kerajaan, walaupun tidak menjadikan anda kaya-raya, tetapi boleh membuatkan anda hidup dalam keadaan selesa dengan beberapa insentif yang boleh anda perolehi seperti:
  • Elaun perumahan
  • Cost of living allowance (COLA)
  • Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan
  • Cuti bersalin
  • Pinjaman perumahan
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Bersara pada umur 60 TAHUN (kuatkuasa 2013)
  • Peluang kenaikan pangkat
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Dapat pergi berkursus ke lokasi-lokasi menarik di Malaysia
  • Dapat merasa naik kapal terbang beberapa kali, sekiranya anda berkhidmat di wilayah berlainan (Contoh: berasal dari Semenanjung tetapi berkhidmat di Sabah/Sarawak)

Setelah melihat perbandingan bekerja di sektor kerajaan dan sektor swasta, Jadi tepuk dada tanyalah selera.. Keputusan terletak di tangan anda.. 

Sekiranya anda bercita-cita untuk menjadi kaya raya, saya syorkan anda bekerja di sektor swasta....

Sekiranya anda berhajat, untuk hiduap dalam keadaan sederhana tetapi selesa, marilah sertai kami sebagai salah seorang penjawat awam... 

Sebelum anda membuat sebarang keputusan, saya syorkan anda mendapatkan maklumat lanjut tentang jawatan kosong yang diiklankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP), dengan klik pada url berikut:



Berdasarkan pengalaman saya berkhidmat selama hampir 7 tahun sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)... saya berpuas hati bekerja dalam bidang ini, walaupun ada kalanya sangat memenatkan... Biasalah adat bekerjakan... Pasti ada asam garam dan cabaran dalam setiap pekerjaan... Mana ada pekerjaan yang sentiasa senang sahaja tanpa ada sebarang masah.. betul tak?

Banyak pengalaman menarik yang telah saya timba sepanjang berkhidmat sebagai seorang Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)  seperti: 

Menjadi Pensyarah Pengiring untuk Pertandingan Robocon 2007 di PSMZA, Dungun Terengganu.. 
Sumber : Klik Di Sini

Menjadi Penasihat Kelab Kayak untuk Program Exporasi Kayak PMU di kampung Penat, Oya
Sumber : Klik Di Sini

Berpeluang menaiki kapal Terbang ke Pelbagai Tempat di Seluruh Malaysia 
Sumber : Klik Di Sini

Berpeluang menghadiri kursus di tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia
Sumber : Klik Di Sini

Berpeluang untuk membuat lawatan kerja dan menyelia latihan Industri pelajar
Sumber : Klik Di Sini

Berpeluang untuk 'mengenakan' pelajar.. hihihi...
Sumber : Klik Di Sini

Berpeluang Menjadi Penyelia projek Pelajar Semester Akhir
Sumber : Klik Di Sini

Berpeluang Menjadi Urusetia Untuk kejohanan/Pertandingan Peringkat Kebangsaan
Sumber : Klik Di Sini

dan banyak lagi.... perkara menarik/pengalaman yang boleh anda timba sekiranya berkhidmat sebagai seorang penjawat awam... 

Selain itu, anda juga mempunyai peluang untuk naik pangkat dalam tempoh 5 tahun perkhidmatan.. Tetapi anda perlulah merajinkan diri untuk memenuhi kriteria kenaikan pangkat yang telah ditetapkan seperti:

  • Membuat Penyelidikan
  • Membuat Pembentangan Kertas Kerja
  • Menghasilkan Inovasi
  • Memberi sumbangan kepada Organisasi
  • Memberi Sumbangn Luar
  • dan sebagainya.. 
Terdapat banyak juga perbezaan kenaikan gaji mengikut gred perjawatan.. Terutamanya untuk gaji DH44 dan DH48... Untuk maklumat lanjut tentang tangga gaji/perbezaan gaji Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT), saya syorkan anda klik di sini 

Membuat Penyelidikan, kajian, Inovasi dan Pembentangan Kertas Kerja bukanlah suatu perkara yang diwajibkan kepada Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT).. Tetapi anda perlu buat itu semua sekiranya berminat nak cepat naik pangkat... Kalau tak berminat naik pangkat, tak perlu buat pun tak apa... Tapi sanggup ker tengok orang lain berlumba-lumba untuk memajuan diri, tetapi kita buat tak tahu jer... 

Saya faham, bukan semua orang berminat untuk membuat penyelidikan dan inovasi.. Termasuklah juga saya... Disebabkan itu, walaupun dah berkhidmat hampir 7 tahun, tetapi sehingga sekarang saya masih kekal dalam gred semasa.. 

Tetapi baru-baru ini, disebabkan desakan yang diberikan oleh ayah mertua, ister saya, dan rakan-rakan  telah mendorong saya untuk membuat satu kajian.. Dalam malas-malas nak buat kajian, akhirnya berjaya juga menyiapkan satu kajian... Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yanag tidak berputus asa memberi sokongan kepada saya... hehehe...  untuk maklumat lanjut tentang kajian yang telah saya siapkan, anda boleh klik di sini


Sekiranya anda berminat untuk menimba pengalaman yang lebih mencabar, saya syorkan anda menyahut cabaran saya untuk berkhidmat di Kawasan Sabah/Sarawak... Terutamanya golongan-golongan muda yang masih belum berkahwin... Masa inilah peluang terbaik untuk anda menimba pengalaman di tempat orang...

Apa kelebihan yang bakal anda perolehi sekiranya berkhidmat di Sabah/Sarawak?

Saya rasa tidak perlulah saya menjelaskan secara panjang lebar untuk menjawab persoalan tersebut... Memadailah saya sertakan bukti Gambar bukti Dokumen Perjalanan Terhad semasa saya berkhidmat di Mukah Sarawak..



"Passport" ini telah dibuat pada 23 Mac 2006, dan telah digunakan  sehingga di muka surat 26 pada bulan Disember 2010.. Bersamaan dengan 83 kali keluar dan masuk negeri Sarawak..

Kali terakhir menggunakan "passport" ini pada 16 Dis 2010

Ini bermakna saya telah masuk ke negeri Sarawak sebanyak 42 kali, dan keluar dari negeri Sarawak sebanyak 41 kali.. Tapi itu semua berlaku di antara tahun 2006 sehingga tahun 2010.. Iaitu secara puratanya saya naik kapal terbang setiap 1.5 bulan sekali..

Dalam tempoh tersebut, saya telah berpeluang untuk menjejakkan kaki di beberapa Lapangan Terbang yang terdapat di Malaysia iaitu:
  • Lapangan Terbang Langkawi - 2 kali (semasa menghadiri kursus dan mesyuarat di Langkawi)
  • Lapangan Terbang Pulau Pinang - Sekali (Semasa menghadiri mesyuarat di Pulau Pinang)
  • Lapangan Terbang Negeri Kedah - Sekali (Semasa menghadiri kursus di Kangar, Perlis)
  • Lapangan Terbang KLIA - Tak ingat berapa kali
  • Lapangan Terbang LCCT - Tak ingat berapa kali
  • Lapangan Terbang Johor Bharu - Sekali (Semasa menghadiri mesyuarat)
  • Lapangan Terbang Kuala Terengganu - Dua Kali (Semasa mengiringi pelajar dan Semasa menghadiri mesyuarat) 
  • Lapangan Terbang Kota Bharu - Sekali (Semasa menghadiri mesyuarat)
  • Lapangan Terbang Sibu - Tak Ingat Berapa Kali
  • Lapangan Terbang Kuching - Tak Ingat Berapa Kali
  • Lapangan Terbang Miri - Sekali
  • Lapangan Terbang Mukah - Tak Ingat Berapa kali
  • Lapangan Terbang KKIA, Kota Kinabalu - 2 kali
  • Lapangan Terbang (Air Asia), Kota Kinabalu - 2 kali


Saya harap dengan perkongsian info ini, akan dapat menaikkan semangat anda untuk berkhidmat di Kawasan Sabah/Sarawak... Bukannya senang nak dapat peluang naik "Belon" banyak kali... Betul tak?

Waktu tengah muda, merupakan masa paling sesuai untuk menimba pengalaman seumpama ini...  ;) 

Jadi, sekiranya untuk berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang iklan jawatan kosong SPP Malaysia, saya syorkan anda klik pada url di bawah:

11 ulasan:

  1. Nak maklumkan saudara maralah,manalah tahu rezeki mereka dapat.

    BalasPadam
  2. slm sy dh apply mgu lps dpt tau dr fb.sy mmg dh byk kali iview gov utk pelbagai kementerian,mgkn blm rzki.mmg ada kwn yg kje kt KPT pjaya tp sy nk usaha sdri.doakan sy berjaya ye :)

    BalasPadam
  3. dah tak layak kot aku nak apply. haha

    BalasPadam
  4. cepat2 sape nak menjawat jawatan diatas. ehehe

    BalasPadam
  5. Fuh, dah lama cuba mintak..ada dekat 3 tahun kot,tapi masih belum ada rezeki lagi.

    BalasPadam
  6. X tentu lagi ada jawatan kosong. dah byk kali applytapi xpernah satu pun sangkut untuk panggilan interview.

    BalasPadam
  7. mcm mna nak isi jwtn kosong tu yea? cz klu buka web spp akn terus link jobs malaysia. sy dah juga dftar jobs malaysia tu.tp xtau cara nk pohon jwtn spp ni..
    klu ada sesapa tau cara nya tolong bantu ya.. tq.

    BalasPadam
  8. salam nk tnye boleh ke kalau student semester akhir apply spp ni?

    BalasPadam
  9. Salam..nk tnya..lepasan spm dah bolh apply spp ni ke.?

    BalasPadam
  10. sepuluh tahun daftar dgn spa n 4 tahun dgn spp..
    hanya sekali sahaja dipanggil temuduga..

    xmahu mengharap...

    BalasPadam
  11. Lbh 10thn menanti...spp n spa xtrmsuk jbtn ln tmdga tp xda rzki lg...

    Tiba msa berhenti mgharap.....

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra