Ahad, 6 Mei 2012

Wang Syiling Baru VS Wang Syiling Lama..

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Seperti yang kita semua sedia maklum, Bank Negara Malaysia (BNM) ada mengeluarkan wang syiling baru sejak kebelakangan ini.. Saya dan isteri turut pernah menggunakan wang syiling ini, dan ternyata ianya kelihatan sungguh cantik dipandang.. ;)

Tetapi malangnya sepanjang saya menggunakan wang syiling ini, agak sukar untuk membezakan antara wang syiling baru 5 sen dan 10 sen.. Begitu juga untuk membezakan wang syiling 20 sen dan 50 sen.. Kalau tak percaya cuba kita sama-sama lihat pada rajah di atas.. Ataupun secara praktikalnya cuba anda dapatkan kesemua koleksi wang syiling baru ini, dan lihat perbandingan antara wang syiling 5 sen dengan 10 sen dan antara wang syiling 20 sen dengan 50 sen..


Berdasarkan pengukuran, jelas menunjukkan syiling baru tersebut mempunyai saiz hampir sama, walupun sebenarnya tidaklah 100 peratus sama saiznya.. Contohnya syiling baru 50 sen berdiameter 22mm dan syiling baru 20 sen berdiameter 20mm.. Manakala syiling baru 10 sen berdiameter 18mm dan syiling baru 5 sen berdiameter 17mm.. Julat perbezaan antara 1mm hingga 2mm untuk setiap syiling ini amat sukar untuk dibezakan jika dilihat sekali pandang.. 


Kebetulan pula warna untuk syiling baru 20 sen dengan syiling baru 50 sen hampir sama iaitu berwarna emas.. Begitu juga warna yang sama untuk syiling baru 10 sen dan juga syiling baru 5 sen iaitu berwarna silver.. Menjadikannya semakin sukar untuk dibezakan jika dilihat sekali pandang..

Untuk perbandingan, syiling lama bagi nilai 50 sen berdiameter 28mm, syiling 20 sen berdiameter 23mm, syiling 10 sen berdiameter 19mm, dan syiling 5 sen berdiameter 16mm. Julat perbezaan saiz diantara syiling adalah antara 3mm hingga 5mm, yang memudahkan kita melihat perbezaan antara syling-syiling ini tanpa perlu melihat nilainya.. Ini menunjukkan syiling lama lebih mesra pengguna berbanding syiling baru..

Bagi pendapat saya, wang kertas atau wang syling perlu mempunyai ciri-ciri mesra pengguna yang tinggi kerana ia digunakan pada setiap hari.. Ciri rekabentuk, saiz dan warna perlulah mesra pengguna, supaya setiap lapisan masyarakat dengan mudah dapat membezakan nilai wang yang mereka gunakan. Ini dapat mengurangkan kesilapan serta menjimatkan masa dalam transaksi kesilapan harian.. 

Berdasarkan perbandingan tersebut, setakat ini saya lebih menyukai wang syiling lama berbanding wang syiling baru untuk urusan jual beli.. ;)


P/s : Sehingga hari ini saya masih ada menyimpan 60 kepng wang syiling RM1 yang berwarna emas.. Ini disebabkan saya sangat menyukai rekabentuk, dan warna wang syiling tersebut..;)




Jangan lupa undi saya pada setiap hari dalam Digi WWWOW Awards, dengan klik pada salah satu banner di bawah:

2 ulasan:

  1. Salam.
    Tiada yang baru, maka tiada jugalah menjadi yang lama.
    Duit syiling RM1 emas itu ada banyak duit palsu sebab itu BNM memberhentikan edarannya.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra