Jumaat, 8 Jun 2012

Kalaulah Zarul Umbrella tahu tentang kisah silamku...

with 12 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang ni tengah musim Durian.. Kebetulan pula time cuti sekolah.. Tentu seronok bagi mereka yang ada dusun durian pada masa ini.. Terutamanya pemilik-pemilik dusun yang dah bercucu.. Masa ni lah boleh ajak anak cucu ke dusun durian.. Duduk dekat "Dangau" menanti buah durian luruh.. Anak cucu tentu seronok dapat merasai sendiri feel "mengupas" buah durian di dusun.. Dan makan buah durian fresh.. Terbaik dari ladang dusun..




Ala macam cerita Upin-Ipin The Movie tulah..  Bagi orang bandar yang pernah merasai pengalaman ini.. pasti mereka teringin nak merasa.. Masa nilah nak mencari "sedara mara" yang ada pokok durian.. memang best pengalaman ini.. kalau korang tak percaya.. cubalah tanya dengan rakan-rakan anda yang pernah merasai pengalaman ini...



Bila sebut cerita pasal durian ini.. Teringat satu kisah yang mungkin tidak akan dapat saya lupakan seumur hidup... Cerita ini melibatkan buah durian siam, dan juga gambar buah durian seperti di bawah...

Kalaulah Zarul Umbrella tahu kisah silam saya ini, ... naik segan saya dibuatnya.. rasa bersalah pun ada dengan beliau yang kebetulan bekerja dengan syarikat penerbangan.. Tapi masa kejadian tu berlaku, saya belum berkenalan dengan  Zarul Umbrella   ..dan juga tiada mana-mana kenalan yang bekerja dengan syarikat penerbangan ni.. 

Sekiranya   Zarul Umbrella    atau sesiapa sahaja yang bekerja dengan syarikat penerbangan ada terbaca artikel ini.. Saya memohon ampun dan maaf yer.. Di atas kesalahan yang sengaja saya lakukan.. ;)

Kejadian ini berlaku pada tahun 2010.. Masa tu saya pergi menghadiri satu mesyuarat di Kelantan.. Sebelum balik ke Sarawak saya sempat berjalan-jalan dengan rakan saya ke Wakaf Che Yeh.. Di Wakaf Che Yeh saya terjumpa dengan seorang perempuan yang menjual buah durian Siam.. Buah kegemaran isteri saya tu...

Pada masa tu, tiba-tiba terlintas di hati saya, untuk membeli buah durian tersebut dan membawanya balik ke Sarawak.. Tentu gembira isteri saya bila dapat makan kegemaran beliau ni..


Tapi bukannya senang nak bawa durian naik kapal terbang.. Hanya orang-orang yang berhati kering sahaja yang berjaya membawanya.. Saya berjaya membawa durian ini sampai ke Mukah selepas melalui pelbagai rintangan.. Kalau nak tahu cerita dengan lebih lanjut tentang  rintangan yang telah saya hadapi, anda boleh klik pada link yang terdapat di bawah ini:



Inilah kesudahannya rupa durian siam yang berjaya saya bawa ke Mukah Sarawak.. Dah tak rupa durian.. Dah jadi macam tempoyak..


Bila teringat balik pengalaman ini.. Saya rasa nak tergelak sorang-sorang.. Terasa seperti buat kerja yang sia-sia sahaja.. Punyalah bersusah payah saya bawa durian siam dari Kelantan ke Mukah, Sarawak.. Kesudahannya isteri saya tak dapat pun nak makan durian tersebut.. ;)


Kesian dekat beliau.. Dahla masa tu dekat Mukah susah nak dapat buah durian.. kalau ada pun harganya bukan main mahal lagi..


Kalaulah Zarul Umbrella tahu tentang kisah silamku... yang pernah membawa durian menaiki kapal terbang... Saya mohon maaf banyak-banyak yer.. Kan dah terkantoi.. ;)


Lebih baik saya mengaku awal-awal sebelum artikel-artikel di blog ini kena selongkar.. sebagaimana saya sedang menyelongkar blog brother ni..


Ps: Perkara yang baik jadikan teladan, perkara yang buruk jadikan sempadan.. Jangan sesekali meniru aksi ini tanpa pengawasan daripada mereka yang benar-benar mahir.. ;)

12 ulasan:

  1. bro punya durian dah jadi tempoyak segera...heee
    berubah rezeki, tapi masih boleh jadi betul2 tempoyak.

    BalasPadam
  2. Haah.. jadi tempoyak segera.. Kesan bahang dalam pesawat .. dan perjalanan yang jauh..

    BalasPadam
  3. Susah juga bawa durian dalam kapal terbang.. walaupun berjaya tapi akan jadi tempoyak segera juga :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berdasarkan pengalaman saya..kalau nak bawa juga durian dalam kapal terbang (walau pun saya tidak menggalakkannya kerana ia merupakan satu kesalahan)..

      saya syorkan beli tupperware yang brand tupperware..(macam mana ayat saya ni)

      Seperti yang kita sedia maklum brand tupperware ni tebal.. dan kemungkinan besar, bau durian tak dapat keluar daripada tupperware..

      Dan pastikan size tupperware tu muat-muat jer untuk mengisi durian.. jangan terlalu besar sehingga banyak ruang kosong yang ditinggalkan.. Kalau banyak ruang kosong akan mengakibatkan buah durian dalam tuperware tu berlaga sesama sendiri sehingga "hancur".. Nanti jadi tempoyak segera..

      Padam
  4. durian dah jadi sambaltempoyak tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi sambal tempoyak ni tak best.. Durian siam banyak "gas"

      Padam
  5. Balasan
    1. Sampai rumah layan tempoyak.. Tapi tempoyak durian siam tak sebest tempoyak durian kampung.. Tempoyak durian siam ni banyak gas..

      Padam
  6. he3..mmg akan jadi cair bro..panas tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah.. dekat tempat letak bagasi tu memang panas.. Sebab tu habis cair semua durian saya.. hehehe..

      Padam
  7. aik mcmana boleh jadi macam tempoyak? awak sengaja kopek kulitnya ker?

    BalasPadam
  8. dah mcm seludup dadah lah pulak... hakahkahka.. tapi beli ikan terubuk masin kat sarawak bawak balik semenangjung boleh pulak... hahahahah berkoyan-koyan aku beli... bongoks pon ada pergi sarawak semata2 nak beli ikan terubuk masin ekekeke pengalaman...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra