Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dah lama saya tak berkongsi Tips atau info tentang cara Buat Video AI di blog ini. Sebenarnya semenjak saya menyertai group AI Academy, dah banyak video-video AI yang telah saya hasilkan.
Cuma, kadang saya hasilkan video AI untuk tatapan sendiri.. Kadang saya share Video AI tersebut di Tiktok, Facebook dan sebagainya.. Nak kongsikan Tips dan Info tentang Video AI yang telah berjaya saya hasilkan, selalu tak sempat... Hahaha... ;)
Baiklah, kali ni saya kongsikan Cara Buat Video AI Drone Cinematic...
Yang nampak menarik pada pandangan peribadi saya...
Cara Buat Video AI Drone Cinematic
1) Hasilkan Prompt Video di ChatGPT
Minta ChatGPT hasilkan Prompt untuk hasilkan Video AI Drone Cinematic.
Tak perlu ChatGPT berbayar.. ChatGPT percuma sahaja sudah memadai.
Tulis sahaja Prompt apa yang anda nak tulis..
Contoh yang saya buat:
"Saya nak buat 3 video AI di Veo3 yang nampak macam suasana real cinematic dengan setiap video berdurasi 8 saat. Dalam video tu menggambarkan keadaan Drone keluar dari runtuhan pinggir bandar yang runtuh menjadi teras bandar Upside Down yang terbuka luas, diilhamkan oleh Stranger Things. Dalam suasana yang sangat mencabar dengan Keseluruhan blok bandar terapung dan berputar perlahan di udara, disambungkan oleh untaian bahan organik dan kabel yang putus. kilat yang sabung-menyabung, runtuhan bangunan, runtuhan jalan, runtuhan jambatan, keadaan bangunan pencakar langit berada dalam keadaan terancam dan sebagainya. Ribut besar terbentuk di atas bandar, dengan kilat merah ganas membelah awan gelap, menerangi siluet raksasa yang bergerak dalam kabus. Tanah di bawah retak dan mengelupas, mendedahkan kedalaman yang tidak berkesudahan. Spora, abu dan serpihan melepasi kanta apabila graviti menjadi tidak stabil, menyebabkan putaran terbalik yang singkat. Drone merakam setiap perkara dan situasi yang berlaku di sepanjang penerbangan tersebut dengan gerakan kabur realistik, kontras yang tinggi, Suasana sci-fi seram, mengasyikkan, menakutkan, dengan hasil video yang berkualiti 8k Ultra (filem yang berkualiti) dengan momentum yang berterusan tanpa henti. Bantu saya hasilkan Prompt Bahasa Inggeris untuk video tersebut."
2) Minta ChatGPT tukarkan Prompt tersebut kepada format Json.
Hasil Format JSON Prompt untuk Video pertama
Hasil Format JSON Prompt untuk Video Kedua
Hasil Format JSON Prompt untuk Video Ketiga
3) Copy Prompt dari ChatGPT dan Paste di Google Flow untuk Hasilkan Video Ai.
Layari Google Flow -> https://labs.google/fx/id/tools/flow
Login guna akaun Gmail :
![]() |
| Setiap hari Google akan berikan 50 kredit secara Percuma |
![]() |
| Klik Butang Project baru |
![]() |
| Paste Prompt Video Pertama Format Json Code di sini |
| Ikut setting seperti dalam gambar |
- Pilih Video - Sebab kita nak buat video
- Pilih Ingrediant - sebab kita nak hasilkan video dari Prompt, tanpa ada gambar
- Pilih saiz 9:16 untuk paparan video di Tiktok
- Pilih 1x untuk menghasilkan 1 video sahaja (Setiap video yang dihasilkan minimum 10 kredit akan ditolak)
- Boleh pilih ikut qualiti video yang anda inginkan:
- Veo 3.1 - Lite (10 kredit)
- Veo 3.1 - Fast (20 kredit)
- Veo 3.1 - Quality (100 kredit)
- Tekan butang anak panah untuk generate Video
Nota : Disebabkan kredit Percuma yang disediakan cuma 50 kredit sahaja sehari, jadi anda hanya sesuai menggunakan Veo 3.1 - Lite sahaja dengan penolakan 10 kredit bagi setiap video yang dihasilkan. Nak dapatkan kredit yang banyak Pada harga harga yang murah? Boleh sertai -> AI Academy.
4) Cara hasilkan Video Kedua
- Tekan Button Extand supaya dapat sambung Video yang seterusnya
- Paste Prompt Video kedua Format Json Code
| Ikut setting seperti dalam gambar |
- Boleh pilih ikut qualiti video yang anda inginkan:
- Veo 3.1 - Lite (10 kredit)
- Veo 3.1 - Fast (20 kredit)
- Veo 3.1 - Quality (100 kredit)
- Tekan butang anak panah untuk generate Video
Nota : Disebabkan kredit Percuma yang disediakan cuma 50 kredit sahaja sehari, jadi anda hanya sesuai menggunakan Veo 3.1 - Lite sahaja dengan penolakan 10 kredit bagi setiap video yang dihasilkan. Nak dapatkan kredit yang banyak Pada harga harga yang murah? Boleh sertai -> AI Academy.
Video kedua yang telah dihasilkan
4) Cara hasilkan Video Ketiga
- Tekan Button Extand supaya dapat sambung Video yang seterusnya
- Paste Prompt Video ketiga Format Json Code
| Ikut setting seperti dalam gambar |
- Boleh pilih ikut qualiti video yang anda inginkan:
- Veo 3.1 - Lite (10 kredit)
- Veo 3.1 - Fast (20 kredit)
- Veo 3.1 - Quality (100 kredit)
- Tekan butang anak panah untuk generate Video
Nota : Disebabkan kredit Percuma yang disediakan cuma 50 kredit sahaja sehari, jadi anda hanya sesuai menggunakan Veo 3.1 - Lite sahaja dengan penolakan 10 kredit bagi setiap video yang dihasilkan. Nak dapatkan kredit yang banyak Pada harga harga yang murah? Boleh sertai -> AI Academy.
5) Cara Nak Download (Muat Turun) Video
- Tekan Button anak panah ke bawah di sebelah penjuru kanan laman web
- Pilih samadan nak download Full Video, Video 1 (Clip 1), Video 2 (Clip 2), Video 3 (Clip 3)
Sekiranya anda muat turun video satu persatu, anda perlu menggunakan Capcut atau Tiktok untuk mencantumkan semula video-video tersebut.
Tetapi, kalau anda nak memudahkan kerja.. Anda download terus Full Video..
Ketia-tiga video telah digabungkan menjadi satu video seperti di bawah post blog ini.
Tetapi, kalau anda nak memudahkan kerja.. Anda download terus Full Video..
Ketia-tiga video telah digabungkan menjadi satu video seperti di bawah post blog ini.
Semoga bermanfaat..
Info Berkaitan :
- Cara buat Video AI : Oh kome Durian Udah Luruh.. (Belajar AI Siri 4)
- Cara buat Video AI : Satu Kampung Tengok TV Hitam Putih (Belajar AI Siri 3)
- Cara buat Video AI : Promo 12.12 (Belajar AI Siri 2)
- Cara buat Video AI : Memang Betullah Bilik ni 'KERAS' (Belajar AI Siri 1)
- Cara Buat Video AI Cinematic Menggunakan Aplikasi Seedance 2.0
- 7 Kelebihan Menyertai AI Academy + 2 BONUS
- Masih Bekerja dengan cara Lama? Cuba Gunakan 35 Alat AI ini!
- Perbezaan kereta EV Keluaran Proton (e-MAS 5) dan EV Keluaran Produa (QV-E)
@muhamadanuarmarsib Dekat mana Nak Belajar buat video AI Macam ni? .. Boleh Belajar di Blog CoretanAnuar.com .. Setiap Minggu akan dikongsikan cara-cara buat Video AI.. .. #BelajarAI #AI #VideoAI #FYP #CoretanAnuar ♬ Eclipse Echo - edivieira












0 Ulasan