Sabtu, 16 Jun 2012

RM41,500 untuk dimenangi di Kasugi "Team Chess Championship 2012"

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Di sini ada berita baik untuk anda yang meminati permainan catur.. Satu pertandingan Catur secara berkumpulan terbesar di Malaysia akan diadakan Cititel Express Kuala Lumpur pada 14-15 Julai 2012.. 

Pertandingan ini diberi nama KASUGI TEAM CHESS CHAMPIONSHIP 2012.. Terdapat dua kategori utama yang dipertandingkan pada kejohanan ini iaitu KASUGI OPEN dan KASUGI JUNIOR CHAMPIONSHIP..



Penyertaan dalam KaSUGI Team Chess Championship adalah terbuka kepada semua. Setiap pasukan terdiri daripada 4 orang pemain sahaja.. Purata jumlah rating pemain bagi setiap pasukan tidak lebih daripada 2100.

Purata rating dikira berdasarkan FIDE Rating dan Nasional Rating bagi bulan April 2012.. Bagi pemain yang tiada Rating, nilai rating anda akan dikira sebagai 1400 (1700 bagi pemain luar negara).

Kawalan masa yang diperuntukkan untuk setiap pemain bagi kejohanan ini ialah 45 minit.. setiap pemain akan bermain sebanyak 8 pusingan.


Hadiah keseluruhan yang disediakan untuk pertandingan ini berjumlah RM41,500.. Berikut merupakan sebahagian hadiah yang disediakan untuk para pemenang bagi kategori Open..

Kategori
Pemenang
Hadiah
Terbuka
Johan
1 X RM8000 + Piala kejohanan + Medal (4)
Tempat Ke 2
1 X RM6000 + Piala kejohanan + Medal (4)
Tempat Ke 3
1 X RM4000 + Piala kejohanan + Medal (4)
Tempat Ke 4
1 X RM900
Tempat Ke 5
1 X RM800
Tempat Ke 6
1 X RM700
Tempat Ke 7
1 X RM600
Tempat Ke 8
1 X RM600
Tempat Ke 9
1 X RM500
Tempat Ke 10
1 X RM500


Best Lady
1 X RM500


Sila klik di sini untuk mengetahui keseluruhan hadiah bagi pertandingan ini yang berjumlah RM41,500..

Bagaimana?? Lumayan tak hadiah yang disediakan??

Sekiranya anda berminat untuk menyertai pertandingan ini.. Anda boleh memuat turun borang Pendaftaran dengan klik di sini.. 

Bayaran yang dikenakan untuk menyertai pertandingan ini ialah:
  • RM290.00 (sepasukan) untuk penyertaan KASUGI OPEN CHAMPIONSHIP 2012
  • RM160.00 (sepasukan) untuk penyertaan KASUGI JUNIOR CHAMPIONSHIP 2012
Nota : Harga diatas selepas diberikan Diskaun 20%

Pendaftaran dibuka sehingga 30 Jun 2012 untuk membolehkan anda menikmati diskaun sebanyak 20%.. Sekiranya anda mendaftar selepas 30 Jun 2012, anda tidak layak untuk menikmati diskaun 20% tersebut..
Pembayaran untuk mnyertai pertandingan ini, hendaklah dilakukan menerusi akaun CERDIK CATUR ENTERPRISE [5648 1000 6279) (Maybank)]..
Sekiranya bayaran telah dibuat.. Sila SMS dan emailkan imbasan slip pembayaran anda yang mengandungi maklumat yang lengkap kepada :
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pertandingan ini.. Sila klik di sini

6 ulasan:

  1. memang mantap hadiahnya, dah lama tak main chess.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak per tuan Denaihati.. Boleh kita sama2 belajar.. Sekarang ni saya tengah cari 4 orang pemain bagi cukup satu pasukan..

      Padam
  2. Assalamualaikum...memang lumayan hadiahnya,klu Tn sertai sya doakan semoga berjaya..InsyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. Hadiahnya memang lumayan...

      Terima kasih kerana mendoakan kejayaan saya.. kalau tiada sebarang kekangan, Insya Allah saya akan join pertandingan ini.. Amin..;)

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra