Rabu, 12 Mei 2010

Pesta Kaul Mukah Sarawak

with 1 comment
Salam satu Malaysia dan salam perpaduan kepada semua pembaca blog ini..

Alhamdulillah pagi ni saya berkesempatan untuk menulis sedikit post untuk blog ini. Sambil-sambil buat kerja sementara anak-anak sedang tidur ternampak lah gambar-gambar yang ada dalam simpanan saya tentang pengalaman-pengalaman hidup di Mukah. Saya tertarik dengan dengan salah satu event menarik yang diadakan di Mukah setiap tahun iaitu Pesta Kaul.

Jadi untuk perkongsian kali ini saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang Pesta Kaul 2010 yang berlangsung pada 19 hingga 25 April 2010. Pesta Kaul adalah acara tahunan dalam kalendar pelancongan Negeri Sarawak. Setiap tahun pesta kaul di adakan di Pantai Kala Dana Mukah, Sarawak.Disini saya sempat merakamkan sedikit gambar untuk tatapan bersama...




SEDIKIT KISAH TENTANG PESTA KAUL

Untuk makluman pembaca semua kaul merupakan satu pesta keramaian yang diraikan oleh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini, menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan luar biasa dari kaum lain. Dalam keadaan Masyarakat di Negeri Sarawak yang mempunyai pelbagai kaum dan adat jadi Kaul boleh dijadikan sebagai medan untuk setiap orang mengenali dan seterusnya menghormati adat kaum-kaum lain. Ini antara salah satu cara untuk mengeratkan siratulrahim di kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.


Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau "Pagan" untuk memohon restu daripada penunggu laut,darat,ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki. Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan, Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu. Perubahan agama dan anutan di kalangan masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan Kaul. Kehadiran Islam dan Kristian membawa senario baru kepada Kaul yang lebih sesuai dilihat sebagai satu pesta sosio-budaya. Namun di dalamnya masih terselit keunikan warisan Bangsa Melanau di Negeri Sarawak iaitu masyarakat yang masih mengekalkan upacara tradisi yang disesuaikan mengikut masa.

Pesta Kaul menjadi medan penyatuan komuniti terbesar masyarakat Melanau. Pesta ini menunjukkan betapa uniknya budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan dan tarian. Kini sambutannya disertai oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum terutamanya untuk melihat dan menyertai pelbagai permainan tradisi seperti "Tibow", pameran dan jualan makanan eksotik tempatan seperti "Tebaloi, Si'et, Sagu dan Umai", persembahan kebudayaan, pameran kraftangan dan yang lebih menarik adalah proses penyatuan keakrabaan yang menemukan pelbagai bangsa, agama dan pertuturan dalam upacara perkelahan komuniti.


Tibow

Tibow-sejenis permainan tradisi masyarakat Melanau yang sangat popular. Dikenali sebagai Pisa' Tibow, permainan ini dilangsungkan oleh masyarakat kampung sebagai simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah. Dan sebagai pemainan yang digemari ramai-waktu inilah anak-anak muda berkaul - ia sebenarnya merupakan pesta untuk mencari jodoh.


Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung kampung.Diadakan pada musim buah, lazimnya pada awal tahun, tibow dimainkan bermula pada waktu petang, hingga kadang-kadang sehingga larut malam. Pada zaman dahulu, penduduk akan bermain pada waktu bulan mengambang, kerana pada waktu inilah suasana di sekitar tapak permainan tampak terang. Dan dari segi keselamatan, ia akan memudahkan permainan tersebut.

Bermain tibow mengikut tradisi Melanau Mukah, tidaklah semudah seperti yang dilihat. Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi yang perlu diikuti untuk membolehkan si pemain bermain dengan selamat. Tetapi pada hari ini kita semua boleh bermain Tibow sebagai salah satu aktiviti rekreasi. Untuk golongan yang tidak berapa 'ekstrem' seperti saya cukup lah untuk bermain sorang-sorang tanpa melibatkan aktiviti-aktiviti lompatan sebagaimana di lakukan oleh Tarzan dan stuntman seperti dalam aksi-aksi filem... huhuhu..
Tibow ini didirikan dengan dua tiang kayu yang masing-masingnya panjang melebihi 30 kaki sebagai tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu sederhana sebagai tangga rak. Rotan sega dan daun muda pula digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan dan menambahkan gempar suasana. Anda semua bolehlah tengok gambar-gambar menarik yang sempat saya tangkap masa Pesta Kaul 2010..

Insya-Allah kalau panjang umur tahun depan dapat lagi saya merasai pengalaman menyambut Pesta Kaul di Sarawak. Bagi pembaca uang ingin merasai suasana Pesta Kaul ini saya syorkan datang ke Mukah pada minggu ke 3 atau minggu ke 4 bulan April setiap tahun.. Setakat ini pesta kaul Mukah merupakan Pesta Kaul terbesar dan ianya mendapat liputan media termasuk akhbar dan televisyen.. Sekian dahulu perkongsian daripada saya untuk post pada kali ini.. Jumpa lagi di lain masa..

1 ulasan:

  1. Jadi untuk perkongsian kali ini saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang Pesta Kaul 2010 yang berlangsung pada 19 hingga 25 April 2010. Pesta Kaul adalah acara tahunan dalam kalendar pelancongan Negeri Sarawak. Setiap tahun pesta kaul di adakan di Pantai Kala Dana Mukah, Sarawak.Disini saya sempat merakamkan sedikit gambar untuk tatapan bersama...
    women's readymade lawn suits
    ready to wear lawn suits

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra