Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2017..

Semoga tahun 2017 ini lebih baik & sukses dari tahun-tahun sebelumnya.

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya, sudi jadi follower saya, sudi like fanpage saya, sudi jadi suscriber saya.... Dan yang penting sekali, sudi jadi rakan saya...

Terima kasih banyak-banyak..

Pada kesempatan ini juga saya ingin meminta maaf sekiranya ada kesilapan atau terkasar bahasa sepanjang tahun 2016 yang lalu...

Insha Allah, pada awal tahun 2017 ini saya akan cuba berkongsi beberapa info yang dapat meningkatkan motivasi kepada kita.... Jadi rajin-rajinlah baca blog Coretan Anuar... Hehehe...


..............


Tahun 2016 baru sahaja pergi meninggalkan kita... Sepanjang tahun 2016, Pasti ada berita gembira yang dapat kita kenang sebagai memori terindah dalam hidup kita...

Pasti ada kan?

Kalau tak banyak pun pasti ada satu atau dua... Contohnya baru berkahwin,Baru dapat anak, baru dapat kerja, dapat naik gaji, dapat naik pangkat, Dapat keputusan periksa yang cemerlang, dan lain-lain.

Dan yang menariknya... Ada sesetengah kisah kejayaan pada tahun 2016 yang dapat dikongsikan supaya dapat memberi motivasi kepada rakan-rakan lain.... Khususnya kepada rakyat Malaysia...

Hah... Yang ini saya excited nak kongsi cerita...

Baru-baru ini.. tuan Faqimi Fauzi share di facebook tentang seorang usahawan internet Malaysia yang berjaya menghasilkan jualan sebanyak USD$1,113,779.00 di pasaran antarabngsa dalam tahun 2016.

Fuhhh... Kagum dengan pencapaian usahawan internet ni...



Macamanalah agaknyakan perasaan orang yang berjaya buat sales sampai 7 angka ni?

Dalam USD pulak tu..


Convert kepada duit Malaysia...
USD$1,113,779.00 X 4.4860 = RM4,996,412.59

Fuhh... Dekat RM5 juta... Itu Sales...
Kalau nilai komisyen separuh daripada nilai jualan... RM2.5 juta jugak dalam tangan... Eheemmmm...

Sebenarnya ni first time saya tengok usahawan Internet Malaysia buat sales 7 angka di pasaran antarabangsa.. 

Sebelum ni biasa tengok orang buat sales 5 hingga 6 angka dalam pasaran Malaysia jer..

Contoh Sales 5 dan 6 angka dalam pasaran Malaysia.. 


Sumber : Klik Di Sini
Sumber : Infokerjaya

Walaupun sales mereka dalam 5 hingga 6 angka.... Bagi saya itu pun dah kira banyak dah... Tahniah diucapkan kepada mereka..

Testimoni saya sendiri..


Pernah menerima 500 email ucapan tahniah dalam tempoh 30 Nov 2016 hingga 3 Disember 2016.... Itupun dah rasa seronok dah... 

Antara isi kandungan email ucapan tahniah yang pernah saya terima dalam tempoh tersebut... Syukur Alhamdulillah..

Dapat merasa buat sales 4 hingga 5 angka dalam pasaran Malaysia pun dah rasa seronok sangat dah....

Inikan pula kalau dapat merasa buat sales 7 angka dalam pasaran antarabangsa... 

Dengan testimoni tersebut, jelas menunjukkan ilmu pemasaran internet yang dikongsikan tuan Wazeen Azizan dan rakan-rakan mempunyai impak yang cukup tinggi... Secara tidak langsung telah menaikkan semangat usahawan-usahawan internet di Malaysia untuk buat lebih banyak sales pada tahun 2017..

Sekiranya anda berminat nak belajar ilmu pemasaran Internet daripada tuan Wazeen Azizan dan rakan-rakan... Saya syorkan anda baca 3 laman web berikut:

Rugi siapa yang tak baca ke tiga-tiga laman web di atas... Terdapat banyak info berharga yang dikongsikan oleh  tuan Wazeen Azizan dan rakan-rakan...

Saya doakan semoga satu hari nanti, kita juga boleh berjaya seperti mereka... In Shaa Allah...

P/s : Kongsikan artikel ini di facebook, Sekiranya anda merasakan info ini dapat memberi motivasi kepada diri anda dan rakan-rakan-anda