Takwim Cuti Sekolah 2016 dan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2016 merupakan antara rujukan yang perlu diketahui oleh Pengusaha-pengusaha Homestay di Malaysia.

Ini disebabkan, kedua-dua rujukan ini diperlukan oleh setiap keluarga (terutamanya bagi suami/isteri yang bekerja di sektor kerajaan) untuk merancang aktiviti percutian mereka. 

Cuba anda letakkan diri anda di tempat saya, sebagai bakal penyewa Homestay... Sudah pasti anda memerlukan kedua-dua rujukan ini, untuk dibincangkan bersama pasangan anda... Betul tak?

1. Takwim Persekolahan Tahun 2016

Takwim Cuti Sekolah 2016  Kumpulan A
Takwim Persekolahan Tahun 2016 bagi negeri-negeri Kumpulan A

Takwim Cuti Sekolah 2016  Kumpulan B
Takwim Persekolahan Tahun 2016 bagi negeri-negeri Kumpulan B

Sebagai pengusaha Homestay, kita perlu peka dengan tarikh-tarikh cuti persekolahan. Kemudian, kita perlu mempergiatkan aktiviti mempromosi homestay, dalam tempoh seminggu sebelum cuti sekolah dan seminggu sebelum kakitangan kerajaan dapat gaji. 

2. Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2016


Biasanya, mood seseorang akan menjadi lebih baik pada hari mereka menerima gaji.. 

Cuba anda perhatikan... Kebanyakan syarikat-syarikat pengiklanan Online yang besar seperti Lazada.com.myAgoda.com, Groupon.com, bookcafe.com.my, dan lain-lain. Antara strategi pemasaran yang telah mereka lakukan ialah dengan melipat gandakan usaha promosi produk jualan mereka, pada hari kakitangan kerajaan menerima gaji.
"Macam Tahu-tahu jer hari ni aku dapat Gaji... Masa ni lah macam-macam iklan keluar... Buka facebook, keluar iklan itu dan ini.. Buka email pun sama.. Macam-macam tawaran meleleh keluar.. huhuhu"- Anuar 2016 -
Hasilnya.. Lihat jualan syarikat mereka. Ada yang boleh mencapai sehingga 7 angka pada hari-hari tersebut. Jadi, sekiranya kita cuba praktikkan teknik ini dalam usaha mempromosikan homestay kita.. In Shaa Allah, bilangan pengunjung homestay juga dapat dipertingkatka,n terutamanya pada musim-musim cuti sekolah.

Sekian sahaja info ringkas daripada saya kali ini.. Jumpa lagi di lain waktu. ;)

Info Berkaitan: