Isnin, 18 Jun 2012

Hadiah Sempena Hari Bapa

with 13 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kepada bapa-bapa yang sudi membaca blog Coretan Anuar.. Sempena hari bapa ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa.. Semoga anda berjaya menjadi seorang bapa yang terbaik untuk anak-anak anda.. ;)

Semoga anda dapat menjadi seorang bapa yang soleh.. Mampu menjadi seorang  nakhoda yang berjaya membawa penumpangnya mengharungi badai dan rintangan kehidupan.. Sehingga sampai ke destinasi yang dituju.. Insya Allah.. ;)


Fathers Day Card


Memang tidak dapat dinafikan tugas, peranan dan tanggungjawab seorang bapa adalah besar.. Sebagai ketua keluarga, kita kena memastikan urusan keluarga semuanya dapat berjalan dengan lancar..

Bagi suami isteri yang bekerja, kita wajib membantu isteri kita semasa di rumah.. Kalau tak dapat nak tolong banyak dapat tolong sikit pun jadilah.. Sekurang-kurangnya dapat meringankan kerja isteri semasa di rumah.. 

Kata orang kalau kita tak pandai nak memasak lauk dan sayur-sayuran semasa berada di dapur.. Dapat tolong isteri masak nasi atau "tenggek" air pun jadilah.. kalau pandai memasak, itu lagi baik.. ianya merupakan satu bonus untuk isteri tercinta..

Kalau tak pandai mengemas rumah, atau melipat kain.. Dapat tolong isteri membasuh, menyidai pakaian dan memandikan anak-anak pun jadilah..

Sempena hari bapa ni saya dapat hadiah kad hari bapa 3 dalam 1 daripada Haikal... Hari Ibu + Hari Ayah + Hari Guru.. 

Terima kasih buat anak sulungku Haikal.. Atas hadiah tersebut yang diberikan kepada saya dan isteri sempena hari guru sekaligus Hari Ibu + Hari bapa..  





Walaupun hadiah yang saya terima mungkin tidaklah sehebat hadiah yang anda terima... Tetapi saya rasa sangat bersyukur.. Disebabkan itu merupakan hasil tulisan tangan anak saya.. 

Tak sangka, anak saya dah pandai menulis.. Walaupun tulisan anak saya yang baru berumur 5 tahun ini tidaklah secantik tulisan saya..  ;)

Sempena hari bapa ni.. sebenarnya ada juga perancangan nak bagi hadiah kepada para pengunjung blog saya.. Nak bagi hadiah yang besar-besar buat masa ini mungkin saya masih belum mampu.. maklumlah kerja kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang..

Tapi kalau setakat nak menghadiahkan sedikit ilmu, saya rasa tak menjadi masalah.. Lagipun ilmu yang dikongsikan di blog ini sentiasa diberikan PERCUMA kepada para pembaca yang sudi untuk membaca..

Jadi sempena hari bapa ini saya menghadiahkan 2 buah ebook hasil tulisan saya.. Anda boleh memuat turun 2 ebook tersebut, dengan klik pada gambar atau tulisan di bawah..







Semoga dengan sedikit ilmu yang saya kongsikan dalam dua buah ebook ini dapat memberi manfaat kepada anda.. Seterusnya diharapkan anda dapat menggunakan ilmu tersebut untuk membentuk sebuah kehidupan yang lebih baik pada  masa akan datang.. Insya Allah..



13 ulasan:

  1. assalamualaikum anuar...selamat hari bapa moga menjadi seorang bapa yg baik...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. Terima kasih Masrull.. Insya Allah.. Amin..

      Padam
  2. Selamat Hari Bapa - saya dapat juga kad ucapan buatan sendiri dari anak sulong :) t.kasih ebook tu..nanti saya download,tenet slow sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari bapa untuk awak juga.. Semoga ebook ini dapat memberi manfaat kepada anda sekeluarga..

      Padam
  3. semoga tak terlewat mengucapkan selamat hari bapa dan terima kasih berkongsi ebook

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan Denaihati.. Diharap tuan sudi menerima hadiah daripada saya ini.. ;)

      Padam
  4. Selamat hari bapa jugak dari saya tapi sayang saya tak sempat merasai kasih sayang bapa bila dia kembali kerahmatullah sejak saya berusia 2 tahun. Bersyukurlah andainya anda masih ada bapa, sayangilah dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya bersimpati dengan nasib awak.. Tapi janganlah awak sesekali meratapi pemergiannya.. Sebaliknya marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan arwah semasa berada "disana"..

      Semoga Arwah ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.. Berkat daripada doa anak yang solehah seperti awak.. Amin..

      Terima kasih di atas ingatan tersebut.. Insya Allah saya akan menyayangi dan menghargai bapa saya selagi hayat di kandung badan...

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra