Sabtu, 26 Mei 2012

Antara Berita dan Iklan, mana yang lebih penting?

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi ni saya menemani isteri pergi ke Pasar Batu Gajah untuk membeli bahan-bahan mentah untuk memasak Mee Udang.. Adik beradik isteri saya dah "menempah" mee Udang daripada isteri saya sejak semalam.. Sebaik sahaja kami sampai ke rumah ayah mertua saya di Pusing, Perak.. Sebagai driver tetap dan berpencen "anak pak mertua saya", saya setia menemani beliau walau ke mana jua beliau berada.. sayanglah katakan.. ;)

Setelah selesai aktiviti "membeli belah" kami singgah di kedai buah-buahan.. Di kedai tersebut turut menjual surat khabar.. Saya tertarik dengan paparan muka hadapan surat khabar Berita Harian dan Harian Metro pada hari ini.. Mungkin pertama kali dalah sejarah agaknya.. Kedua-dua paparan Muka Hadapan dan belakang akhbar tersebut dihasi penuh dengan iklan Courts "Mega Raya Deals"..

Muka surat Hadapan Berita Harian dan Harian Metro


Biasanya sebelum membeli surat khabar, saya akan membaca tajuk-tajuk menarik yang terpapar pada muka hadapan akhbar tersebut.. Tapi pada kali ni saya tak tahu nak baca apa? Takkan nak baca iklan-iklan jer?? Baik saya ambil risalah pengiklanan yang terdapat di mana-mana shopping Complex atau pasaraya secara Percuma..

Muka surat belakang Berita Harian dan Harian Metro..

Dalam hati saya tertanya-tanya.. Mana yang lebih penting antara Berita dan iklan bagi melariskan jualan surat khabar??  Setahu saya Harian Metro berjaya menarik perhatian pembaca sehingga menjadikannya akhbar no. 1 di Malaysia, disebabkan akhbar ini biasanya memaparkan tajuk-tajuk hangat pada muka hadapan.. Cerita tentang masyarakat, gosip artis, bencana alam, keruntuhan moral masyarakat, remaja dan sebagainya.. 


Tapi pada hari ini, akhbar harian metro memberikan persembahan yang begitu berlainan.. Lain daripada kebiasaan.. Iklan, iklan, iklan dan iklan..

Walaupun begitu, saya beli juga akhbar harian metro pada hari ini.. Disebabkan tertarik dengan kelainan yang dipersembahkan..

Dua Muka hadapan pada harian metro.. Edisi Istimewa???

Apabila saya membuka surat khabar tersebut.. barulah saya tahu.. Rupa-rupanya, terdapat dua muka hadapan pada akhbar tersebut.. Satu muka hadapan mengandungi iklan penuh empat muka surat, depan dan belakang.. 

Di dalamnya pula mengandungi muka hadapan sebenar akhbar tersebut.. Tentu COURTS telah membayar kos yang mahal untuk pengiklanan tersebut.. Sehingga membolehkan iklan mereka berjaya mengatasi tajuk-tajuk akhbar lain yang menjadi nadi kekuatan surat khabar no. 1 di Malaysia tersebut..

2 ulasan:

  1. Bagi pihak akhbar mestilah iklan lebih penting :)
    Anyway nampaknya Google SERP blog ini dah ada snippet (tengok sini).
    Insyaallah post yang lama-lama tu akan pulih juga akhirnya, cuma mengambil masa.

    BalasPadam
  2. Terima kasih GreenLava.. Sebelum ini memang saya ada ubahsuai pada bahagian Settings > Search preferences > Crawlers and Indexing > Custom Robots Header Tags.. Saya ada pilih pada senarai setting yang terdapat di ruangan tersebut berdasarkan panduan yang diberikan oleh seorang blogger.. Tapi tak tahu pula kalau setting yang saya buat tu tak betul..

    jadi terima kasih banyak2 di atas bantuaan yang diberikan..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra