Rabu, 11 Julai 2012

Promosi Tiket Raya Air Asia..

with 9 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tahun ni merupakan tahun ke dua saya dan keluarga balik beraya tanpa perlu membeli tiket kapal terbang..



Pada 5 tahun sebelum ni, waktu macam sekarang ni merupakan waktu yang paling genting untuk membeli tiket kapal terbang.. Kalau Lambat beli tiket, tak balik kampunglah jawapnya.. Terpaksalah beraya di Mukah Sarawak..  

Boleh dikatakan dalam tempoh 3-4 bulan sebelum hari raya, masing-masing sibuk melayari laman Web MAS atau  Air Asia  untuk cek kalau-kalau ada tiket murah untuk balik raya.. hehehe.. 


Tapi sekarang ni semuanya hanya tinggal kenangan.. 

Syukur Alhamdulillah.. Sekarang ni dah tak perlu pening kepala nak fikirkan urusan pembelian tiket kapal terbang lagi.. ;)

Bila nak balik raya, tinggal 'start' enjin kereta dan pandu.. Dalam masa sejam atau 2 jam dah boleh sampai ke rumah orang tua... 

Cuma tinggal nak pilih jer, samada nak balik Kampung Gajah atau Pusing.. 

P/S: Kadang tu terasa rindu juga nak naik 'belon' sambil menikmati keindahan 'bunga-bunga penyeri belon'.. ;)

9 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tempat jatuh lagikan dikenang.. Inikan pula tempat bermain dan tempat saya membina keluarga.. ;)

      Padam
  2. mesti pengalaman yg tak boleh dilupakan, bersusah2 dahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Terdapat sebahagian daripada pengalaman bersusah-susah dahulu samasa di Mukah ada saya kongsikan di blog ini..;)

      Padam
  3. Kenangan yg tak dpt dilupakan,ada hikmah disebaliknya

    BalasPadam
  4. selain balik kampung..kene layan gak bunga2 penyeri belon..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu dah semestinya.. Biasalah, orang lelaki.. Isteri saya tak pernah marah, sebab dia tahu saya ni taklah senakal mana.. ;)

      Padam
  5. Teringin pula nak balik penang naik kapal terbang okey ke erk ? Tp saya belajar di melaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pro Hafiz, Boleh jer kalau nak naik kapal terbang dari LCCT ke Lapangan Terbang Bayan Lepas..

      Saya pernah menaiki penerbangan ini, Tapi naik MAS lah.. tak lama pun.. Sekejap sahaja dah sampai..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra