Pertama saya tidak puas meronda di mini zoo tersebut disebabkan anak ke 2 saya kepenatan.. (meragam).. Rasa rugu juga beli tiket RM15 bagi buaya makan. Tapi tak dapat ronda-ronda keseluruhan tempat tersebut.. Huhuhu
Perkara yang ke 2 saya terkilan sebab tak dapat nak tengok sempadan Miri-Brunei.. Jarak sempadan Miri-Brunei dari Taman Buaya tersebut lebih kurang 15KM. Tetapi disebabkan kesuntukan masa dan nak segera mendaftar masuk ke hotel jadi kami tangguhkan dulu hasrat tersebut dan berharap akan kembali lagi pada petang tersebut atau pada keesokan harinya. Disebabkan tuhan tidak mengizinkan, maka tak jugalah saya pergi ke sempadan Miri-Brunei untuk perjalanan kali ini. Insya-Allah dilain waktu sekiranya berkesempatan akan saya laksanakan misi seterusnya iaitu perjalanan dari Mukah ke Kota Kinabalu...
Ok, kita sambung balik cerita selanjutnya...
Kami mendaftar masuk ke Dinasty Hotel pada pukul 3 petang.. Setelah berehat-rehat sebentar, mandi, salin baju, solat dan sebagainya di hotel, destinasi seterusnya kami pergi ke Boulevard shopping complex.. Di sana adalah kami shopping barang sikit-sikit terutamanya barang-barang keperluan anak-anak. Setakat itu sahaja perjalanan saya pada hari tersebut.. Kami menghabiskan masa kami di shopping complex tersebut untuk membeli belah sebelum pulang ke hotel..
Pada hari keempat kami mendaftar keluar dari Dinasty hotel sekitar pukul 12 tengahari. Pada mulanya kami berhasrat untuk bertolak terus ke Mukah. Tetapi setelah ronda-ronda di sekitar Miri, kami mengubah rancangan di saat-saat akhir (disebabkan terlajak masa dekat miri).. Jadi, pada petang tersebut sekali lagi kami pergi ke Bintang Mall disamping pergi ke Marina Bay dan membuat tinjauan di Park City Everly Hotel.. (Hotel kegemaran En. Azman hehehe...)
Di Everly Park City saya hanya sempat tangkap gambar swimming pool sahaja.. Tak sempat nak ronda-ronda sekitar hotel.. Tak pe lain kali kalau ada masa boleh datang lagi.. Tapi tengok keadaan swimming pool dan persekitaran hotel nampak menarik.. Saya boleh bagi 7/10 bintang hehehe..
Destinasi seterusnya Marina Bay..
Kami berehat-rehat di Marina Bay lebih kurang setengah jam sebelum ke Bintang Mall dan seterusnya bertolak meninggalkan Miri ke Bintulu.. Sebenarnya sama bukanlah orang yang expert memandu dan cari jalan ke sesuatu destinasi.. Tetapi dengan bantuan GARMEN (GPS) telah memudahkan perjalanan saya..
Walaupun dalam perancangan saya, kami mahu ke Bintulu dengan menggunakan jalan pesisir pantai, tetapi kesudahannya kami ke Bintulu dengan menggunakan jalan biasa yang memakan masa lebih kurang 2 jam setengah.. (Macam tak jau jer beza masa antara guna jalan pesisir pantai dan jalan lama)..
Sesampai di bintulu kami mencari tempat untuk penginapan.. Puas sudah kami menjelajah.. Dari hotel yang murah sehingga ke hotel terbaru dan termahal iaitu NEW WORLD SUITE.. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menginap di hotel budjet di tengah-tengah antara hotel-hotel yang telah kami survey.. Hotel tersebut adalah Everly Park City, Bintulu (Merasa juga Duduk dekat Everly Park City guna duit sendiri akhirnya)...
Kami tiba di Mukah dalam pukul 6 petang.. Terasa begitu penat menempuhi perjalanan selama beberapa hari..Tetapi ianya berbaloi kerana saya telah mencapai salah satu target saya sepanjang berkhidmat di Mukah...
Seronoknya pergi bercuti
BalasPadam