Ahad, 25 Julai 2010

Mukah-Sibu-KL-Kota Bharu Bahagian 3 (Akhir)

with 0 Comment

Bertemu lagi di Bahagian 3 bagi tajuk Mukah-Sibu-KL-Kota Bharu...

Pada malam tersebut setelah mengambil bagasi, saya terus mencari beg plastik dan masking tape.. Saya membuat tambahan lagi balutan dengan satu lapisan baju, kemudian di bungkus dalam beg plastik dan digamkan dengan masking tape.. Tidak cukup denga itu saya tambahkan balutan dengan surat khabar dan beg plastik lagi, dengan harapan supaya dapat menghilangkan bau durian tersebut.. Selepas selesai membalut saya cuba menyusun semua barang termasuk tupperware berisi durian tadi ke dalam tupperware besar.. Alhamdulillah rasa lega malam tersebut setelah dibalut saya mendapati tiada lagi bau durian..

Keesokan paginya seawal 5.15 pagi, saya pergi ke ruang legar daftar masuk untuk membalut keseluruhan tupperware besar tersebut..Alhamdulillah mujur kaunter membalut tersebut telahpun di buka. Semasa proses membalut dilakukan, pekerja di kaunter tersebut dapat mengesan bau durian. Pekerja tersebut memaklumkan kepada saya supaya mengeluarkan durian tersebut sebelum tupperware besar itu dibalut. Ini dikhuatiri tupperware tersebut tidak dibenarkan di bawa masuk semasa di kaunter pengimbas nanti.

Saya maklumkan kepada pekerja tersebut supaya meneruskan sahaja membalut tupperware besar tersebut. Dan sekiranya saya tidak berjaya membawa tupperware tersebut ke Sibu saya terpaksa redha dengan mengaggap ianya bukan rezseki saya. Ini disebabkan saya sudah kehabisan idea untuk menangani bau durian tersebut.

Seterusnya masa yang begitu mendebarkan adalah semasa tupperware tesebut di imbas sebelum memasuki kaunter daftar masuk. Pegawai yang mengimbas tupperware besar tersebut ada bertanyakan kepada saya apa benda yang terkandung dalam tupperware besar ini. Saya maklumkan bahawa dalam tupperware besar tersebut terdapat makanan dari Kelantan seperti keropok Lekor, Keropok Kering, Gula Kabung dan lain-lain.. Pegawai tersebut bertanyakan kepada saya samada saya ada membawa sebarang buah di dalam tupperware besar tersebut?

Jadi sekali lagi saya terpaksa (bohong sunat) dengan menafikan terdapat buah dalam tupperware besar tersebut.. Syukur Alhamdulillah, pegawai tersebut percaya dengan kata-kata saya.. Akhirnya matlamat saya untuk membawa Durian Siam yang di beli di Kota Bharu ke Mukah berjaya di capai..

Penerbangan dari LCCT ke Sibu pada jam 6.55 pagi dan sampai ke Sibu pada jam 9.00 pagi.. Apabila sampai di Sibu saya mengambil keputusan untuk menaiki bas untuk perjalanan seterusnya dari Sibu ke Mukah (selalunya naik bot).. Ini disebabkan pada kali ini saya ingin merasai kembali pengalaman menaiki bas yang kali terakhir saya merasainya kira-kira dua tahun yang lepas.

Perjalanan menaiki Bas dari Sibu ke Mukah yang berjaya saya perolehi adalah pada pukul 12.30 tengahari.. Jadi  saya andaikan dapat sampai ke Mukah pada jam 4.30 petang..




Inilah bas yang membawa saya ke Mukah.. Hehehe.. walaupun tak semantap bas di semenanjung, tapi bas Lanang merupakan pengangkutan yang mempunyai jadual perjalanan dari Sibu ke Mukah secara dua hala paling kerap. Terdapat juga bas lain, tetapi masa perjalannya tidak sekerap bas lanang dan masa perjalanan bas lain juga biasanya tidak bersesuaian dengan masa yang kita inginkan..

Perjalanan pada kali ini agak mencabar. Ini disebabkan Jalan diantara Simpang Balingian ke Simpang Selangau semakin teruk. Anda boleh melihat keadaan-keadaan jalan yang sempat saya tangkap dengan kamera digital. 







Inilah keadaan jalan yang saya lalui dari Sibu ke Mukah.. Keadaan jalan menjadi semakin teruk disebabkan hujan.. Terdapat kereta yang tersangkut di jalan berlumpur.. Tapi syukur Alhamdulillah akhirnya sampai juga saya ke Mukah kira-kira jam 5.30 petang.. Walaupun lewat satu jam dari masa yang saya anggarkan untuk sampai ke Mukah, tetapi itu semua tidak penting.. Yang penting saya selamat sampai...

Apa dah jadi agaknya Durian yang saya bawa dari Kota Bharu???


Hehehe.. Inilah rupa Durian yang saya bawa dari Kota Bharu.. Dah tak jadi Durian, dah masam.. Nampaknya dah jadi Tempoyaklah.. hehehe.. Pesanan saya kepada semua pembaca. Sekiranya anda hendak mengikuti jejak saya membawa durian dalam penerbangan, saya syorkan anda tidak membawa durian siam. Sebaliknya bawa durian kampung. Durian siam mengeluarkan bau yang lebih kuat daripada durian kampung.. Dan baunya akan menjadi semakin kuat dari semasa ke semasa.. Kesian isteri saya kempunan nak makan durian siam.. Mujur jugaklah saya ada bawa makanan lain iaitu Mertabak Kota Bharu..



Murtabak ini besar dan berharga RM12 seketul. Berbaloi beli, rasanya pun sedap.. Tapi saya dapat percuma sahaja Murtabak ini. Ianya merupakan buah tangan yang diberikan secara percuma oleh Urusetia bersama Mesyuarat Lembaga pada kali ini iaitu Politeknik Kota Bharu..

Inilah perkongsian pengalaman pertama saya menjejakkan kaki ke Kota Bharu disamping menempuhi perjalanan yang mencabar dari mukah ke Kota Bharu.. Jangan lupa untuk mengikuti Post yang seterusnya iaitu perjalanan kami sekeluarga dari Mukah ke Sibu untuk menguruskan permit kerja pembantu rumah kami..

Sekian dahulu untuk kali ini.. Jumpa lagi di lain waktu...



0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra