Jumaat, 25 Mei 2012

RM64 juta dibelanja untuk Bida Nombor Plat WWW

with 0 Comment
Dahsyat betul penangan nombor plat knderaan untuk siri WWW ni.. Sehingga kini nilai bidaan keseluruhan yang diterima untuk nombor pendaftaran siri WWW adalah sebanyak RM64,225,838.51.. 

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha "Daripada jumlah  tersebut sebanyak RM11.3 juta berjaya dikutip iaitu 10 kali ganda daripada kutipan yang biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.  

Seperti yang dijangka, nombor pendaftaran kenderaan WWW1 mencipta rekod bidaan baharu, apabila menerima bidaan tertinggi bernilai RM520,000.. Nilai bidaan tersebut jauh mengatasi rekod tahun 2010 menerusi plat MCA 1 yang dijual pada harga RM300,000   


Berbaloi ker kita membelanjakan duit melebihi setengah juta semata-mata untuk mendapatkan plat kereta WWW 1 ni? Bagi orang yang terlalu berduit mungkin nilai setengah juta tu, setakat dicelah gigi sahaja..


Tapi bagi orang yang tidak berduit macam saya ni, banyak boleh digunakan dengan duit RM520,000 tersebut.. Antaranya:
  • Boleh beli rumah teres tiga tingkat di Bangi, Selangor
  • Boleh beli sebuah kereta BMW 530d
  • Boleh beli sebuah lot kedai baru di Pusat Bandar Subang Utama, Shah Alam
  • Boleh beli emas 916 seberat 2.777 kilogram..
  • Boleh beli 15 ekar tanah untuk tanaman sawit.
  • Boleh beli sebuah kereta Porche 911 (seven generation) 
  • Boleh beli 6-8 buah kereta Kia Spectra
  • dan macam-macam lagi..  
Antara fakta menarik yang boleh dikongsikan tentang nombor pendaftaran siri WWW ini adalah:
  • Terdapat 13 bidaan melebihi RM100,000 bagi nombor pendaftaran siri WWW yang lain 
  • Terdapat 3 bidaan bagi nombor pendaftaran siri WWW yang melepasi angka RM300,000
  • Nombor pendaftaran paling popular ialah WWW 33 yang menarik minat 33 pembida..
  • 18,243 permohonan telah diterima sepanjang ia dibuka untuk bidaan dari 30 April hingga 14 Mei
  • Sebanyak 4,908 nombor dalam siri WWW telah dibida, manakala bakinya akan menjadi nombor semasa apabila siri WWW dibuka untuk pendaftaran 
Menurut Datuk Seri Kong Cho Ha, Keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW akan dikeluarkan melalui Portal Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) pada 28 Mei ini.. 


Jadi, sama-samalah kita nantikan.. Siapalah agaknya yang berjaya memiliki plat kereta WWW 1 ni dan juga siri plat kenderaan WWW yang lain.. ;)




0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra