Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Setelah pulang daripada bermain Bowling di Mega Lanes 1 Plaza Kuala Selangor, kami singgah sebentar di masjid Kuala Selangor untuk menunaikan solat Zohor... Sampil  tu kami berkesempatan menikmati cendol durian yang ada dijual di kawasan tempat letak kereta masjid tersebut, dan juga sempat juga membeli dua bungkus nasi Beriani berlaukkan ayam masak merah dan rendang daging kambing... ;)

Sambil menunggu makanan siap dibungkus, saya pun ronda-ronda dekat gerai seorang peniaga yang ada menjual buku-buku dan peralatan ibadah... Seperti biasa saya ni pantang tengok buku... Bila tengok jer buku, dah tentu ada sahaja buku yang menarik perhatian untuk di beli... 

Jadi, buku yang telah saya beli pada kali ini bertajuk "Membongkar Rahsia Ar Rahnu (Pajak Gadai Islam)" berharga RM20..

Buku Membongkar Rahsia Ar Rahnu (Pajak Gadai Islam)


  • Tajuk Buku :  Membongkar Rahsia Ar Rahnu (Pajak Gadai Islam) 
  • Penulis : Ustaz A. Ali, B.A (Hons) Syariah, Dip. Pendidikan Islam 
  • Bil. Muka Surat : 94 muka surat.. 
  • Pnerbit :  Nukilan Unggul Publication Sdn Bhd
  • No. ISBN : 978-967-0287-38-6

Isi Kandungan Buku Ini :
  1. Pengalaman Pertama
  2. Keberkatan pada Ar-Rahnu
  3. Menggadai di Ar Rahnu
  4. Teknik-teknik Asas
  5. Buat duit Teknik Tukar Surat
  6. Menyelamatkan emas : Teknik tukar barang
  7. Rumusan & Refleksi


Hmm... Nampak best jer buku ni... Dah baca baru tahu tentang isi kandungan buku ini... 



Setelah saya membaca hampir separuh isi kandungan buku ini... Saya mendapati Teknik membuat pinjaman dengan menggunakan kaedah Ar Rahnu seperti mana yang diajar dalam agama islam, ternyata lebih baik daripada membuat pinjaman peribadi... 

Tetapi sebelum melakukan pinjaman secara Ar Rahnu, kita perlu memiliki emas terlebih dahulu... Tak perlu ada emas yang banyak... Memadai hanya ada beberapa gram, sekadar cukup syarat membuat pinjaman untuk memenuhi keperluan kita..

Perbandingan membuat pinjaman peribadi dan membuat pinjaman dengan menggunakan Kaedah Ar Rahnu, dapat saya rumuskan seperti berikut:

Pinjaman Peribadi : 
Dapat Duit -->> Duit Digunakan -->> Bayar pinjaman setiap bulan -->> Kalau pinjaman tak cukup -->> Buat pinjaman lagi (Terus menambah hutang)
- Hutang bertambah besar, Jumlah faedah pinjaman juga bertambah besar mengikut tempoh masa bayaran balik dilakukan.

Pinjaman dengan kaedah Ar Rahnu : 
Ada Duit -->> Beli Emas -->> Tak ada duit pergi pajak emas -->> Dapat Duit -->> Apabila tebus semula emas -->> Dapat semula emas -->> Boleh pajak lagi untuk mendapatkan pinjaman yang lebih besar, tetapi dapat mengurangkan kos upah simpanan emas.

Rumusan yang saya kongsikan di atas merupakan teknik asas untuk mendapatkan pinjaman dengan menggunakan kaedah Ar Rahnu.. Selain itu, terdapat 11 teknik Buat Duit Di Ar Rahnu yang di ajar dalam buku ini..

Melalui pembacaan buku ini secara tidak langsung dapat mengubah pandangan saya terhadap Arrahnu bukan lagi tempat terdesak untuk meminjam wang. Dalam buku ini juga ada menerangkan kepada kita perlu menyimpan emas.. 

“Bersahabat” dengan emas dan arrahnu merupakan sunnah Nabi SAW dan mengamalkan sunnah Nabi tentunya menjadikan rezeki kita lebih berkat. Nabi Muhammad SAW tidak menggalakkan umatnya berhutang tetapi jika mahu berhutang Baginda menggunakan kaedah Arrahnu. Hari ini kesedaran memiliki emas semakin tinggi di Malaysia, tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawa Arrahnu merupakan medium pelaburan emas yang bijak." - Ustaz A. Ali -

Sewaktu saya membeli buku ini, kebetulan pula saya baru sahaja selesai menebus seutas rantai tangan emas pada minggu lepas.. Rantai emas ini saya pajak dekat Ar-Rahnu Pejabat Pos Sabak Bernam pada bulan September tahun lepas.. Pada 14 Mac 2014, genaplah tempoh pajakan selama 6 bulan, dan Syukur Alhamdulillah sebab saya berjaya menebus semula emas tersebut...

Pengalaman menebus emas di Ar Rahnu Pejabat Pos Sabak Bernam

Jadi, lepas ni.. Saya kena belajar mempraktikkan teknik pajakan yang telah saya pelajari dalam buku tersebut.... Rugi kalau kita dah membaca buku, tetapi kita tidak mempraktikkan ilmu yang telah kita perolehi... Semoga kita bersama-sama berjaya memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat... In Shaa Allah..