Dalam dunia digital yang makin laju bergerak, penggunaan alat AI bukan lagi sekadar trend. Ia merupakan satu keperluan kepada sesiapa yang nak kekal relevan, produktif dan kompetitif.
Sama ada anda seorang pelajar, pendidik, peniaga online, usahawan, content creator, atau pekerja profesional, Teknologi AI mampu mempercepatkan workflow, memantapkan kualiti kerja dan membuka peluang baru dalam cara kita menghasilkan kandungan.
Dalam post ini saya menghimpunkan 35 alat AI yang dapat memberi mafaat kepada ramai pengguna merangkumi penulisan, grafik, video, muzik, pembentangan, automasi dan banyak lagi. Senarai ini bukan sahaja dapat membantu anda untuk memilih tool yang sesuai, tapi turut membantu anda memahami bagaimana setiap Alat AI boleh menyelesaikan masalah harian.
Contohnya, anda boleh menyediakan slide pembentangan dalam beberapa minit, hasilkan gambar secara realistik, hinggalah menghasilkan video profesional tanpa memerlukan skill editing yang tinggi.
Jika anda serius nak upgrade cara kerja dan melonjakkan produktiviti, inilah masa paling sesuai untuk mula menerokai teknologi AI.
35 Alat AI yang dapat membantu anda memudahkan urusan kerja seharian
![]() |
| 35 Alat AI yang dapat membantu memudahkan urusan kerja seharian |
35 Alat AI yang dapat membantu anda memudahkan urusan kerja seharian
1. ChatGPT
- Fungsi: Model perbualan/generatif teks; bantu tulis artikel, idea, brainstorming, copywriting, ringkasan, Q&A.
- Kos: Ada versi percuma; pelan berbayar untuk akses penuh atau ciri tambahan dengan harga bermula dari RM38.99 sebulan (boleh semak di laman web plan yang disediakan oleh OpenAI).
- Link: https://chat.openai.com
- Contoh hasil ChatGPT:
2. Google Gemini
- Fungsi: Model AI percakapan/generatif Alternatif chatbot & LLM; (alternatif kepada ChatGPT). Pembantu AI peribadi yang proaktif dan sangat powerful daripada Google. Baik untuk research, content writing, idea generatif & integrasi dengan ekosistem Google. Boleh guna versi percuma untuk membantu dalam urusan di tempat kerja, sekolah dan di rumah untuk apa sahaja yang memberi inspirasi kepada anda.
- Kos: Percuma; pelan Advanced tersedia mengikut pakej dengan harga bermula dari RM11.99 sebulan (boleh semak di laman web plan yang disediakan oleh Google).
- Link: https://gemini.google.com
- Contoh hasil Gemini :
3. Suno
- Fungsi: Menghasilkan muzik atau audio generatif dengan AI sesuai untuk kandungan video, podcast, atau bunyi latar.
- Kos: Terdapat versi asas/percubaan (basic/free/freemium), pelan berbayar untuk akses penuh bermula dari $USD4.80/bulan.
- Link: https://suno.ai
- Contoh Hasil Suno :
4. ElevenLabs
- Fungsi: Penjanaan suara AI/Voice cloning & text-to-speech canggih. Boleh hasilkan suara realistik dari teks, sesuai untuk voiceover, audiobook, animasi.
- Kos: Pelan asas Percuma; subscription premium bermula dari $USD1.00/bulan.
- Link: https://elevenlabs.io
5. Veo 3
- Fungsi: AI video generasi baharu yang dikeluarkan oleh Google. Boleh digunakan untuk generate video dan sedang digunakan secara meluas untuk menghasilkan content yang kreatif & video editing dengan cepat.
- Kos: Bergantung platform akses (subscription bermula dari $USD37.50 sebulan).
- Link: https://deepmind.google
- Contoh :
6. Kling.ai
- Fungsi: Realistic text-to-video (Tencent). Boleh digunakan untuk generate video/penyuntingan/animasi menggunakan AI. Sangat bermanfaat kepada creator video & pemasaran.
- Kos: (subscription bermula dari $USD60.00/tahun dengan 660 kredit sebulan).
- Link: https://klingai.com
- Contoh :
7. CapCut AI
- Fungsi: Video editing dengan AI secara automatik melibatkan text (AI Caption Generator), Audio (Text to Speech), creative Effects (melibatkan Video effects, Sound effects, Transitions, Filters), Imej dan video. Sesuai untuk content creator yang buat video pendek, reels, shorts, sosial media, pemasaran.
- Kos: Versi percuma tersedia; beberapa ciri lanjutan terdapat dalam pelan pro dengan kos $USD9.99/bulan
- Link: https://capcut.com
- Contoh :
8. Pippit AI
- Fungsi: “creative-as-a-service platform” untuk content creator: boleh generate video dari pautan/skrip, buat avatar & video berasaskan AI, hasilkan imej & poster pemasaran, dan automasi content untuk media sosial/e-commerce. Antara ciri utama ialah “AI Talking Photo” yang boleh hidupkan gambar statik jadi video/animasi bercakap dengan suara & gerakan wajah, sesuai untuk pemasaran, konten sosial media, presentasi, dll.
- Kos: Ada pelan percuma. Dalam pelan asas ini, Pippit beri 150 kredit seminggu, yang boleh digunakan untuk hasilkan 2 minit video atau 75 imej. Untuk pengguna aktif/konten berat. Kemudian ada pelan berbayar dengan kos US$24.17 sebulan. Pelan ini beri akses kepada semua ciri, termasuk video, image studio, avatar, scheduling, analitik, storage 500 GB, dsb.
- Link: https://Pippit.ai
- contoh :
9. ImageFX (Google)
- Fungsi: Hasilkan imej AI gaya professional daripada prompt yang diberikan.
- Kos: Percuma; mengikut kuota Google Labs.
- Link: https://labs.google
- Contoh :
10. Whisk AI
- Fungsi: Cari resepi, kira nutrisi, dan bantu meal planning (AI food assistant). Ia membantu pengguna menemui resepi berdasarkan bahan yang mereka ada. Anda boleh mengambil gambar bahan yang terdapat di peti sejuk/pantry atau masukkan secara manual. Whisk akan syorkan resepi yang sesuai. Selain itu, Whisk AI menawarkan “meal planning”, pengiraan kalori & nutrisi, serta panduan langkah-demi-langkah untuk penyediaan masakan.
- Kos: Percuma dalam versi asas/tahap eksperimen. Pengguna boleh akses fungsi asas tanpa kos (bergantung akses/region).
- Link: https://whiskai.app
11. Huiluo AI
- Fungsi: Boleh hasilkan video dari teks atau imej → menjana video animasi/visual secara automatik, tanpa kamera atau perkakasan mahal. Boleh hasilkan klip pendek (contohnya video 6 saat) dengan definisi asas/HD (bergantung versi) berdasarkan prompt teks. Sesuai untuk content creators atau pengguna yang mahu hasil cepat tanpa perlu editing kompleks: sebab Hailuo AI cuba permudahkan proses menghasilkan video.
- Kos: Versi berbayar dengan dengan kos bermula dari $USD19.90 sebulan dengan 150 kredit sebulan yang boleh digunakan untuk menghasilkan 25 video
- Link: https://hailuo-ai.art/
- contoh :
12. Canva AI
- Fungsi: Rekabentuk grafik, media sosial, slide, poster & content visual dengan AI bantu automasi, template & design cepat. “Magic Design” untuk hasilkan slide automatik, “Text to Presentation”, dan “Magic Write” untuk bantu tulis isi kandungan. Ideal untuk marketer, social media manager, dan content creator.
- Kos: Percuma (akses asas); Canva Pro RM29.90 sebulan.
- Link: https://canva.com
13. Pika.art
- Fungsi: Boleh hasilkan video atau animasi ringkas berdasarkan prompt / input imej (text-to-video/image-to-video) — berguna untuk video pendek, promo, kandungan media sosial.
- Kos: Ada pelan percubaan percuma; untuk output video lebih panjang / resolusi tinggi perlu upgrade.
- Link: https://pika.art
14. Gamma.app
- Fungsi: Boleh bantu buat slide pembentangan (Automasi dokumen & pembangunan AI yang dapat membantu menukar idea/teks ke dalam dokumen atau slaid reka bentuk yang menarik, pantas). AI hasilkan pembentangan lengkap dengan grafik & eksport ke PDF/PowerPoint. Boleh hasilkan landing page secara automatik. Sesuai untuk untuk hasilkan laporan, proposal, pembentangan & kandungan struktur.
- Kos: Terdapat versi asas percuma; pelan berbayar untuk hasil profesional. pelan Pro dari $USD15 sebulan.
- Link: https://gamma.app
15. RecCloud.com
- Fungsi: Alat bantu rakaman audio/video atau transkripsi/jana suara (clip maker/AI audio) untuk content creation. Berguna untuk content creator audio/video.
- Kos: Harga bergantung kepada pelan yang dipilih bermula dari US$4.00 sebulan;
- Link: https://reccloud.com
16. PicWish
- Fungsi: Penyunting imej/sunting imej secara automatik menggunakan AI — sesuai untuk buang watermark, buang background, penyediaan imej untuk pemasaran & konten marketing.
- Kos: Ada Versi asas percuma; Ada versi premium untuk fungsi lebih mantap/untuk penggunaan resolusi tinggi perlu upgrade bermula dari US$4.99 sebulan; .
- Link: https://picwish.com
17. Perplexity.ai
- Fungsi: Search engine AI untuk research cepat & tepat. Pembantu penyelidikan & info, bantu cari rujukan, buat ringkasan, jawapan cepat; Sesuai untuk penulisan, untuk kajian dan content writing.
- Kos: Ada versi asas percuma; Bergantung pada pelan (premium berdasarkan penggunaan) bermula dari US$20 sebulan.
- Link: https://perplexity.ai
18. Krea.ai
- Fungsi: AI design generator untuk reka grafik dapat membantu menghasilkan logo, poster, visual kreatif. Boleh design dengan cepat, sesuai untuk social media, branding, visual marketing.
- Kos: Ada pelan asas percuma; pelan berbayar untuk aset premium atau resolusi tinggi pada harga bermula dari US$6 sebulan.
- Link: https://krea.ai
19. Fliki.ai
- Fungsi: Text-to-speech dan video generator — tukar teks ke video dengan suara automatik, sesuai untuk video promosi, konten, e-learning, konten sosial media.
- Kos: Ada versi asas percuma; pelan berbayar untuk output lebih panjang / kualiti tinggi dan penggunaan ciri penuh boleh didapati pada harga bermula dari US$14 sebulan.
- Link: https://fliki.ai
20. RunwayML
- Fungsi: Platform AI untuk video editing & generate video; termasuk video editing, efek, green-screen, in-painting, text-to-video/image-to-video, eksport video, penyuntingan dan asset management sesuai untuk content creators, marketers, pembuat video dan digital agency.
- Kos: Ada Pelan asas percuma, dengan kredit permulaan (contoh ~125–525 kredit bergantung sumber), had export (biasanya 720p), projek / asset terhad dan watermark pada output. Pelan “Standard”: sekitar US $12 sebulan bagi akses penuh alat, kreditar bulanan, tiada watermark, resolusi HD/1080p, asset storage & projek lanjutan. Dan terdapat juga pelan lebih advance yang lebih mahal.
- Link: https://runway.ml
21. Tome.app
- Fungsi: AI storytelling untuk slide & dokumen. Tukar teks/idea kepada pembentangan interaktif dengan reka bentuk moden dan imej secara automatik, cepat dan kemas.
- Kos: Percuma (500 kredit AI); pelan Pro dari US$8/bulan.
- Link: https://tome.app
22. Relume.io
- Fungsi: Platform bina laman web dibantu AI. Relume membantu generate sitemap, wireframe dan struktur laman dengan pantas (komponen Webflow/Figma/React), memudahkan export ke Webflow/Figma/React. Sesuai untuk freelancer, agensi, startup atau sesiapa saja nak buat laman web/landing page dengan efisien.
- Kos: Ada pelan Percuma dengan had penggunaan (1 projek, jumlah komponen terhad, bilangan page/wireframe terhad) tetapi boleh guna asas-asas AI & export asas. Terdapat Pelan Permulaan dengan harga US$19 sebulan untuk seorang user boleh akses kepada 1,000+ komponen, lebih page/wireframe, export penuh, sesuai untuk pengguna individu. Terdapat juga pelan Team/multi-user untuk kerja berpasukan / agensi.
- Link: https://relume.io
23. LumaLabs.ai
- Fungsi: 3D modeling / aset 3D generatif menggunakan AI — potensi untuk reka produk, visual 3D, projek kreatif & pembentangan produk dalam bentuk objek 3D, animasi, dan gambar 3D automatik.
- Kos: Percuma + pelan Premium.
- Link: https://lumalabs.ai
24. Visme AI Slide Generator
- Fungsi: Hasilkan slide & infografik secara automatik. Masukkan teks atau link laman web, AI hasilkan slide dengan grafik, imej dan reka bentuk.
- Kos: ercuma (10 kredit AI); pelan Pro dari US$12 sebulan.
- Link: https://visme.co
25. SlidesAI
- Fungsi: Masukkan topik, AI hasilkan 10 slide automatik dalam Google Slides. Convert teks → Google Slides automatik. (Add-on untuk Google Slides)
- Kos: Percuma; pelan Pro dari US$10/bulan.
- Link: https://slidesai.io
26. Prezi
- Fungsi: Untuk hasilkan pembentangan interaktif yang tidak linear, sangat sesuai untuk storytelling.
- Kos: Percuma; pelan Pro dari US$5/bulan.
- Link: https://prezi.com
27. Emaze
- Fungsi: AI bantu reka pembentangan dengan elemen multimedia dan templat moden seperti Pembentangan 3D, video slide, website mini.
- Kos: Percuma; pelan Pro dari US$9 sebulan.
- Link: https://emaze.com
28. Presentory
- Fungsi: AI-powered video presentation + avatar interaktif. hasilkan pembentangan automatik; boleh eksport ke PDF & PowerPoint.
- Kos: Bulanan US$9; tahunan US$84.
- Link: https://presentory.wondershare.com
29. Presenti
- Fungsi: Tukar fail Word, PDF, Markdown jadi pembentangan AI; eksport ke PPT/PDF. Auto-generate slideshow untuk pitching, edu & bisnes.
- Kos: Freemium. Dari $6/bulan; pelan seumur hidup $98.
- Link: https://presenti.ai
30. Beautiful.ai
- Fungsi: Reka bentuk slide automatik, animasi auto, dan analitik penonton. Slide automatik dengan template profesional.
- Kos: Berbayar; tiada free tier Untuk versi Pro US$12/pengguna/bulan; Manakal untuk versi Team US$40/pengguna/bulan.
- Link: https://beautiful.ai
31. Slidebean
- Fungsi: Reka bentuk automatik berdasarkan kandungan anda; sesuai untuk startup & bisnes. Pitch deck automatik untuk startup & bisnes.
- Kos: Percuma (terhad); pelan Pro dari US$8/bulan.
- Link: https://slidebean.com
32. Zoho Show (AI Edition)
- Fungsi: Kolaborasi pasukan & reka bentuk automatik menggunakan AI dalam pembentangan. Presentation builder dengan AI assistant.
- Kos: Percuma; pelan Pro dari US$5/pengguna/bulan.
- Link: https://zoho.com/show
33. PowerMode
- Fungsi: Buat pitch deck startup secara automatik dengan AI. Masukkan tajuk atau topik, AI jana slide dengan gaya profesional.
- Kos: Percuma (setakat ini).
- Link: https://powermode.ai
34. Dectopus
- Fungsi: Generate presentation cepat dalam format clean & corporate. AI bantu buat pembentangan, boleh eksport ke PowerPoint atau PDF, banyak template.
- Kos: Percuma (100 kredit AI); pelan Pro dari US$4.99/bulan.
- Link: https://dectopus.com
35. Descript
- Fungsi: Platform editing audio & video berkuasa AI — boleh rakam skrin/webcam, transkripsi automatik, sunting video/audio berdasarkan teks (text-based editing), green-screen AI, overdub (AI-voice cloning), remove filler words, auto-captions, edit podcast, video YouTube, konten media sosial, tutorial, pembentangan, dan kolaborasi projek.
- Kos: Versi percuma; had transkripsi ~1 jam/bulan, eksport video sehingga 720p. Terdapat Pelan asas/beginner (Hobbyist / Creator): sekitar US$12–24 sebulan (bergantung bil tahunan) dengan 10–30 jam transkripsi/bulan, eksport video tanpa watermark, resolusi hingga 4K (bergantung pelan), akses kepada alat AI seperti overdub, green-screen, studio-sound. Manakala terdapat Pelan lebih tinggi (Pro/Business/Enterprise): bagi pengguna intensif atau pasukan dengan harga dan ciri bergantung keperluan.
- Link: https://descript.com
Kalau kita tengok landscape bisnes, marketing dan pendidikan hari ini, mereka yang leverage AI memang jauh lebih laju dari yang masih manual. Tools-tools ini bukan nak ganti manusia, tapi boost produktiviti ke tahap yang honestly… memang susah nak capai tanpa AI.
Anda boleh terus pilih 3–5 alat sebagai “starter pack”.
Contohnya:
Contohnya:
ChatGPT + Canva AI + Fliki + CapCut + Perplexity
Melalui hasil gabungan berbapa AI akan dapat menjadikan workflow lebih mantap.
Sekiranya anda ingin betul-betul menguasai dunia AI, bukan sekadar “try and error”, tetapi memahami langkah demi langkah secara tersusun. Anda sangat dialu-alukan untuk menyertai Modul Kelas AI Academy 🎓.
Modul ini merangkumi asas hingga advanced, termasuk:
✨ Asas ChatGPT, Copywriting, Poster & Komik
✨ Hasilkan imej realistik dengan ImageFX
✨ Face Swap & AI Cloning untuk buat video versi diri sendiri
✨ Buat lagu guna SUNO AI
✨ Video animasi & video orang mini
✨ Pengenalan VEO 3 dan cara generate video model AI Google
✨ AI Talking Photo & Avatar Video (PippitAI)
…dan banyak lagi topik hands-on yang terus boleh guna untuk bisnes, personal branding atau content harian.
Nak explore kesemua video menarik dan modul penuh?
Info berkaitan:

0 Ulasan