Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam ada satu berita yang pastinya dapat menggembirakan rakyat Malaysia... Di mana Program Mykad Smart Shopper Versi Online Kini Sudah Dilancarkan!

Program Mykad Smart Shopper Versi Online
Program Mykad Smart Shopper Versi Online

Program ini dikenali sebagai SmartSaver. Maklumat lanjut tentang program ini boleh diperolehi menerusi laman web Smartsaver.my. 

Menerusi laman web smartsaver.my, pemilik mykad (rakyat Malaysia) yang telah mengaktifkan mykad mereka dalam Program Mykad Smart Shopper boleh berbelanja dalam talian (secara online), untuk mendapatkan penjimatan disamping boleh mengumpul mata dan ganjaran.

Berikut merupakan keratan akhbar pelancaran SmartSaver yang telah diadakan pada 9 Mei di Kuala Lumpur.


Keratan Akhbar Program Mykad Smart Shopper Versi Online atau dikenali sebagai SmartSaver
Keratan Akhbar Program Mykad Smart Shopper Versi Online atau dikenali sebagai SmartSaver

Sekiranya anda terlepas mengikuti info-info tentang perkembangan Program Mykad smart Shopper sebelum ini, anda boleh membaca entri-entri terdahulu yang terdapat di blog Coretan Anuar (Klik Di Sini) dan blog Discount Hari2. In Shaa Allah, terdapat banyak info tentang Program Mykad Smart Shopper yang boleh anda perolehi. ;)

Walaupun Program Mykad Smart Shopper (MSSP) ini telah diperkenalkan pada tahun 2010, tetapi perkembangannya agak perlahan. Dari tahun 2010 sehingga sekarang (2016), bilangan premis perniagaan yang telah menyertai program ini cuma 500 sahaja. Manakala, bilangan rakyat Malaysia yang telah mengaktifkan mykad mereka adalah sebanyak 2.2 juta orang daripada 30 juta rakyat Malaysia. 

Semoga dengan memperkenalkan kemudahan Mykad Smart Shopper secara online, akan dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengaktifkan mykad mereka bagi menyertai program ini.


Berbelanja secara Online dengan Mykad boleh kumpul mata dan ganjaran

Setakat ini, terdapat lebih 80 syarikat pemasaran online telah pun menyertai Program SmartSaver (Program Mykad Smart Shopper secara Online), antaranya Lazada.com.my, AirAsiaGo.com, Zalora, Foodpanda, Expedia, Groupon dan sebagainya.

Antara Syarikat pemasaran Online yang menyertai program SmartSaver (Program Mykad Smart Shopper secara Online)

Gambar di bawah pula merupakan laman web SmartSaver. 

Hmmm... Nampak menarikkan laman web tu?..  

Nak tahu lebih lanjut tentang Program SmartSaver, silalah layari url berikut: smartsaver.my



Semoga bermanfaat..
Siapa yang mengaktifkan Mykad melalui laman web http://www.aktifmykad.com, anda akan mendapat 3 hadiah daripada saya... iaitu berupa ebook Mykad Booklet, ebook Mencari Sumber Pendapatan Di Internet dan Ebook 7 Strategi Tambah Wang Saku.. Jom aktifkan mykad anda sekarang!

Info Berkaitan: