Jumaat, 1 Jun 2012

Abang Ensem Di Mata ku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dekat Abang Ensem sebab sudi menganjurkan contest di blog beliau yang tengah femes satu Malaysia tu.. Beruntunglah  Abang Ensem ni.. Bukan saja Ensem, tapi femes pula tu.. Tentu dah ramai rumah "awek-awek" yang sempat beliau ayat sebelum menjadi femes seperti ini..

Secara jujurnya saya belum pernah pun berjumpa dengan  Abang Ensem ni.. Walaupun beliau berasal dari Teluk Intan Perak.. Tempat beliau tidak jauh dari kampung saya di Changkat Lada, Perak dan tempat saya bertugas di Sabak Bernam, Selangor.. Daripada Kampung saya dan tempat saya bertugas, kalau hendak pergi ke teluk Intan, cuma mengambil masa dalam 40 minit perjalanan sahaja..


Tapi kata orang belum ada rezeki nak bersua muka.. Maklumlah, jodoh dan pertemuankan di tangan tuhan.. Jadi sehingga sekarang ni kami belum pernah lagi berjumpa.. Teringin juga nak pergi sesi ngeteh bersama  Abang Ensem .. Tapi setakat ini belum ada kesempatan lagi.. Maklumlah saya juga ada komitmen terhadap keluarga dan aktiviti-aktiviti tertentu pada hujung minggu..


Insya Allah.. Lain kali kalau ada masa boleh join sesi ngeteh bersama Abang Ensem.. Boleh jumpa blogger-blogger terkenal seperti  Denaihati, Zarulumbrella, Madammondoq, AriffshahJejaiDr Aslam , Eyriqazzteratakkarmo, dan lain-lain.. Boleh menuntut ilmu dalam dunia blogging daripada mereka yang pakar... ;)

Walaubagaimanapun, saya boleh berkomunikasi dengan Abang Ensem ni di alam maya  menerusi blog beliau.. Sebenarnya saya rajin jugalah berkunjung ke blog beliau untuk mencari sedikit info tentang pelaburan hartanah.. Sebabnya beliau merupakan salah seorang pelabur hartanah yang berjaya di Malaysia.. Dan beliau ada berkongsikan kisah kejayaan beliau mengayat awek menerusi beberapa ebook dan buku tentang pelaburan hartanah.. 



Rasa bangga jugalah bila dapat tahu ada orang area Teluk Intan yang berjaya dan femes macam  Abang Ensem ni.. Beliau femes bukan disebabkan menjadi seorang artis, bintang filem, ahli politik dan sebagainya.. Tapi beliau femes disebabkan kehandalan beliau mengorat "awek-awek" sehingga beliau mampu menulis ebook, blog dan mengadakan mini seminar tentang pelaburan hartanah..


Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari selok belok dalam pelaburan hartanah, anda boleh membaca ebook beliau dan menghadiri seminar yang beliau anjurkan.. Manalah tahu anda boleh berjaya mempunyai belasan buah rumah sewa "awek" seperti beliau.. Boleh masyuk juga tiap-tiap bulan.. Pendapatan Pasif tu.. Bulan-bulan boleh dapat income, dalam masa yang sama harga hartanah semakin naik..

Saya pun berminat nak belajar teknik pelaburan hartanah daripada beliau.. Setakat ini saya mempunyai sasaran untuk membeli sebuah rumah setiap 5 tahun sekali.. Dengan harapan bila berpencen nanti, saya berjaya mempunyai 6 buah rumah tanpa sebarang hutang.. Jadi masa tu bolehlah berpencen dalam keadaan selesa.. Tanpa sebarang hutang dan mempunyai aset bernilai melebihi RM1juta.. 

Dan Alhamdulillah setakat ini, proses tersebut berjalan seperti yang telah dirancang.. Saya dan isteri berjaya membeli 2 buah rumah dalam tempoh 7 tahun bekerja.. Salah satu daripada rumah tersebut kami jadikan sebagai Homestay.. 

Dan sekarang ni sedang menanti pembinaan untuk sebuah rumah lagi yang telah kami "booking"..

Tapi bila dengan cerita Abang Ensem berjaya membeli lebih daripada 10 buah rumah  "awek" sebelum berpencen.. Saya rasa berminat untuk mengetahui strategi yang beliau gunakan.. Ingat senang ke nak mengayat awek-awek ni.. hanya orang yang benar-benar ensem seperti abang ensem sahaja yang mampu melakukannya.. 

Jadi untuk berjaya, seperti Abang Ensem, saya pun kena jadi ensem jugalah.. Supaya dapat mengayat "awek-awek" yang diminati dengan jayanya..  ;)




10 ulasan:

  1. AE ni hero citer tamil tu ekks?hihihih

    BalasPadam
  2. wahh..dah ada homestay. terer. terer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa-biasa jer Titan.. Takderlah seterer AE tu.. Saya pun masih belajar tentang pelaburan Hartanah ni daripada mereka yang pakar....

      Padam
  3. dahsyat sungguh penangan AE ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengan adanya kontes AE dimataku ni.. semakin naiklah saham AE dalam kalangan rakan-rakan blogger..

      Padam
  4. tahniah bro dah ada homestay.
    bro tunggu ebook cara2 mengurat...he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Denaihati..

      Siapa yang pakar buat ebook cara mengorat awek melalui blog?? Hahaha..

      Adakah icon mengorat awek akan terus disandarkan di bahu AE??

      Padam