Khamis, 27 Disember 2012

Hobi Terbaru Isteri Saya... Cantik Tak? (Bah. 9)

with 6 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Huh... Dah lama saya tak bercerita tentang perkembangan Hobi Terbari Isteri saya.. yang suka menghasilkan kad ucapan kreatif (Hand Made Card)..

Maklumlah kami agak sibuk pada minggu lepas untuk menyiapkan dokumen bagi memohon kenaikan pangkat....  Dapat ke tak dapat terpulanglah... Yang penting kami dah mencuba... Sekarang ni kami berserah ketentuan takdir... Seandainya Panel yang akan mevalidasi kami nanti, sudi bagi markah tinggi.... ada peluanglah kami naik pangkat... Doakan kejayaan kami ya... ;)


Sebelum isteri saya mula sibuk, beliau sempat menyiapkan beberapa keping kad... Tetapi dari sehari ke sehari, tak berkesempatan nak publish kad-kad tersebut di blog ini.. Syukur Alhamdulillah... Nasib baiklah hari ni saya cuti... Sewaktu anak-anak sedang tidur ni, sempatlah saya mencuri sedikit masa untuk berblog... 

Setiap kali isteri saya menerima tempahan, ada sahaja design yang telah beliau hasilkan.. Semuanya bergantung kepada citarasa pelanggan beliau... 

Jadi pada entri kali ini, saya ingin berkongsikan gambar beberapa keping kad yang sempat beliau siapkan sebelum kesibukan melanda..

Kad Pertama.. Cantik tak? Apa pendapat anda?




Kad Kedua pada Bahagian Dalam Dan Luar.. Cantik tak? Apa pendapat anda?

Kad Ketiga.. Cantik tak? Apa pendapat anda?

Kad Keempat.. Cantik tak? Apa pendapat anda?



Kad Kelima pada Bahagian Dalam Dan Luar.. Cantik tak? Apa pendapat anda?

Selain kad, isteri saya juga cuba mempelbagaikan kreativiti beliau... Hiasan dinding... Untuk Adam, anak kedua kami...

Cantik tak? Apa Pendapat Anda?

Dan yang terbaru, Frame tanda cinta ikatan Suami Isteri yang agak besar... Dalam Frame tersebut mengandungi tiga perkataan sahaja iaitu F&R... Disebabkan ini kali pertama isteri saya menerima tempahan yang agak unik, untuk bakal pengantin baru.. Jadi beliau telah cuba menghasilkan design yang terbaik...

Kali pertama mencuba, beliau merasakan design tersebut kurang menarik... Kali kedua mencuba, inilah hasilnya... Huruf F yang telah berjaya dihasilkan dengan menggunakan teknik Quilling....

Cantik tak? Apa Pendapat Anda?

Design sepenuhnya belum siap lagi... Sekiranya siap nanti, Insya Allah hasilnya akan saya paparkan di blog ini...

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan kad Ucapan (Hand made Card) daripada isteri saya, anda boleh menghantar email kepada saya untuk memberikan beberapa maklumat seperti berikut :
  • design yang anda mahukan (Bentuk bunga, Material, warna dan sebagainya)
  • Tulisan yang ingin anda letakkan pada kulit hadapan dan belakang kad
  • Isi kandungan tulisan pada bahagian dalam kad
  • Tarikh kad tersebut akan diberikan kepada penerima
  • dan maklumat tambahan lain yang ingin diletakkan pada kad tersebut

Emailkan butiran maklumat tersebut kepada saya menerusi alamat email nuargto@gmail.com

Harga kad boleh dirunding.. harga bergantung kepada design dan jenis material kad yang digunakan.. 

6 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra