Isnin, 14 Mei 2012

101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 36-40)

with 1 comment
Tip diet yang seterusnya adalah Tip ke 36 hingga tip ke 40.. Selamat membaca..



Tip Diet ke 36.

Roti yang mengandungi fiber yang tinggi adalah lebih baik berbanding roti putih.

Adakah anda masih ingat bagaimana saya memberitahu cara untuk meningkatkan kandungan
fiber dalam makanan? Jadi ini adalah jawapannya.

Ia bukan hanya mengandungi kandungan fiber yang tinggi malah kandungan protein juga.



Tip Diet ke 37.

Kurangkan memakan daging lembu.

Daging jenis ini tidak akan menolong anda mengurangkan berat badan.

Ingat, bahawa ianya termasuk juga produk-produk yang berkaitan dengannya seperti burger daging lembu, sosej daging lembu, daging kisar, dan sebagainya.. 


Tip Diet ke 38.

Kurangkan pengambilan gula.
Jika anda tidak dapat mengambil makanan atau minuman tanpa gula, cuba dapatkan bahan lain sebagai penggantinya. Contohnya STEVIA..

STEVIA adalah sejenis tumbuhan herba yang dikenali juga sebagai 'POKOK GULA'. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi melalui pembacaan, STEVIA merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi 'KEMANISAN 300 KALI GANDA LEBIH MANIS DARI GULA BIASA'.

STEVIA juga boleh digunakan sebagai 'PENAWAR' menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing, menguatkan otot organ hati, anti bakteria, anti penyakit kulit, anti virus dan merawat luka terbakar.

Tip Diet ke 39.

Makanlah sedikit demi sedikit untuk 5 hingga 6 kali sehari.

Selain daripada makan banyak untuk tiga kali sehari, adalah lebih baik mencuba grazing.

Grazing bermakna anda makan 5 atau 6 kali sehari berbanding dengan makan tiga kali dengan kuantiti yang banyak setiap kali makan.

Ia adalah langkah bijak untuk pengambilan kuantiti makanan yang sedikit.

Tip Diet ke 40.

Makanlah makanan yang anda suka, tetapi pastikan tujuannya hanya untuk merasa sahaja.

Banyak makanan yang harus anda hindari daripada diet anda, tetapi ada diantaranya merupakan kesukaan anda.

Jangan hindari kesemuanya.

Anda boleh namakannya sebagai cheat food dan ambillah ia sekali-sekala.
Jadikan ia hanya untuk memenuhkan keinginan anda, dan janganlah sampai anda memakannya dengan banyak.

Pelawalah kawan-kawan anda yang lain untuk bersama – sama menikmatinya.


1 ulasan:

  1. Dalam pemakanan semuanya harus seimbang. Gula ambil banyak tak boleh, x ambil langsung pun tak boleh juga.. Apapun tips diet disini amat berguna dijadikan panduan.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra