Selasa, 15 Mei 2012

101 Tips Diet Setiap hari (Tips yang ke 41 hingga 45)

with 0 Comment




Tip diet ke 41.

Jaga pengambilan terhadap makanan berlemak.

Setiap gram lemak mengandungi 9 kalori. Jadi, dengan membaca kandungan kalori yang
ada pada makanan, kita mengetahui kuantiti lemak yang ada padanya. Pastikan ianya tidak melebihi 30% dalam setiap makanan anda.

Tip diet ke 42.

Jaga pengambilan garam anda, kerana pengambilan yang banyak merupakan salah satu punca obesiti.

Ambil inisiatif untuk mengurangkan pengambilan garam dengan mengurangkan pengambilan garam anda kepada setengah berbanding tahun lepas.  

Tip diet ke 43.

Tukar daripada marjerin biasa kepada marjerin yang bebas kolestrol.
Jika anda ada pilihan, kenapa anda tidak mencubanya? Lagipun ia lebih menyihatkan dan mempunyai rasa yang lebih kurang sama.

Perubahan-perubahan kecil seperti ini akan memberi kesan yang besar kepada pengurangkan berat badan.

Tip diet ke 44.

Cuba panggang makanan anda berbanding dengan menggoreng.

Memanggang setakat ini merupakan cara yang paling sihat dalam penyediaan makanan berbanding dengan menggoreng.

Memanggang hanya memerlukan minyak atau lemak yang sedikit sahaja.

Tip diet ke 45.

Gunakan jenis kuali yang tidak melekat semasa menggoreng, supaya anda tidak perlu menggunakan minyak.

Cuba elakkan penggunaan minyak yang banyak. Kuali yang tidak melekat merupakan salah satu alternatif bijak.

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra