Ahad, 9 Disember 2012

Pengalaman Memborong Buku Dengan Harga Diskaun sehingga 95%

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada Hari Jumaat (7 Dis 2012) baru-baru ini, kami bertolak ke Seri Kembangan seawal pagi sempena hari pertama Pembukaan Pesta Buku Terbesar Di Malaysia... yang diberi nama Big Bad Wolf Book Sale

Kami bercadang untuk sampai ke Mines Convention Centre seawal pagi... Tapi setelah dipertimbangkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan seperti lambat bersiap, sesat, jalan sesak.. Akhirnya kami berjaya tiba ke destinasi yang dituju pada jam 11.30 pagi... huhuhu..

Suasana Meriah di Big Bad Wolf Book Sale


Masa tu, ramai betul orang yang datang ke Pesta Buku Ini ...Menurut kawan saya yang dah sampai seawal jam 7.30 pagi.. Pada jam 7.30 pagi pun dah ramai orang...  Parking dah penuh sejak dari awal pagi lagi.. Tak sangka pula semua orang serbu pada hari pertama pesta buku ini diadakan..


Macam-macam buku ada.. Sampai tak larat nak tengok satu persatu..


Buku Pertama yang saya 'sambar' berharga RM8.00..

Harga Asal buku "Why We Want You To Be Rich" setebal 338 m/s ini ialah $24.95 US.. Convert duit Malaysia lebih kurang RM75.00.. Buku ini dijual pada harga RM8.00 sahaja (diskaun hampir 90%).. Dapat buku pada harga murah macam ni, takkan nak tengok sahaja.. Betul tak? 


Semua orang tekun memilih buku...

Daripada sekecil-kecil buku sehingga sebesar-besar buku pada harga yang sangat murah..

Keadaan Penuh Sesak..

Sepanjang kami berada di Pesta Buku ini... ada sahaja makluman dari corong Speaker yang memberitahu "sila dapatkan anak anda" yang bernama sekian-sekian di sini.. Nasib baiklah kami tak bawa Adam dan Haikal bersama... kalau tak mungkin kami mengalami nasib yang serupa dengan ibu bapa yang kehilangan anak dalam dewan ini..

Buku Titanic pun ada.. Maaf sebab gambar tak Fokus pada buku Titanic..


Beratur Panjang.. Menunggu Q untuk membayar...

Semasa nak bayar, lagilah seksa.. Terpaksa beratur panjang... Hampir sejam  terpaksa menunggu sehingga tiba giliran kami... Sehingga terlepas solat Jumaat.. Nasib baiklah saya musafir pada ketika itu..

Terus sabar menanti giliran tiba..

Sambil beratur, sempat lagi membelek buku-buku berhampiran..

Saya perhatikan gelagat orang-orang yang sedang beratur.. Sambil beratur ada yang memanfaatkan masa tersebut untuk membaca buku... Ramai pula yang memanfaatkan masa tersebut untuk membelek buku-buku yang berada di sekitar mereka... Ada diantaranya, sambil beratur, sambil menambah bilangan buku yang hendak dibayar.. Ada sahaja buku yang menarik minat mereka... Lagi lama beratur, lagi banyak buku yang bertambah... ;)

Inilah hasil yang berjaya kami bawa pulang... 

Sebenarnya inilah pengalaman pertama saya dan isteri pergi ke pameran buku sebesar ini.. Masa mula-mula pergi tu ingat nak beli paling maksimum pun dalam 10 buah buku sahaja... Jadi kami tak buat sebarang persediaan seperti beg atau troli untuk membawa buku...

Tapi bila dah tengok harga-harga buku ini kebanyakannya dijual pada harga diskaun yang sukar dipercayai... Daripada sasaran membeli 10 buah buku, bertukar menjadi lebih daripada 40 buah buku... Tersasar jauh daripada sasaran.. ;)

Berikut merupakan antara buku-buku yang telah kami beli:


 Dijual pada harga RM8.00, Harga sebenar $9.95 US (Diskaun 65%)


Dijual pada harga RM25.00, Harga Amazon $10.53 US (belum termasuk kos penghantaran)



Dijual pada harga RM8.00 (Buku + CD), Harga sebenar tidak diketahui..


Dijual pada harga RM10.00, Harga sebenar $19.95 US (Diskaun 85%)


Dijual pada harga RM12.00, Harga sebenar $34.08 US (Diskaun 88%)


Dijual pada harga RM10.00, Harga sebenar $17.99 US (Diskaun 80%)



Dijual pada harga RM10.00, Harga sebenar $22.99 US (Diskaun 85%)


Dijual pada harga RM10.00, Harga sebenar $19.95 US (Diskaun 85%)


Dijual pada harga RM25.00, Harga sebenar $18.00 US (Diskaun 50%)

Betapa seronoknya isteri saya kerana dapat membeli buku-buku yang beliau cari selama ini.. Dapat beli pada harga diskaun yang tak masuk akal pula tu... 

Untuk makluman anda, isteri saya ada mengambil tempahan untuk membuat Hand Made Card.. Untuk maklumat lanjut, boleh klik pada senarai url berikut:

Berminat Menjadi Usahawan part Time? (Klik Di Sini)

Dengan kehadiran buku-buku ini akan dapat memberi lebih banyak ilham kepada isteri saya untuk mempelbagaikan hasil kreativiti beliau... 

Disebabkan saya bukan seorang yang kreatif.. Jadi, saya hanya mampu memberi sokongan kepada beliau... ;)

Buku-buku lain yang saya beli lagi:


Dijual pada harga RM8.00, Harga sebenar $9.95 US (Diskaun 65%)



Dijual pada harga RM12.00, Harga sebenar $11.95 US (Diskaun 65%)

Dijual pada harga RM8.00, Harga sebenar RM22.00 (Diskaun 60%)

Dijual pada harga RM15.00, Harga sebenar tidak diketahui


Dijual pada harga RM15.00, Harga sebenar $29.95 US (Diskaun 85%)


Dijual pada harga RM10.00, Harga sebenar $12.99 US (Diskaun 75%)


Dijual pada harga RM10.00, Harga sebenar $24.95 US 


Dijual pada harga RM12.00, Harga sebenar 20.00 pound (Diskaun 90%)


Dijual pada harga RM12.00, Harga sebenar $28.95 US 


Dijual pada harga RM18.00, Harga sebenar 12.00 Pound (Diskaun 50%)


Dijual pada harga RM10.00, Harga sebenar $24.99 US 


Dijual pada harga RM10.00, Harga sebenar 10.99 Pound 



Dijual pada harga RM8.00, Harga sebenar $12.99 US 


Dijual pada harga RM10.00, Harga sebenar 6.99 Pound (Diskaun 80%)


Dijual pada harga RM8.00, Harga sebenar $15.00 US 


Dijual pada harga RM10.00, Harga sebenar $11.95 US 

Setakat ini sahaja sebahagian buku yang telah saya beli.. Nak publish semua sekali dah tak larat dah... huhuhu..... 

Tentu anda juga berasa letih melihat senarai-senarai buku yang telah saya publishkan di sini... Tapi letih lagi kami di sini yang terpaksa pergi ke satu demi satu tempat untuk memilih buku.. Semasa nak membayar, Beratur punyalah panjang...


Dah hampir sampai ke kaunter pembayaran... Yes!!

Sempat lagi Tangkap gambar ke belakang... 

Tentu mereka juga mempunyai harapan yang sama seperti saya.. Ingin segera sampai ke kaunter pembayaran... Sabar yer.. Tempat di mana kita bermula tidak penting.. yang pentimg, tempat di mana kita berakhir...  ;)

Fuh... Lega betul, bila berjaya keluar daripada Dewan Pameran Buku Big Bad Wolf Book Sale.. Seronok dan berpuas hati.. tapi letih sangat-sangat...

Mujur dekat luar dewan ada sesuatu yang menarik... Ambil gambar sekejap...

Lamborghini Wolf 1... Kereta ini di Pamerkan di pintu masuk Big Bad Wolf Book Sale

Possing dulu.. Walaupun keletihan... ;)
Bukan senang nak tangkap gambar dengan Lamborghini..

Pada Bahagian hadapan lamborghini siap ada sticker Big Bad Wolf Book Sale

Semasa nak balik lagilah tak best... Jalan sesak memanjang... Kami keluar daripada Big Bad Wolf Book Sale lebih kurang jam 3.30 petang, disebabkan ada urusan lain selepas itu..

Betapa sesaknya jalan ini... Kena sabar menunggu..

Oklah... itu sahaja pengalaman yang sapat saya kongsikan sepanjang berada di pesta buku terbesar untuk tahun ini yang diberi nama Big Bad Wolf Book Sale..

Bagi anda yang masih belum berkesempatan mengunjungi pesta buku ini, jemputlah datang... Tempoh pesta buku ini masih lama lagi... 


Pesta buku ini akan berlangsung selama 2 minggu... Orang ramai masih mempunyai masa untuk mengunjungi pesta buku ini Sehingga 23 Disember 2012...

Rancanglah masa terbaik sebelum anda datang ke pesta buku ini... Untuk makluman anda, pesta ini diadakan selama 3 hari tanpa henti bermula pada jam 6.30 pagi (7 Dis) sehingga 9.30 pm (9 Dis)... 63 jam tanpa henti... ;)

P/s: Pelaburan ke atas ilmu merupakan pelaburan paling menguntungkan sepanjang zaman.. (klik di sini)

7 ulasan:

  1. Bestnya.....Nasib baik jauh, kalau tak dah lama sampai...

    BalasPadam
  2. bru je gi mlm smlm..pkul 1 pon org rmai giler lg..tp nak byr nsib baik cpt, line xpnjg sgt..

    BalasPadam
  3. perghhh...banyak borong tu bro!!

    - www.FaridAdam.com -

    BalasPadam
  4. Bestnya ^_^ Kalau dekat, dah lama Wilma serang ^_^

    BalasPadam
  5. diskaun giler2lah, tak jauh dr rumah ni, insyaAllah boleh sampai nanti.

    BalasPadam
  6. pehh..banyak gila buku. berapa ratus habis ni.

    BalasPadam
  7. semoga kita dapat gi bersama2 tahun depan...kalau pergi dengan kawan yang minat dengan buku excited sikit...kalau gi dengan husband, dia ajak balik cepat..huhu

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra