Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Bila ada orang tanya...
Nak beli Saham apa yang boleh berikan pulangan lebih baik Dari ASB (pulangan 5.75%).
Saya pun tak ada jawapan yang jelas, terhadap persoalan tersebut.
Cuma saya percaya dengan analisa yang telah dibuat oleh orang-orang yang saya percaya.
Kemudian saya tengok harga semasa mereka buat analisa Dan harga sasaran saham tu boleh meningkat naik..
Lepas tu, Baru saya tengok balik harga semasa Saham tu (masa nak beli)...
Kalau harga semasa Saham tu belum capai lagi kepada harga sasaran yang mereka jangkakan... Masih boleh beli saham tu...
![]() |
| Terdapat beberapa Saham yang tersenarai di BSKL berpotensi mendapat keuntungan antara 7 peratus sehingga 30 peratus |
Tapi, kalau harga semasa dah terlalu hampir dengan harga sasaran yang mereka jangkakan..
Lebih baik jangan beli saham tu...
Sebab, Kalau dapat untung pun nanti peratus keuntungan tak banyak..
Sebagai contoh (Contoh Pertama),
saya ambil Saham TENAGA...
Semasa analisa dibuat, harga semasa Saham tersebut ialah RM13.10 Dan dijangka nilai saham tu boleh meningkat sehingga RM14.50 (keuntungan 11%).
Semasa saya nak beli saham tu harganya ialah RM12.96.
Jadi, memang masa yang sangat tepat untuk beli saham tu...
Cuma disebabkan harga Saham tu terlalu mahal..
Mampu beli 100 unit sahaja.. 😅
Contoh kedua..
Boleh tengok saham MNHLDG..
Semasa analisa dibuat, harga semasa Saham tu ialah RM1.54 Dan dijangka nilai saham tu boleh meningkat sehingga RM2.27 (keuntungan 47%)..
Semasa saya nak beli saham tu harganya ialah RM1.588...
Jadi, Masih ok lagi nak beli saham tu walaupun harganya dah naik sedikit..
Dan Masih jauh lagi nak capai harga RM2.27 per unit..
...
Bila saham ni nak capai harga RM2.27 per unit?
..
Soalan yang susah nak saya jawab..
Jawapannya ialah ..
..
Jika tidak hari ini, mungkin minggu depan,Jika tidak minggu ini, mungkin bulan depan,Jika tidak bulan ini, mungkin tahun depan,Segala harapan akan datang yang kita impikan...
..
Yang penting...
Ada kemungkinan boleh dapat pulangan lebih tinggi daripada ASB.
Dan tak perlu tunggu sehingga setahun baru nak dapat keuntungan 5.75%.
Contoh ketiga..
Alhamdulillah...
Belum lagi masuk Tahun Baru 2026 dah ada saham yang memberikan hasil 16.67% daripada harga masa saya beli....
MQTECH
Masa beli pun murah jer...
6 sen seunit... 😅
100 unit baru RM6.00
Sama dengan harga Sarapan pagi
Makan nasi lemak sebungkus dengan air Teh Tarikh dekat kedai Abang Din roti Canai Kambing.. ☕
![]() |
| Harga Saham MQTECH 16.67% daripada harga belian |
Harga saham ni Sekarang baru 7 sen seunit...
Kalau harga dia boleh naik Sampai 10 sen seunit pun ok juga dah.
66.67% daripada harga belian...
Sekurang-kurangnya dapat keuntungan tinggi sikit daripada ASB.
Siapa kata nak beli Saham kena ada modal yang besar?
Siapa kata harga Saham semua mahal-mahal?
..
Ada jer saham-saham yang jauh lebih murah daripada Saham ASB...
..
Saham #ASB RM1.00 seunit...
Saham #MQTECH ni RM0.06 seunit...
..
Mana yang lebih mahal?
Nak beli saham-saham murah ni, boleh beli saham My IPO.
Antara kelebihan yang terdapat dalam aplikasi M+Global yang baru ni.. kita dah boleh beli saham IPO melalui platform tersebut. Dah tak perlu nak pergi ke platform lain untuk beli saham IPO. Lebih menjimatkan masa dan tenaga.
Selain itu, kita juga boleh membeli saham-saham di luar negara seperti META, TESLA, Nvidia, dan lain-lain.
Ya lebih memudahkan untuk mereka yang ada modal nak beli saham.
![]() |
| Antara kelebihan aplikasi M+Global yang baru ni.. kita dah boleh beli saham IPO melalui platform tersebut |
Boleh Daftar sebagai pengguna M+ Global hari ini Untuk dapatkan kelebihan-kelebihan di atas sempena pelancaran aplikasi terbaru tersebut.Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2026..Boleh daftar melalui link ini -> Klik di Sini
Apa Itu IPO?
Apa beza IPO Dan Saham?
Sekiranya anda tak tahu apa itu IPO? Dan apa bezanya IPO dengan saham?
Meh saya cerita sikit.
Meh saya cerita sikit.
IPO (Initial Public Offering) ialah proses syarikat swasta menjual saham kepada awam buat kali pertama untuk kumpul modal.
Atau bahasa mudahnya adalah saham yang "baru Lahir" Dan baru nak masuk dalam pasaran saham, sebab syarikat nak kumpul modal melalui pemegang saham.
Kalau saya ambil contoh penyu....
IPO ni macam anak-anak penyu yang baru menetas Dan dijaga dengan Penuh kasih sayang di Pusat Ternakan Penyu sebelum dilepaskan ke laut..
Bila "Penyu" tu dah dilepaskan ke laut.. Dan berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk risiko keselamatan Dan risiko nyawa.. daripada "baby penyu"/IPO jadi "penyu"/Saham..
Biasanya harga IPO ni jauh lebih murah Dari saham.. sebab kita beli masa "baby", sebelum jadi Saham.. Dan pembelian IPO ni biasanya ada tempoh.. tak lama... Sebelum saham tersebut Mula dilancarkan (Masuk dalam Pasaran saham)..
![]() |
| Contoh saham IPO yang boleh dibeli di platform M+ Global |
Berikut adalah panduan lengkap pelaburan IPO di Bursa Malaysia:
1. Apa itu IPO?
IPO (Tawaran Awam Permulaan) membolehkan syarikat beralih daripada pemilikan swasta kepada syarikat tersenarai awam. Tujuannya adalah untuk mengumpul modal bagi pengembangan perniagaan, membayar hutang, atau pelaburan baharu. Pelabur membeli saham pada harga tawaran sebelum disenaraikan di pasaran terbuka.
2. Keperluan Asas
- Akaun CDS (Central Depository System): Wajib dibuka melalui bank atau broker saham (contoh: CGS iTrade, Mplus, M+ Global, dll).
- Platform eIPO: Akses kepada perbankan internet seperti Maybank2u atau Public Bank (PBe), RHB Tradesmart, dll.
3. Langkah-langkah Memohon IPO
- Semak IPO Terkini: Lihat senarai IPO di laman web Bursa Malaysia atau aplikasi broker.
- Baca Prospektus: Fahami model perniagaan, latar belakang pengurusan, risiko, dan tujuan penggunaan dana.
- Kajian (Due Diligence):
- Kewangan: Lihat pendapatan dan keuntungan.
- Nisbah P/E: Bandingkan dengan industri untuk nilai wajar.
- Tujuan Dana: Pastikan dana digunakan untuk pertumbuhan (beli mesin, bina kilang).
- Permohonan: Masukkan jumlah lot yang ingin dibeli melalui eIPO bank.
- Keputusan: Tunggu keputusan sama ada permohonan berjaya (Balloting).
4. Strategi dan Risiko
- Strategi Agihan: Gunakan kalkulator IPO (seperti dari iSaham) untuk menentukan "tier" (bilangan unit) agar permohonan optimum.
- Risiko: Harga saham pada hari penyenaraian boleh jatuh di bawah harga tawaran.
- Kategori: Terdapat kategori runcit (orang awam) dan institusi.
- Sentiasa semak tarikh tutup permohonan dan tarikh penyenaraian agar tidak terlepas peluang.
![]() |
| Contoh saham IPO yang telah masuk ke dalam pasaran saham di platform M+ Global |
Dekat bawah ni merupakan contoh saham IPO yang telah saya beli di platform M+ Global pada 23 Disember 2025 iaitu pada hari pertama tawaran di buka. Dengan erti kata lain, 'baby' tu baru jer menetas kemudian saya dapat notifikasi (pemakluman) ada 'baby saham' baru lahir, terus saya beli.
![]() |
| Contoh saham IPO/"baby saham" yang telah saya beli di platform M+ Global |
Walaupun saya dah beli dan memiliki IPO SBS Nexus Berhad ni... tapi sehingga 20/1/2025 saya tak boleh lagi nak tahu prestasi saham ni samada untung atau rugi.
Sebab apa?
Sebab saham ni masih belum lagi diniagakan dalam Bursa Saham Malaysia.
Kalau saya ambil contoh perumpamaan anak-anak penyu tadi.. Pada peringkat ini, IPO yang saya beli masih berada di Pusat Ternakan Penyu dan belum dilepaskan ke "laut" (BSKL). IPO yang saya beli ni akan masuk dalam BSKL pada 20/1/2026. Masa tu baru lah start kita boleh tengok prestasi saham ini.
Ok lah..
Saya rasa dah panjang lebar saya terangkan tentang Saham dan IPO ini..
Saya rasa dah panjang lebar saya terangkan tentang Saham dan IPO ini..
Sekiranya anda berminat nak melabur dalam pasaran saham, sebagai pelatform alternatif untuk mendapatkan keuntungan Pelaburan yang lebih banyak berbanding ASB... Jemputlah daftar akaun CDM di platform -> M+ Global
![]() |
| Sempena pelancaran ada ganjaran yang disediakan kepada pengguna baru di platform M+ Global |
Untuk makluman, M+ Global ni baru sahaja dilancarkan. Sebelum ni namanya Mplus. Jadi, terdapat banyak penambah baikan yang telah dilakukan dalam M+ Global ini berbanding Mplus sebelumnya. Dan saya percaya, ramai pengguna Mplus sebelum ini lebih berpuas hati dengan platform M+ Global sekarang ni. Sebab banyak perkara yang boleh dibuat dalam hanya satu aplikasi sahaja.
Lebih memudahkan..
Lebih memudahkan..
P/s : Sekiranya anda perlukan ilmu nak memulakan langkah pertama dalam pelaburan saham, saya syorkan anda layari laman web JomLaburSaham.com
Semoga bermanfaat..
Info berkaitan :
- Dividen ASB 5.50 sen seunit
- 3 Berita 'menarik' minggu ini..
- Dividen dan bonus ASB turun lagi.. Pelaburan Alternatif tahun 2015?
- Pulangan Pelaburan Sehingga 854% dalam tempoh 3 tahun (2011-2013)
- 10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA









2 Ulasan
Ilmu baru.
BalasPadamSemoga bermanfaat..
Padam