Ahad, 27 Januari 2013

Big Bad Wolf kembali lagi... Dengan Harga Buku Serendah RM5

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Big Bad Wolf akan kembali lagi pada bulan Februari ini... Pastinya ia merupakan satu berita gembira  buat peminat-peminat buku di Malaysia.. Dan juga merupakan berita gembira kepada mereka yang tidak berpeluang untuk menghadiri Big Bad Wolf yang diadakan pada bulan Disember 2012 yang lalu...

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui, apa yang menarik tentang Big Bad Wolf? Saya menjemput anda untuk membaca dua entri terdahulu di blog Coretan Anuar:



Kenangan berada di Pesta Buku Terbesar di Malaysia 2012 masih lagi sedar dalam ingatan..  Kebanyakan daripada buku-buku yang telah dibeli pada ketika itu pun masih belum sempat di baca lagi... Kini dah nak diadakan Big Bad Wolf yang baru...Bakal menemui anda pada 28 Februari - 4 Mac 2013...

Sumber : (klik Di Sini)



Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, harga buku pada kali ini dijual pada harga serendah RM5! Buku-buku tersebut boleh dibeli dengan menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia..

Jadi, sekiranya anda mempunyai Baucer buku 1 Malaysia atau kad siswa, mungkin ini merupakan salah satu peluang terbaik anda untuk membeli buku-buku pada harga yang sangat berpatutan... 

Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.. 

P/s: Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan bahan bacaan percuma, saya syorkan anda klik di sini dan juga di sini..

3 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra