Ahad, 29 April 2012

Bertuahnya saya dapat 4 PHD sekaligus untuk satu pembentangan.. ;)

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 19 April (2 minggu lepas) saya bersama isteri ada membuat dua pembentangan kertas kerja sempena KOLOKIUM PENYELIDIKAN DAN INOVASI PSIS 2012..

Sebenarnya saya tak pernah membuat sebarang pembentangan kajian sebelum ni.. Tapi tiba-tiba tergerak hati untuk menyertai kolukium ini.. dan yang menariknya siap bentang dua kertas kerja pula tu.. Hehehe.. ;)

Semasa nak menyiapkan kajian ini agak porak peranda jugalah 'live' kami untuk membuat kertas kerja.. sehinggalah ke hari pembentangan.. Nasib baiklah isteri saya banyak memberi sokongan moral.. Disebabkan beliau begitu bersungguh untuk menyertai kolukium ini, jadi kami berusaha sehabis baik.. Sehingga mengorbankan
sebahagian masa tidur kami.. ;)

Hari pembentangan yang ditunggu akhirnya tiba.. Syukur Alhamdulillah.. Segala-galanya berjalan dengan lancar.. Jadi pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit info atau pengalaman yang saya perolehi hasil daripada pembentangan tersebut.. 

Seperti yang saya katakan, saya terlibat dengan dua pembentangan.. Pada pembentangan pertama (waktu pagi)  terdapat beberapa komen yang diberikan oleh para panel.. Habis sahaja pembentangan pertama saya cuba perbaiki slaid untuk pembentangan kedua.. Kononnya sebagai persediaan supaya dapat melakukan pembentangan dengan lebih baik lagi berbanding pembentangan pertama.. ;) 

Pembentangan kedua kami pada sebelah petang iaitu kira-kira pada jam 4.30 petang.. Slaid pembentangan ini jauh lebih banyak berbanding slaid pembentangan pertama..  Dan saya kira slaid paling banyak antara para peserta yang menyertai kolukium pada kali ini..  Confirm tak cukup masa punya.. Maklumlah orang amatur.. Tak berapa pandai sangat.. ;)

Semasa saya membuat pembentangan kedua tersebut, kelihatan segalanya berjalan dengan lancar.. Walaupun saya agak tergesa-gesa menyelesaikan pembentangan tersebut disebabkan masa yang diberikan tidak mencukupi.. Hehehe.. Padan muka saya,, ;)

Komen pertama yang saya perolehi oleh panel adalah "Biasanya orang buat PHD pun hanya mempunyai 3 atau 4 hipotesis.. Awak punya kajian ada 15 hipotesis.. Awak layak dapat 4 PHD"

Terasa malu juga saya dan isteri menerima komen (mungkin kena perli) tersebut.. Apa yang diperkatakan oleh panel yang kebetulan seorang pemegang PHD ada kebenarannya.. Banyak betul hipotesis kajian saya, sampai 15.. Tapi saya pernah baca satu kajian yang mempunyai 21 hipotesis.. Tapi saya tak pasti pula kajian tersebut untuk peringkat apa??  

Masa saya baca kajian tersebut, saya juga terkejut.. Banyaknya hipotesis kajian ini.. Sampai 21 hipotesis..  Setelah membaca kajian tersebut sebanyak dua kali, baru saya faham, kenapa kajian tersebut mempunyai 21 hipotesis.. Sebenarnya saya boleh mempertahankan kajian saya berdasarkan pemahaman saya terhadap kajian yang mempunyai 21 hipotesis tersebut..

Tapi disebabkan masa pembentangan saya dah tamat, jadi saya tak terfikir untuk memberi respon (mempertahankan diri) bagi setiap komen yang saya perolehi daripada para panel.. Apa yang saya fikirkan pada ketika itu, saya hanya nak menghabiskan keseluruhan pembentangan saya.. Memandakan pihak panel hanya memberi komen tanpa menanyakan sebarang soalan.. Jadi saya hanya mendiamkan diri sahaja (tanda setuju dengan setiap komen yang diberikan)...

Jadi pada kali ini saya cuba untuk berkongsi.. kenapa kajian saya mempunyai 15 hipotesis??

Sebenarnya hipotesis diwujudkan untuk membantu kita mencapai objektif kajian.. Terdapat 5 Objektif dalam kajian saya yang bertajuk "Tahap Kepuasan kerja dan Motivasi kerja Pensyarah di PSIS"..

1.2 Objektif Kajian

  1. Mengenalpasti tahap kepuasan kerja pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah
  2. Mengenalpasti tahap motivasi kerja pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah
  3. Menentukan hubungan motivasi kerja dengan kepuasan kerja pensyarah
  4. Menentukan perbezaan ciri-ciri latar belakang responden dengan motivasi kerja.
  5. Menentukan perbezaan ciri-ciri latar belakang responden dengan kepuasan kerja.

Kerangka teori kajian saya adalah seperti berikut:

Rajah 1 : Kerangka Teori Kajian
Untuk menjawab objektif pertama dan kedua kajian ini, tiada sebarang hipotesis perlu diwujudkan.. Tapi untuk menjawab objektif kajian yang ketiga, saya memerlukan 1 hipotesis ( H01 )..  Dan untuk menjawab objektif yang ke 4 dan ke 5, masing-masing memerlukan 7 hipotesis.. Ini disebabkan saya ingin mengkaji setiap ciri-ciri latar belakang responden dengan kepuasan kerja dan Motivasi Kerja.. Berikut merupakan senarai hipotesis kajian ini.. 

1.5 Hipotesis Kajian


  • H01 : Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara motivasi kerja dengan kepuasan kerja pensyarah.
  • H02 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan kerja dengan pensyarah mengikut jabatan akademik
  • H03 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi kerja dengan pensyarah mengikut jabatan akademik
  • H04 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan kerja pensyarah lelaki dengan         pensyarah perempuan
  • H05 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi kerja pensyarah lelaki dengan        pensyarah perempuan
  • H06 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan kerja pensyarah bujang         dengan pensyarah yang sudah berkahwin.
  • H07 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi kerja pensyarah bujang dengan         Pensyarah yang sudah berkahwin.
  • H08 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara umur pensyarah dengan kepuasan kerja
  • H09 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara umur pensyarah dengan motivasi kerja
  • Ho10 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara bilangan jam mengajar pensyarah pada            setiap minggu dengan kepuasan kerja
  • Ho11 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara bilangan jam mengajar pensyarah pada            setiap minggu dengan motivasi kerja
  • Ho12 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara bilangan tugas sampingan pensyarah         dengan kepuasan kerja
  • Ho13 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara bilangan tugas sampingan pensyarah          dengan motivasi kerja
  • Ho14 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gred jawatan pensyarah di politeknik         dengan kepuasan kerja
  • Ho15 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gred jawatan pensyarah di politeknik         dengan motivasi kerja 

Jadi hipotesis kajian ini bukanlah diwujudkan secara suka-suka.. Tapi hipotesis kajian diwujudkan untuk membantu mencapai objektif kajian.. 

Sebelum ini saya pernah membuat satu kajian diperingkat sarjana.. Dalam kajian tersebut, saya mempunyai 3 objektif kajian dan dua hipotesis.. Semasa saya menganalisis kajian tersebut, saya mendapati 2 hipotesis tidak mencukupi untuk kajian saya.. Dan saya terpaksa menambah beberapa hipotesis sehingga saya dapat mencari jawapan untuk mencapai ke tiga-tiga objektif kajian..

Berdasarkan pengalaman tersebut telah menyebabkan saya dengan beraninya menggunakan 15 hipotesis untuk menyempurnakan kajian ini.. Setiap orang mungkin mempunyai pandangan yang berbeza.. Walaubagaimanapun saya terima setiap pandangan dan teguran dengan hati yang terbuka..

Sekarang ini saya buka pula sesi perbincangan di blog ini.. Sekiranya anda mempunyai sebarang komen atau pandangan, sila tulis diruangan yang sediakan.. Diharap komen dan pandangan anda akan dapat memberi informasi yang berguna kepada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang penyelidikan.. ;)

1 ulasan:

  1. assalamualaikum..

    memangla x sempat saudara, dah banyak benar yang nak dikaji..hihi..anyway congrats 4phd tu hehe

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra