Selasa, 15 Mei 2012

Anuar Bercerita Tentang Bola Sepak

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bila sebut pasal bola sepak, ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan.. Tak kiralah pakcik  atau makcik, lelaki atau perempuan, bos atau kuli.. semua orang boleh bercerita pasal bola sepak.. walaupun ada yang tidak pernah bermain bola sepak..


Kerana sebiji bola bulat, menjadi tumpuan 22 pemain di atas padang.. Semua orang bersorak menyokong pasukan masing-masing.. Jutaan peminat menyukainya.. Maka berjuta cerita terhasil disebalik kewujudannya.. 




Orang lelaki kalau bercerita pasal bola sepak, takkan ada kesudahannya.. Ada sahaja cerita yang akan keluar daripada mulut mereka.. Mereka boleh bercerita tentang pengurus
pasukan, senarai pemain sesuatu pasukan, perpindahan pemain, pembelian pemain, Strategi permainan, macamana gol dihasilkan,nama  pemain yang dilayangkan kad, pemain yang cedera, termasuklah perkara-perkara kecil seperti kasut yang pemain pakai, stail rambut pemain, kisah peribadi pemain dan sebagainya..

Orang perempuan pula kalau cerita pasal bola sepak, biasanya mereka suka cerita yang berkisarkan pasukan yang mempunyai pemain yang kacak.. Antara pemain bola sepak yang mencuri perhatian kaum wanita di Malaysia adalah David Beckham, Cristiano Ronaldo, dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek).. Untunglah Apek pun turut tersenarai.. 

Orang perempuan suka melihat penampilan pemain-pemain yang menarik perhatian mereka.. ;) .. Dan yang Paling menarik sekali, terdapat pemain Malaysia yang turut sama menjadi perhatian kaum perempuan.. Terutamanya, setelah berjaya memenangi Piala Suzuki pada tahun 2010.. Bertuahlah nasib badan.. Semoga dengan sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia, dapat dapat memberi suntikan semangat kepada para pemain  bola sepak negara kita.. supaya lebih cemerlang di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.. 


Itulah keunikan bola sepak.. Macam-macam perkara boleh dijadikan cerita, sehingga menjadikan bola sepak sukan no.1 paling diminati di dunia.. Kalau kita pergi dekat kedai kopi atau restoran, antara topik yang akan menjadi perbualan hangat adalah bola sepak.. Lebih-lebih lagi, sekiranya sedang belangsung pertandingan bola sepak bertaraf dunia seperti World Cup, Euro, Champion League, Liga English, Liga Spanyol, Liga Italy dan sebagainya..

Tak lama lagi demam Euro 2012 akan bermula.. Tentu para peminat bola sepak dah tak sabar menantikan kemunculan Euro 2012 yang akan berlangsung pada 8 Jun 2012 hingga 1 Julai 2012.. Disebabkan tarikan bola sepak yang begitu menakjubkan, telah memberikan rezeki tambahan kepada para peniaga kedai makan.. Terutamanya kedai-kedai mamak.. Pada ketika inilah kebanyakan kedai makan cuba menyediakan perkhidmatan menonton bola terbaik di kedai mereka..  Masa ni semua orang sibuk menyokong pasukan kesayangan mereka.. Bola-bola juga.. Tapi solat jangan lupa yer..  ;)

Sebenarnya saya kurang meminati EURO disebabkan tiada pasukan kesayangan saya.. Pasukan (negara) yang saya minati diperingkat antarabangsa adalah Argentina.. Dari dahulu hingga sekarang.. Dari zaman kegemilangan Diego Maradonna sehingga ke zaman Lionel Messi.. Saya tetap meminati Argentina walaupun sehingga kini baru baru dua kali memenangi Piala Dunia.. Tetapi ianya tidak mematahkan semangat saya untuk terus menyokong pasukan dari Amerika Selatan tersebut.. 


  


Disebabkan saya meminati pemain-pemain Argentina, saya juga turut meminati beberapa kelab di dunia yang mempunyai pemain Argentina.. Kelab Liga Perdana Inggeris yang saya minati adalah kelab Chelsea.. Saya mula meminati kelab ini sewaktu Sebastian Veron (Argentina) bermain dengan Chelsea.. Kemudain Crespo juga turut menyertai Chelsea... Walaupun sekarang ni tiada pemain argentina bersama Chelsea, tetapi saya tetap menyokong Chelsea..





Kelab kedua yang saya minati diperingkat antarabangsa adalah kelab Barcelona.. Saya memintai kelab ini sejak zaman Ronaldinho.. Tetapi apabila Leonel Messi menyertai kelab Barcelona, maka bertambahlah kuat minat saya terhadap kelab ini.. Baru-baru ini Chelsea bertemu Barcelona sewaktu perlawanan separuh Akhir Champion League.. Saya memang tak sanggup nak tengok bila kedua-dua kelab yang saya minati bersaing.. ;)




Juventus merupakan kelab ketiga yang saya minati.. Saya memintai kelab ini semasa zaman Nedved, Del Piero an Buffon.. Saya rasa kecewa jugalah semasa Juventus turun ke Serie B akibat tindakan yang dikenakan oleh FIFA setelah didapati bersalah mengatur perlawanan.. Dahlah turun ke Serie B, kemudian dilucutkan gelaran Juara Liga sebanyak dua kali pada 2005 dan 2006..



Tetapi sekarang ni Juventus telah bangkit kembali.. Baru-baru ini Juventus telah berjaya menjuarai Serie A Liga Italy Musim 2011/2012 buat kali ke 28 dan yang pertama dalam tempoh 9 tahun.. Paling menarik sekali, kejayaan pada kali ini dilihat begitu cemerlang sekali.. setelah berjaya menjadi juara dengan mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang musim.. 



Hah.. Tengok tu..Betul tak cakap saya?? Walaupun saya ni tak pandai main bola sepak.. tapi saya boleh bercerita pasal bola sepak..  Itulah keunikan bola sepak.. 

Saya cuma aktif main bola sepak masa zaman sekolah rendah.. Biasalah budak kampung.. Semua jenis permainan kita orang main masa petang-petang.. Cakap jer nak main apa? Rounders, Galah Panjang, Badminton, Pondok-pondok, Nyorok-nyorok, terjun parit, tembak-tembak, bola sepak, baling selipar, guli, kejar-kejar.. semua kami main.. Tapi setakat bersama rakan-rakan sekampung sahaja..

Tapi bila saya mula memasuki asrama sewaktu berada dalam darjah lima dan enam.. Minat saya terhadap bola sepak agak menurun.. Sebabnya sekolah asrama yang saya tinggal pada ketika itu melaksanakan latihan bola sepak secara berpusat.. Setiap petang kami semua kena training bola sepak.. Naik sengal semua otot-otot di badan saya..

Saya dan rakan saya mula ponteng daripada menjalani latihan.. Setiap kali ponteng kami akan bermain Carrom atau Chess.. hehehe.. Selalu jugalah kena marah dengan senior-senior kami sebab tak turun menjalani latihan.. Tapi kami buat tak tahu sahaja.. Kesudahannya sampai sekarang saya tak berapa pandai main bola.. hehehe.. Walaupun pada ketika itu sekolah saya muncul sebagai juara di peringkat daerah Perak Tengah untuk dua tahun berturut-turut.. 

Masa diperingkat sekolah menengah, saya cuma main bola sekali-sekala sewaktu petang.. Itupun dengan kawan-kawan yang sama-sama tak berapa nak pandai main bola.. Kemudian sewaktu belajar diperingkat universiti, ada juga sekali-sekala main bola.. Tapi saya lebih aktif bermain game bola sepak daripada bermain bola sebenar di atas padang.. Masa tu kalau ada terjumpa game Fifa baru, atau World Cup baru.. memang saya beli.. Saya akan bermain sampai habis satu liga/event..

Bagi saya main game bola ni sememangnya sangat menyeronokkan.. Lebih kurang macam bermain catur juga.. Kita mengawal semua permainan berdasarkan strategi yang kita buat..  Kita adalah raja untuk keseluruhan permainan di atas padang...

Saya rasa cukup setakat ini sahajalah hasil coretan saya untuk kali ini.. Saya rasa dah panjang berjela saya menaip.. Apa yang saya tulis ini berdasarkan pandangan/pengalaman peribadi saya tentang bola sepak.. Saya pasti anda juga tentu mempunyai pandangan tersendiri yang mungkin bercanggah dengan apa yang saya tulis...

Pesanan saya untuk peminat bola sepak.. Jadilah diri anda sendiri.. Sokonglah pasukan mana yang anda minati, tanpa dipengaruhi oleh orang lain.. Tapi, jangan jadikan bola sepak sebagai faktor/alasan untuk kita bergaduh atau berkelahi sesama kita.. ;)

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra