Selasa, 18 Mac 2014

Kejohanan Bowling Tertutup PSIS 2014 di Mega Lanes Plaza Kuala Selangor

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada Hari Sabtu baru-baru ini, saya ada menyertai satu kejohanan Bowling yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Dan Rekreasi (KKR) Politeknik Sultan Idris Shah.. 


Kejohanan Bowling tersebut dikenali sebagai Kejohanan Bowling Tertutup Antara Jabatan/Unit PSIS yang diadakan di Mega Lanes 1 Plaza, Kuala Selangor..

Poster Kejohanan Bowling Tertutup PSIS 2014 di Mega Lanes Plaza Kuala Selangor


Walaupun saya ni orang Kampung, duduk dekat Kampung, bekerja pun dekat Kampung dan jarang main bowling... Tetapi cita-cita nak menang tetap ada...  Rugilah kalau kita menyertai mana-mana kejohanan tetapi sekadar nak berseronok-seronok sahaja tanpa mengharapkan sebarang kemenangan... Betul tak?

Misi saya menyertai kejohanan Bowling pada kali ini ialah untuk mengembalikan semula piala pusingan Kejohanan Bowling ke Jabatan saya daripada Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK), susulan daripada kemenangan mereka dalam kejohanan Bowling  pada tahun lepas.. ;)

Tetapi seperti yang kami jangka, sebenarnya bukannya mudah untuk merealisasikan misi tersebut, memandangkan persaingan pada kali ini begitu sengit...

Piala Pusingan Kejohanan Bowling PSIS dan hadiah-hadiah lain yang disediakan oleh pihak penganjur pada kejohanan kali ini...

Kejohanan Bowling pada kali ini dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Encik Nizam Bin Mohd Nasir selaku Timbalan pengerusi (merangkap pengerusi sementara) Kelab KKR.. 

Kata-kata Aluan daripada Encik Nizam Bin Mohd Nasir

Kemudian diikuti dengan taklimat peraturan pertandingan yang disampaikan oleh Encik Hairulanuar Bin Rosman..

Encik Hairulanuar Bin Rosman memberikan taklimat peraturan pertandingan Kejohanan Bowling pada kali ini..

Setelah selesai Taklimat Pertandingan oleh Encik Hairulanuar, En. Zulkifli Bin. Md Isa selaku Timbalan Pengarah Akademik (TPSA) PSIS telah membuat balingan pertama bagi merasmikan kejohanan Bowling pada kali ini..


En. Zulkifli Bin. Md Isa membuat balingan pertama bagi merasmikan Kejohanan Bowling Tertutup Antara Jabatan/Unit PSIS 2014..

Kemudian para peserta pun mula mempraktikkan kemahiran masing-masing untuk memeriahkan kejohanan Bowling pada kali ini.. Pelbagai gelagat dan ragam para peserta dapat kita lihat.. 

Ada peserta yang berjaya membuat balingan strike, spare, ada juga yang masuk longkang, ada peserta yang mengusik peserta lain, dan sebagainya yang pastinya dapat membuatkan suasana di Mega Lanes Plaza Kuala Selangor meriah... Dan secara tidak langsung dapat menceriakan kejohanan Bowling pada kali ini disamping dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli kelab... ;)





Para peserta kelihatan begitu bersemangat untuk mempraktikkan skil balingan masing-masing...

Setelah 3 pusingan selesai dijalankan.. Tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh dua orang kuat PSIS iaitu Pn. Wan Yasima Bt. Mohamad Amin Timbalan Pengarah Akademik (TPA) PSIS dan En. Zulkifli Bin. Md Isa Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA) PSIS..

Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan Kategori Individu Lelaki...

Pemenang bagi Kategori Individu Lelaki:

Johan   : Muhammad Anuar Bin Marsib   (417 Jatuhan Pin)

N.Johan : Mohd Shahir Bin Dzulkapli         (416 Jatuhan Pin)

Ketiga  : SaifulBahari Bin Mohd Rasid     (414 Jatuhan Pin)


Pemenang bagi Kategori Individu Wanita:

Johan      : Zuria Anita Bt. Harun @ Isa (416 Jatuhan Pin)
N.Johan   : Aini Hayati Binti Noruzman   (328 Jatuhan Pin)
Ketiga      : Zailiyana Binti Mohd Yusof   (324 Jatuhan Pin)


Pemenang bagi Kategori VIP:

Champion         : Che Samsuriza bin Che Noh (KU ULPL)
1st Runner-Up : Zulkifli Bin Md Isa (TPSA)


 Pemenang Bagi Kategori Berkumpulan:

Johan   :  JKA (830 Jatuhan Pin)
               - Mohd Shahir Bin Dzulkapli
               - SaifulBahari Bin Mohd Rasid

N.Johan : JKE (807 Jatuhan Pin)
               - Muhammad Anuar Bin Marsib
              - Mohd Raziman Bin Razmi

Ketiga   : UTM (726 Jatuhan Pin)
              - Yasrizan B. Yasin
              - Zuria Anita Bt. Harun @ Isa

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.. Terutamanya pasukan JKA kerana berjaya membawa pulang piala pusingan Kejohanan Bowling tertutup PSIS..

Para peserta bergambar kenangan dengan para pemenang..

Secara peribadinya saya sangat gembira menyertai kejohanan Bowling pada kali ini disebabkan saya dapat membawa bersama isteri dan anak-anak...  Walaupun kehadiran mereka sekadar untuk menemani saya... 


Kali pertama Baby Naila dapat melihat ayahnya menyertai pertandingan Bowling... ;)

Syukur Alhamdulillah.. dengan kejayaan membawa pulang satu emas dan satu perak dalam kejohanan bowling pada kali ini.. 


Satu Emas (Individu Lelaki) + Satu Perak (Berkumpulan)

Saya hanya berkesempatan memakai kedua-dua pingat ini tak sampai 5 minit... Sebelum pingat ini bertukar tuan menjadi milik dua orang hero saya... Inilah kata orang rezeki anak-anak... 

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Kelab KKR terutamanya kepada Encik Mohd Raziman Bin Razmi kerana telah menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup Antara Jabatan/Unit PSIS 2014 dengan jayanya... Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak termasuk para peserta kejohanan yang telah memberi sokongan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam kejohanan bowling tertutup PSIS pada masa akan datang... In Shaa Allah sekiranya panjang umur dan dimurahkan rezeki....



0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra