Ahad, 9 Disember 2012

Jalan-jalan Cari Makanan di Restoran D' Dapur Ibuku, Alor Star Kedah

Baru-baru ini semasa pergi menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabat, saya sempat meneruskan aktiviti jalan-jalan cari makanan di Restoran D' Dapur Ibuku yang terletak Di Alor Star Kedah..

Pintu masuk ke Restoran D' Dapur Ibuku mampu menarik perhatian pelancong seperti kami.. ;)


Restoran D' Dapur Ibuku... sangat lazat, Sangat Mendamaikan..  

Saya dan isteri tak pandai pun nak cari tempat makan menarik dekat kawasan Alor Star ni.. Setelah puas meronda satu bandar Alor Star, secara tak sengaja terjumpa Restoran ini yang terletak satu jalan dengan Hotel tempat penginapan kami.. 

Untuk makluman anda, Restoran ini terletak di Jalan Kampung Perak.. bersebelahan dengan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah Darul Aman. 

Hasil maklumat yang berjaya saya perolehi.. Restoran ini dibuka pada 28 Jun 2012. Merupakan restoran cawangan kedua yang dimiliki oleh Ku Rauzhan..  

Restoran induknya terletak di Taman Sentua, Kangar. Dan cawangan ketiganya berdekatan Politeknik Syed Sirajuddin, Pauh, Perlis.


Restoran D' Dapur Ibuku menyediakan masakan melayu, masakan ala siam, makanan laut, "western" dan keistimewaannya ialah Nasi Goreng D’ Dapur Ibuku. 

Semasa kami makan di sini, terdapat beberapa menu yang menarik perhatian kami... Bila dah menarik apa lagi... Terus order.. Berikut antara menu-menu yang menjadi hidangan kami pada malam tersebut:

Kerabu mangga

Tomyam Udang..

Ayam Goreng Kunyit untuk Adam dan Haikal... 

Kailan Ikan Masin... 

Ikan Siakap Sweet Sour..

Kesemua hidangan yang disajikan memenuhi citarasa kami... Semuanya sedap-sedap belaka.. Saya isteri dan anak-anak kekenyangan menikmati hidangan yang disajikan... 

Selain daripada makanan yang enak... Restoran ini turut menyediakan suasana persekitaran yang selesa, cantik dan bercirikan tradisional Melayu. 


Pengunjung boleh memilih untuk makan secara bersila atau makan dimeja biasa. Ruang VIP (berhawa dingin) juga tersedia dan mampu memuatkan sehigga 100 orang. Ianya dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 pagi.


Nak makan duduk Bersila pun Boleh..

Restoran ini kelihatan Unik.. penuh dengan ciri-ciri Tradisional..

Restoran ini seumpama sebuah rumah kampung, pada zaman dahulu..

Walaupun mempunyai kerusi dan meja moden.. Tetapi hiasan persekitarannya tetap mengekalkan corak tradisional.. 


Betapa girangya hati Haikal berada di Restoran ini..

Di satu sudut Restoran D' Dapur Ibuku, terdapat sebuah beca..

Tempat bersantai untuk 'kaki bola'..

Jom terjah di tingkat atas pula...

Tempat bersila, Dinding diperbuat daripada buluh  

Terdapat hiasan tradisional memenuhi dinding kawasan ini.. 

Suasana Kampung sebenar...




Sinki yang Unik...

Saya suka View ini... Seakan berada di rumah kampung nelayan..

Makan dalam suasana kampung... Pastinya dapat memberi ketenangan kepada orang kampung seperti saya... ;)

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Restoran D' Dapur Ibuku.. Anda boleh mengemukakan sebarang pertanyaan dan membuat tempahan dengan menghubungi :- 

012-449 1651 (Puan Zurina/En. Fadali Shah)

6 ulasan:

  1. macam nak pegi...tapi...kat alor setar ye?? huhu

    - www.FaridAdam.com -

    BalasPadam
  2. wahh, ayam goreng kunyit. saya suka tu!

    BalasPadam
  3. cantik & besarnye restoran ni...makanan pun cam sedap sangaat je nampak..haiishh

    BalasPadam
  4. X sedap lgsg....maafla terpaksa cakap....

    BalasPadam
  5. pada saya biasa2 saja dan harganya pun agak mahal. tapi view restaurant mmg menarik.

    BalasPadam