Selasa, 11 Januari 2011

Jalan-jalan di Bintulu sekejap..

with 0 Comment
Semasa berada di taman negara Similajau, sempat jugalah kami curi-curi masa pergi ke bandar Bintulu.. Namun begitu tak sempat nak ambil gambar keseluruhan perjalanan kami..


Cuma sempat ambil gambar pada ketika berada di Pasar Tamu dan pasar Utama Bintulu..

Pemandangan dari jauh Pasar Utama Bintulu

Pasar Utama Bintulu terletak di Tepi Sungai

Pintu gerbang Pasar Utama Bintulu


Pemandangan Di Tepi Sungai

Isteri saya sempat beli Durian Belanda..

Belacan Bintulu yang digemari oleh penggemar-penggemar belacan

Bagi kawan-kawan saya yang menggemari belacan, mereka suka makan belacan yang dibeli dari Miri dan Bintulu.. Menurut mereka belacan tersebut lebih sedap (nyaman) berbanding belacan yang didapati dari semenanjung.. Kepada penggemar-penggemar belacan, kalau nak tahu rasa belacan Bintulu ni boleh lah cuba.. ;)

                                    

Pada hari Ahad (9 Januari 2011) program PRSMath tamat pada jam 12 tengahari..

Walaupun masa yang ada terlalu singkat namun kami sekeluarga sempat juga "window shopping" di farley, Bintulu sambil jalan-jalan cari makan.. ;)

Kemudian, kami bertolak pulang ke Mukah pasa jam 3.45 petang.. Alhamdulillah nasib baik cuaca pada hari tersebut agak baik.. Kami berjaya sampai ke Mukah pada jam 6.18 petang..

Walaupun letih sekalipun hari Isnin tetap kena masuk kerja..


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra